Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Asid dan Alkali ( Sains Tingkatan 2, Bab 6)

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang aplikasi peneutralan dalam kehidupan

a)

ubat gigi beralkali meneutralkan keadaan berasid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam mulut

b)

penyegar muka berasid digunakan meneutralkan pencuci muka yang beralkali

c)

kapur beralkali ditabur pada tanah yang berasid

d)

bahan beralkali dikilang di rawat dengan sabun sebelum dibebaskan

2.

asid hidroklorik + natrium hidroksida=

a)

natrium klorida +air

b)

asid sulfurik + kalium hidroksida

3.

Berikut kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan kecuali

a)

pertanian

b)

perubatan

c)

peperangan

d)

perindustrian

4.

Yang manakah berikut benar tentang proses peneutralan

a)

tindakbalas asid dan alkali

b)

hasil akhir ialah garam dan air

c)

hasil akhir ialah asid dan gas hidrogen

d)

menggunakan kaedah penitratan

5.

berikut merupakan contoh bahan alkali

a)

sabun

b)

cuka

c)

jus lemon

d)

ubat gigi

6.

berikut adalah sifat-sifat bahan asid

a)

masam

b)

mangakis

c)

menukarkan kertas litmus biru kepada merah

d)

menukarkan kertas litmus merah kepada biru

e)

bertindakbalas dengan logam membebaskan gas hidrogen

7.

bahan asid dan alkali hanya boleh memperlihatkan ciri-cirinya jika berada dalam keadaan larutan atau cecair sahaja

a)

Benar

b)

Palsu

8.

apabila kertas ph di celupkan ke dalam larutan asid hidroklorik cair perubahan berikut akan berlaku

a)

kertas ph bertukar menjadi warna biru

b)

kertas ph bertukar menjadi warna jingga

9.

Apakah sifat-sifat asid?


i - nilai pH kurang daripada 7

ii - berasa pahit

iii - mengakis

iv - menukarkan kertas litmus biru kepada merah

v - tidak bertindak balas dengan logam

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan v

d)

semua di atas

10.

Apakah sifat-sifat alkali?


i - nilai pH kurang daripada 7

ii - berasa pahit

iii - mengakis

iv - menukarkan kertas litmus biru kepada merah

v- tidak bertindak balas dengan logam

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan v

d)

semua di atas

11.

Asid dan alkali hanya boleh menunjukkan sifatnya dengan kehadiran

a)

asid etanoik

b)

air

c)

natrium hidroksida

d)

asid hidroklorik

12.

Namakan kaedah yang digunakan untuk tindak balas asid dan alkali

a)

Pengoksidaan

b)

Pengaratan

c)

Pentitratan

d)

Peneutralan

13.

Apakah aplikasi peneutralan dalam sektor pertanian dan perindustrian?

a)

Pembalakan dalam hutan simpan

b)

Tanah yang berasid ditabur dengan kapur mati

c)

Pelembut fabrik digunakan semasa membasuh pakaian

d)

Bahan buangan berasid daripada kilang dirawat dengan alkali sebelum dibebaskan

14.

Antara berikut, yang manakah simbol bahan kimia bagi asid dan alkali?

a)
b)
c)
d)
15.

Tulis satu bentuk persamaan perkataan contoh campuran asid dan alkali yang betul. Sila tulis persamaan berikut berdasarkan format yang diberikan:- asid + alkali ---> garam + air

(a)  

16.

Yang manakah menunjukkan susunan menaik berdasarkan nilai pH nya?

a)

jus nanas, susu segar, cuka, air mineral

b)

air mineral, cuka, jus nanas, susu segar

c)

jus nanas, air mineral, cuka, susu segar

d)

cuka, jus nanas, susu segar, air mineral

17.

Amir menitiskan dua titik penunjuk ke dalam cuka dan campuran tersebut menjadi merah.

Kemudian, Amir menitiskan larutan ammonia ke dalam campuran tadi.

Pentitratan diberhentikan apabila warna campuran menjadi tidak berwarna.

Apakah proses yang terlibat?

a)

penyejatan

b)

penyulingan

c)

peneutralan

d)

peleburan

18.

 asid + alkali→ P +Qasid\ +\ alkali\rightarrow\ P\ +Q 

Persamaan di atas menunjukkan tindak balas antara asid dan alkali.

Apakah P dan Q?

a)

garam dan air

b)

ester dan hidrogen

c)

mineral dan hidrogen

d)

garam dan oksigen

19.

Apabila kertas litmus merah diletakkan pada pepejal natrium hidroksida, tiada perubahan warna berlaku

a)

benar

b)

palsu

20.

Garam masakan yang larut dalam air dapat menukarkan kertas litmus biru ke merah

a)

benar

b)

palsu

21.

Kertas litmus biru bertukar kepada warna merah apabila dicelupkan ke dalam larutan K.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang larutan K?

a)

ia mempunyai rasa masam

b)

nilai pH kurang daripada 7

c)

ia bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen

d)

ia bertindak balas dengan garam ammonium untuk membebaskan gas ammonia apabila dipanaskan

22.

'kertas litmus kering menunjukkan tiada tindak balas apabila bersentuh dengan serbuk detergen kering'

Yang manakah terbaik untuk menjelaskan keadaan di atas?

a)

serbuk detergen adalah neutral

b)

serbuk detergen itu mungkin dicampur dengan bahan yang lain

c)

kertas litmus merah tidak boleh digunakan untuk alkali lemah

d)

serbuk detergen hanya boleh menunjukkan sifat alkalinya dengan kehadiran air.