wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEORI KERTAS 1 PW2

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, siapakah yang perlu mengeluarkan kelulusan bertulis jika seorang ingin memasang apa-apa pendawaian atau penyambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis?

a)

A. Suruhanjaya Tenaga

b)

B. Jurutera Penyelia yang berdaftar

c)

C. Kontraktor pendawaian yang berdaftar

d)

D. Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen

2.

Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan terdapat beberapa Seksyen dan Peraturan. Berapakah bilangan Seksyen dan Peraturan bagi Akta dan Peraturan tersebut?

a)

A. Seksyen 50 dan Peraturan 100.

b)

B. Seksyen 52 dan Peraturan 120.

c)

C. Seksyen 56 dan Peraturan 123.

d)

D. Seksyen 60 dan Peraturan 123.

3.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, apakah yang dimaksudkan dengan talian bekalan elektrik yang membekal tenaga kepada pengguna?

a)

A. Sesalur agihan

b)

B. Talian perhubungan

c)

C. Talian perkhidmatan

d)

D. Pepasangan voltan rendah

4.

Perkara – perkara berikut perlu dipastikan jika seseorang ingin membuat pendawaian semula atau pendawaian tambahan pada premis beliau, kecuali....?

a)

A. Mengira jumlah arus maksimum..

b)

B. Mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Tenaga.

c)

C. Perlu membuat ujian ke atas pepasangan tersebut.

d)

D. Dilakukan oleh kontraktor pendawaian yang berdaftar.

5.

5. Seorang pengguna memerlukan perkhidmatan kontraktor elektrik untuk membuat pendawaian semula pepasangan dirumahnya. Apakah tindakan kontraktor elektrik sebelum pendawaian itu boleh dimulakan?

a)

A. Mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pemegang Lesen

b)

B. Mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pengerusi Suruhanjaya Tenaga

c)

C. Mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan

d)

D. Mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak Unit Pendawaian Persendirian

6.

Bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk menghentikan pendarahan?

a)

A. Menyapu ubat luka

b)

B. Menggunakan alat mencerut

c)

C. Membersihkan luka yang berdarah itu

d)

D. Memberi tekanan secara langsung pada tempat yang berlaku pendarahan

7.

Berikut adalah jenis-jenis bahan alat pemadam api kecuali...

a)

A. air

b)

B. buih

c)

C.habuk kayu

d)

D.karbon dioksida

8.

Berapakah nisbah tekanan dada dan hembusan pernafasan mulut ke mulut dilakukan semasa memberi Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) bagi orang dewasa?

a)

A. 15 kali tekanan dan 1 hembusan 4 pusingan

b)

B. 15 kali tekanan dan 2 hembusan 5 pusingan

c)

C.30 kali tekanan dan 1 hembusan 5 pusingan

d)

D.30 kali tekanan dan 2 hembusan 4 pusingan

9.

Apakah bahan yang terkandung di dalam alat pemadam api serbuk kering?

a)

A. Sodium Sulfat

b)

B. Karbon Dioksid

c)

C. Almunium Sulfat

d)

D. Sodium Bikarbonat

10.

Langkah-langkah untuk memulihkan seseorang yang terhenti pernafasan akibat kejutan elektrik adalah seperti berikut, kecuali

a)

A. bangunkan mangsa dan biarkan ia berjalan-jalan.

b)

B. longgarkan bajunya supaya pernafasan tidak tersekat.

c)

C. telentangkan dan letakkan benda lembut dibawah tengkoknya.

d)

D. keluarkan segala air muntah atau benda-benda di dalam mulut yang boleh menyekat pernafasan.

11.

Kadaran alat perlindungan arus lebih yang mengawal litar akhir di dalam pendawaian elektrik mestilah …

a)

A. berupaya membawa arus.

b)

B. melebihi kadar arus bagi kabel

c)

C. mempunyai kadar arus yang sama.

d)

D. tidak melebihi kadar arus bagi kabel.

12.

Pilih penyataan yang betul tetang pemasangan lampu?

a)

A. Voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air mestilah berkadaran lebih dari 12 Volt.

b)

B. Lampu Kalimantang yang menggunakan pencekik elektroni perlu dilengkapkan dengan pemuat.

c)

C. Lampu kalimatang yang menggunakan pencekik elktronik ayunan tinggi perlu dilengkapkan dengan pemuat.

d)

D. Lampu kalimantang yang menggunakan pencekik magnet mesti dilengkapkan dengan pemuat jenis kertas kering.

13.

Berapakah nilai maksima rintangan elektrod bumi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi sistem pelindungan kilat?

a)

A. 4 Ohm

b)

B. 6 Ohm

c)

C. 8 Ohm

d)

D. 10 Ohm

14.

Antara berikut, manakah merupakan bahan pengalir elektrik yang terbaik?

a)

A. Keluli

b)

B. Perak

c)

C. Kuprum

d)

D. Aluminium

15.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menjalankan Ujian Rintangan Penebatan?

a)

I. Putuskan punca bekalan

b)

II. Semua suis beban dihidupkan

c)

III. Pemutus litar (MCB) setiap litar akhir dimatikan

d)

IV. Suis dimatikan bagi beban yang tidak boleh ditanggalkan

16.

Pemilihan saiz kabel perlu mengambil kira perkara-perkara berikut , kecuali..

a)

A. kabel dalam kolam renang hendaklah dari jenis kalis air bertebatkan PE (polyethylene)

b)

B. konduktor dalam pemasangan mesti dilindungi daripada lebihan arus dengan alat pelindungan arus.

c)

C. Kadar susut voltan tidak melebihi 2.5% (bagi beban lampu) dan 4% (bagi lain – lain) daripada nilai voltan bekalan

d)

D. penebat kabel mestilah bersesuaian dengan keadaan persekitaran pepasangan seperti mempunyai ketahanan suhu persekitaran dan ketahanan perlindungan mekanikal.

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan faktor lebur bagi sesuatu fius?

a)

A. Nisbah kadaran apabila elemen fius mula cair

b)

B. Nisbah antara arus fius minimum terkadar dan kadaran arus

c)

C. Nisbah kadaran maksimum untuk fius bertahan selama 4 saat

d)

D. Nisbah antara kadaran arus dan arus maksimum yang mengalir melalui fius

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan kriteria arus beban lampau bagi sesuatu litar elektrik?

a)

A. Litar yang berlaku litar pintas

b)

B. Litar yang rosak dan membawa arus yang lebih

c)

C.Litar yang bocor kebumi dan membawa arus yang lebih

d)

D.Litar yang baik tetapi membawa arus yang lebih daripada nilai yang direkabentuk

19.

Saiz-saiz garispusat konduit adalah seperti berikut, kecuali ...

a)

A. 20 mm

b)

B. 25 mm

c)

C.30 mm

d)

D.40 mm

20.

Apakah jenis pemegang yang perlu digunakan sekiranya kadaran kuasa lampu melebihi 200 Watt?

a)

A. Pemegang lampu jenis pin

b)

B. Pemegang lampu jenis skru edison

c)

C. Pemegang lampu jenis skru goliath

d)

D. Pemegang lampu jenis pangkal kilas

21.

Apakah fungsi bagi arah jari telunjuk dalam petua Hukum Tangan Kiri Fleming?

a)

A. Arus

b)

B. Daya

c)

C. Medan magnet

d)

D. Daya gerak elektrik balas

22.

Kirakan jumlah keupayaan paduan dua pemuat (capacitor) yang disambung secara selari sekiranya pemuat-pemuat tersebut mempunyai keupayaan 15 µF dan 15 µF.

a)

A. 6.3 µF

b)

B. 15 µF

c)

C.20 µF

d)

D.30 µF

23.

Apakah maksud “ In / I∆n ” yang terdapat pada peranti perlindungan?

a)

A. Arus kadaran / Arus kepekaan

b)

B. Arus kepekaan / Arus kadaran

c)

C.Arus pembekal / Arus ulang-alik

d)

D.Arus ulang-alik / Arus pembekal

24.

Sifat magnet menyatakan bahawa …

a)

I. kutub yang sama akan menarik satu sama lain.

b)

II. kutub yang sama akan menolak satu sama lain.

c)

III.kutub yang berlainan akan menarik satu sama lain.

d)

IV. kutub yang berlainan akan menolak satu sama lain.

25.

Terdapat 20 bateri (sel kering) 2 volt disambung secara siri-selari, dimana kedudukan 10 sel disambung secara siri dan 10 sel disambung secara selari. Berapakah jumlah voltan bateri tersebut?

a)

A. 20 Volt

b)

B. 22 Volt

c)

C. 30 Volt

d)

D. 40 Volt

26.

Apakah jenis meter yang digunakan untuk menguji ketupatan bandingan?

a)

A. Volt Meter

b)

B. Tacho Meter

c)

C. Megger Meter

d)

D. Hydro Meter

27.

Perintang pirau pada jangka ampiar disambung secara _______________ dengan gegelung bergerak.

a)

A. siri

b)

B. selari

c)

C.siri-selari

d)

D.selari–siri

28.

Sekiranya sebuah soket alir keluar 13 A dipasang dengan bekalan 230 V, berapakah nilai kuasa yang mampu ditanggung?

a)

A. 2990 Watt

b)

B. 3120 Watt

c)

C.3750 Watt

d)

D.4000 Watt

29.

Apakah keputusan ujian keterusan gegelung pada lilitan motor satu fasa?

a)

A. Nilai gegelung larian (running coil) lebih tinggi daripada gegelung permulaan (starting coil)

b)

B. Nilai gegelung larian (running coil) lebih rendah daripada gegelung permulaan (starting coil)

c)

C.Nilai gegelung larian (running coil) sama tinggi dengan gegelung permulaan (starting coil)

d)

D.Nilai gegelung larian (running coil) sama rendah dengan gegelung permulaan (starting coil)

30.

Pilih antara berikut, apakah jenis motor arus terus (D.C Motor)?

a)

I. Motor siri

b)

II. Motor pirau

c)

III.Motor majmuk

d)

IV.Motor segerak