wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 PEPERIKSAAN OGOS

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَعِبٗا وَلَهۡوٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ وَذَكِّرۡ بِهِۦٓ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيّٞ وَلَا شَفِيعٞ وَإِن تَعۡدِلۡ كُلَّ عَدۡلٖ لَّا يُؤۡخَذۡ مِنۡهَآۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبۡسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْۖ لَهُمۡ شَرَابٞ مِّنۡ حَمِيمٖ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ ٧٠


Ayat di atas menerangkan tentang larangan mempersendakan agama.

Berikan maksud kalimah yang bergaris.

a)

sebagai permainan

b)

kehidupan dunia

c)

menjadikan agama

d)

telah ditipu

2.

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَعِبٗا وَلَهۡوٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ وَذَكِّرۡ بِهِۦٓ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيّٞ وَلَا شَفِيعٞ وَإِن تَعۡدِلۡ كُلَّ عَدۡلٖ لَّا يُؤۡخَذۡ مِنۡهَآۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبۡسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْۖ لَهُمۡ شَرَابٞ مِّنۡ حَمِيمٖ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ ٧٠


Ayat di atas menerangkan tentang larangan mempersendakan agama.

Berikan maksud kalimah yang bergaris.

a)

orang yang dihancurkan Allah

b)

Air panas yang menggelegak

c)

baginya pelindung

d)

selain dari Allah

3.

Antara bentuk perbuatan mempersenda agama yang terdapat dalam ayat ialah

a)

berasa bangga apabila mempersendakan agama Allah SWT

b)

mengejek dan menghina ibu bapa

c)

mentafsir kitab kitab agama mengikut hawa nafsu

d)

menentang aktiviti maksiat

4.

Berikut adalah cara menjaga kesucian Islam KECUALI

a)

mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW

b)

memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan keagamaan

c)

mengamalkan tuntutan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

d)

menjaga kuantiti solat untuk mendapatkan pahala yang lebih banyak

5.

Pilih pernyataan yang benar tentang kesan mempersendakan agama.

i. Boleh membatalkan iman.

ii. Tidak mendapat syafaat daripada nabi SAW.

iii. Tidak dipandang oleh Allah SWT di akhirat.

iv. Tidak mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

a)

i dan ii sahaja

b)

i, iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

i dan iv sahaja

6.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengajaran ayat 70 Surah Al-An'am KECUALI

a)

Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersenda agama demi menjaga kesucian Islam

b)

Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersenda agama berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah

c)

Kita hendaklah membenci dengan hati sahaja apabila melihat seseorang melakukan perbuatan mempersenda agama kerana yakin Allah akan memberikan balasan yang setimpal di akhirat kelak.

d)

Kita hendaklah mempertahankan kesucian Islam dengan pendekatan yang terbaik

7.

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣


Ayat di atas ialah berkaitan dengan suruhan untuk berdakwah.

Berikan maksud bagi kalimah bergaris.

a)

orang yang menyeru

b)

beramal soleh

c)

lebih baik perkataannya

d)

kalangan orang Islam

8.

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣


Ayat di atas ialah berkaitan dengan suruhan untuk berdakwah.

Berikan maksud bagi kalimah bergaris.

a)

dan beramal soleh

b)

orang yang menyeru

c)

yang lebih baik

d)

sesungguhnya aku

9.

Di bawah ialah senarai tuntutan yang terdapat dalam ayat KECUALI

a)

berdakwah

b)

menjadikan Islam sebagai cara hidup

c)

beramal soleh

d)

berbuat baik kepada ibu bapa

10.

"MENGAJAK DAN MENYERU MANUSIA SUPAYA TAKUT KEPADA ALLAH SWT DENGAN PENDEKATAN TERBAIK"

Pernyataan di atas ialah pengertian kepada ..

a)

beramal soleh

b)

berdakwah

c)

dakwah

d)

amar ma'ruf

11.

"PERBUATAN BAIK YANG DILAKUKAN MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DENGAN NIAT UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT"

Pernyataan di atas ialah pengertian untuk..

a)

beramal soleh

b)

berdakwah

c)

dakwah

d)

amar ma'ruf

12.

"MENYERU SUPAYA MELAKUKAN PERKARA YANG DIPERINTAH OLEH ALLAH SWT DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA".

Pernyataan di atas ialah pengertian untuk..

a)

beramal soleh

b)

berdakwah

c)

dakwah

d)

amar ma'ruf

13.

Apakah hukum memelihara iman daripada terbatal ?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Sunat Muakkad

14.

Pernyataan di bawah adalah cara iman boleh terbatal KECUALI.

a)

Niat

b)

Iktikad

c)

Perkataan

d)

Perbuatan

15.

Berikut adalah senarai cara batal iman melalui iktikad KECUALI

a)

Al-Uluhiyyah

b)

An-Nubuwwah

c)

Al-Muslahah

d)

As-Syari'ah

16.

" MENGINGKARI KEWUJUDAN ALLAH SWT SEBAGAI PENCIPTA."

Pernyataan di atas merujuk kepada cara batal iman dari sudut..

a)

al-Uluhiyyah

b)

an-Nubuwwah

c)

al-Ghaibiyyah

d)

as-Syari'ah

17.

" MENGINGKARI KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI RASUL DAN NABI TERAKHIR."

Pernyataan di atas merujuk kepada cara batal iman dari sudut..

a)

al-Uluhiyyah

b)

an-Nubuwwah

c)

al-Ghaibiyyah

d)

as-Syari'ah

18.

Pilih pernyataan yang benar tentang cara batal iman melalui perkataan.

i. Saya tidak lagi beragama Islam

ii. Rasulullah pun buat dosa

iii. Sujud kepada Berhala atau makhluk dengan sengaja

iv. Bilal itu menyalak macam anjing.

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

i, ii dan iv sahaja

c)

ii, iii dan iv sahaja

d)

iii dan iv sahaja

19.

Apakah hukum muamalah Islam

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Sunat Muakkad

d)

Harus

20.

Antara pernyataan di bawah, pilih maksud "dharar" yang betul.

a)

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang

b)

Setiap perkara yang membawa kerosakan

c)

Kesamaran dalam urusan muamalah yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga

21.

Pilih padanan yang sesuai tentang perbezaan antara muamalah Islam dengan konvensional.

a)

mengharamkan riba / mengamalkan judi

b)

Bersumberkan dalil al-Quran dan as-Sunnah / bersumberkan al-Quran semata-mata

c)

Berteraskan keimanan kepada Allah / berteraskan keuntungan dan kekayaan

d)

bebas dari unsur-unsur makruh / mengandungi unsur-unsur judi dan gharar.

22.

Berikut adalah rukun akad dalam muamalah Islam KECUALI

a)

niat

b)

pihak yang berakad

c)

sesuatu yang diakadkan

d)

sighah

23.

Harga dan barang ialah aspek yang melibatkan rukun akad muamalah dari aspek ..

a)

niat

b)

pihak yang berakad

c)

sesuatu yang diakadkan

d)

sighah

24.

1. Baligh

2. Berakal

3. Mampu memelihara dan mengurus hartanya


Tiga perkara di atas adalah syarat-syarat akad dalam muamalah Islam yang melibatkan ...

a)

niat

b)

pihak yang diakadkan

c)

perkara yang diakadkan

d)

sighah

25.

LIma jenis akad dalam muamalah Islam ialah pertukaran, kebajikan, perkongsian, agen dan jaminan.


Kafalah dan Rahnu adalah istilah yang terdapat dalam jenis akad..

a)

pertukaran

b)

kebajikan

c)

perkongsian

d)

Jaminan

26.

LIma jenis akad dalam muamalah Islam ialah pertukaran, kebajikan, perkongsian, agen dan jaminan.


Jual beli dan sewaan adalah istilah yang terdapat dalam jenis akad..

a)

pertukaran

b)

kebajikan

c)

perkongsian

d)

jaminan

27.

Maksud hibah ialah..

a)

sesuatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan bersama

b)

memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup

c)

memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan seperti yang sepatutnya

d)

mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain

28.

" AKAD YANG DILAKUKAN OLEH PEMODAL DENGAN MENYERAHKAN MODALNYA KEPADA PENGUSAHA AGAR DAPAT DINIAGAKAN DAN KEUNTUNGAN DIBAHAGI ANTARA MEREKA."

Pernyataan di atas ialah pengertian bagi ...

a)

mudharabah

b)

musyarakat

c)

wakalah

d)

kafalah

29.

MEWAKAFKAN HARTA YANG DAPAT DIAMBIL MANFAATNYA SERTA KEKAL FIZIKALNYA UNTUK PENGGUNAAN YANG BAIK SERTA BERTUJUAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT."

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian bagi..

a)

qardhu

b)

hibah

c)

wadi'ah

d)

wakaf

30.

Maksud rahnu ialah.

a)

menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang

b)

jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi

c)

memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain

d)

memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan

31.

Siapakah pengasas kerajaan Umayyah ?

a)

Abdul Malik Bin Marwan

b)

Sultan Muhammad Al-Fateh

c)

Muawiyyah Bin Abi Sufian

d)

Umar Bin Abdul Aziz

32.

Berikut adalah senarai khalifah kerajaan Umayyah yang terkenal KECUALI

a)

Muawiyyah Bin Abi Sufian

b)

Abdul Malik Bin Marwan

c)

Al-Walid Bin Abdul Malik

d)

Solahuddin Al-Ayubi

33.

Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

i. Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan.

ii. mengecualikan cukai jizyah terhadap kafir zimmi.

iii. membina rumah transit.

iv. mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ilmuan

a)

i, ii dan iii sahaja

b)

ii, iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

i, iii dan iv sahaja

34.

Pilih pernyataan yang benar tentang faktor kegemilangan kerajaan Umayyah dari aspek agama.

i. Menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti pengajian al-Quran dan pembukuan hadis.

ii. menaiktaraf dan membina institusi masjid untuk aktiviti keagamaan.

iii. Pengurusan baitulmal yang cekap.

iv. menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan pendidikan.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

ii dan iv sahaja

35.

Pilih pernyataan yang benar tentang faktor kegemilangan kerajaan Umayyah dari aspek pendidikan.

i. Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan

ii. Berjaya manfaatkan hasil pertanian untuk bangun negara.

iii. Galakan daripada khalifah agar rakyat menguasai pelbagai ilmu.

iv. pelantikan gabenor yang berwibawa.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

i dan iii sahaja

d)

iii dan iv sahaja

36.

Antara berikut, yang manakah faktor kemerosotan kerajaan Umayyah dari aspek akhlak ?

a)

Sistem lantikan khalifah secara monarki.

b)

Sikap taksub antara khalifah arab.

c)

Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros.

d)

pemberontakan oleh puak syiah dan khawarij

37.

Apakah maksud khauf ?

a)

Takut kepada ancaman Allah SWT terhadap segala dosa yang dilakukan di dunia.

b)

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan mendekatkan diri kepada para ulamak.

c)

Takut kepada ancaman Allah SWT seperti yang terdapat di dalam al-Quran

d)

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala laranganNya

38.

Berikan cara untuk mendapatkan roja'.

a)

Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan.

b)

Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu.

c)

Sentiasa bertaubat.

d)

Sentiasa mengingati mati.

39.

Pilih pernyataan yang benar tentang hikmah khauf dan roja'.

a)

Mendidik manusia agar sentiasa melakukan kebaikan untuk mendapatkan perhatian masyarakat.

b)

Melahirkan insan yang rasa gembira menunjukkkan ibadah yang dilakukan.

c)

Menjadikan manusia ujub dengan ibadah yang dilakukan

d)

Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan.

40.

Berikut adalah konsep khauf dan roja' mengikut pandangan Syeikh Abdul Somad Al-Jaawi KECUALI

a)

Perasan khauf terhadap balasan neraka menjadi benteng dari keinginan untuk melakukan maksiat.

b)

khauf dan roja' hendaklah berpaksikan su'u zhon kepada Allah SWT.

c)

Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang mendekatkan diri kepada Allah SWT

d)

Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak.

41.

Apakah maksud mad silah ?

a)

Huruf ha dhomir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hijaiyyah pada dua kalimah berlainan.

b)

Huruf ha dhomir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah berlainan.

c)

Kata ganti nama ha dhomir yang terdapat di dalam al-Quran.

d)

Mad yang terdapat selepas huruf ha dhomir yang berbaris di bawah atau berbaris di hadapan.

42.

Nyatakan harakat bacaan bagi hukum mad silah qosirah dan mad silah towilah.

a)

Mad silah qosirah 2 harakat dan mad silah towilah 4 atau 5 harakat.

b)

Mad silah qosirah 4 atau 5 harakat dan mad silah towilah 2 harakat.

c)

Mad silah qosirah 2 harakat dan mad silah towilah 5 atau 6 harakat.

d)

Mad silah qosirah 5 atau 6 harakat dan mad silah towilah 2 harakat.

43.

تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ

Apakah hukum dan cara bacaan bagi petikan ayat yang bergaris di atas ?

a)

Mad silah towilah dibaca 2 harakat

b)

Mad silah qosirah dibaca 2 harakat

c)

Mad silah towilah dibaca 4 atau 5 harakat

d)

Mad silah qosirah di baca 4 atau 5 harakat.

44.

Berikan maksud mad lazim kalimi musaqqal.

a)

Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang bersyaddah dalam satu kalimah dan dibaca secara idgham.

b)

Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah dalam satu kalimah dan tidak dibaca secara idgham.

c)

Huruf mad yang terdapat pada fawatihu as-suwar bertemu huruf bertanda sukun yang tidak dibaca secara idgham.

d)

Huruf mad yang terdapat pada fawatihu as-suwar bertemu huruf bertanda sukun yang dibaca secara idgham.

45.

Berikan maksud mad lazim harfi mukhaffaf.

a)

Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah dalam satu kalimah dan tidak dibaca secara idgham.

b)

Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah dalam satu kalimah dan dibaca secara idgham.

c)

Huruf mad yang terdapat pada fawatihu as-suwar bertemu huruf bertanda sukun yang tidak dibaca secara idgham.

d)

Huruf mad yang terdapat pada fawatihu as-suwar bertemu huruf bertanda sukun yang dibaca secara idgham.

46.

وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Nyatakan hukum bagi petikan ayat yang bergaris di atas.

a)

Mad lazim kalimi mukhaffaf.

b)

Mad lazim kalimi musaqqal

c)

Mad lazim harfi mukhaffaf.

d)

Mad lazim harfi musaqqal.

47.

الٓمٓ

Nyatakan hukum bagi ayat di atas.

a)

Mad lazim kalimi mukhoffaf.

b)

Mad azim kalimi musaqqal.

c)

Mad lazim harfi mukhoffaf.

d)

Mad lazim harfi musaqqal

48.

Pilih ejaan jawi yang betul bagi semua perkataan di bawah.


SEMUA , KETIKA , DAN

a)

سموا ٬ کتيک ٬ دان

b)

سيموا ٬ کيتيکا ، دان

c)

سيموا ٬ کيتيک ، دان

d)

سموا ٬ کتيک ، دن

49.

Pilih ejaan jawi yang betul bagi perkataan di bawah.


ITU , INI , KITA

a)

ايت ٬ اين ، کيتا

b)

ايتو ٬ ايني ، کيتا

c)

ايت ٬ اين ، کيت

d)

ايتو ٬ ايني ، کيت

50.

Pilih ejaan jawi yang betul bagi perkataan di bawah


SYURGA , NERAKA

a)

شرݢا ٬ نراکا

b)

شورݢ ٬ نراک

c)

شرݢ ٬ نراک

d)

شورݢ ٬ نيراک