WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5 ( Kata Ganda )
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Petani memasang ______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
ulang-alik
lalu-lalang
mundar-mandir
mandi-manda
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
lambat-laun
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
kusut-masai
serba-serbih
comot-momot
compang-camping
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Azam ternampak seorang murid lelaki ter____________ berlari mendapatkan Cikgu Norlia.
gopoh-gapah
tunggang-langgang
lalu-lalang
cungap-cangip
Azam menyaksikan keindahan ________________ di sepanjang perjalanan.
lalu-lintas
simpang-siur
gunung-ganang
sorak-sorai
__________________ialah sejenis reptilia yang bercangkerang keras seperti kura-kura.
Lelabah
Rerama
Jejentik
Lelabi
Jalan raya ber_____________ di sepanjang perjalanan mereka ke Pusat Sains Negara.
lalu-lintas
lalu-lalang
simpang-siur
selok-belok
