NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Hubung Tahun 6_1
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Semua pekerja membatu __________ pengurus masuk ke pejabat.
sambil
hingga
kerana
tatkala
__________ melihat kemalangan itu, Zaidan cepat-cepat menelefon ambulans.
Seraya
Sambil
Jikalau
Apabila
Abang mengulang kaji pelajaran __________ larut malam __________ peperiksaannya semakin hampir.
dan ... agar
jika ... sejak
hingga ... kerana
setelah ... apabila
__________ menunggu bas sekolah tiba, Swee Lan membaca buku di pondok bacaan.
Sementara
Semenjak
Setelah
Agar
Jurulatih itu menjelaskan perkara sebenar __________ semua anak buahnya berpuas hati.
tetapi
sambil
kecuali
sehingga
Kereta GEN 2 itu mahal __________ mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran tempatan.
tetapi
kerana
setelah
sungguhpun
Ayah menjolok buah mangga __________ ibu memasukkannya ke dalam bakul.
sementara
walaupun
agar
atau
Tokoh budayawan negeri Kelantan bolehlah dipilih __________ mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
dari
pada
kepada
daripada
Kerani wanita itu diberikan amaran oleh pegawai atasan __________ selalu datang lewat ke pejabat.
kalau
kerana
supaya
sekiranya
Pemain bola keranjang itu __________ berbadan tegap __________ juga bertubuh tinggi.
tidak sahaja ..... atau
bukan sahaja ..... malah
bukan ..... walaupun
namun ..... walaupun
Pameran buku itu dibuka kepada orang ramai setiap hari __________ hari Jumaat.
sementara
kemudian
kecuali
jikalau
__________ berbual-bual kosong, __________ kamu membaca majalah "Kawan" itu.
Walaupun ..... tetapi
Biarpun ..... lebih elok
Daripada ..... lebih baik
Sungguhpun ..... namun
Emak memujuk adik makan ubat __________ cepat sembuh.
tetapi
kerana
supaya
manakala
Suzie tinggal dengan keluarga angkatnya __________ berusia dua bulan.
tetapi
kerana
jikalau
semenjak
Wong Hong Nan __________ pandai bermain bola sepak __________ pandai bermain golf.
baik .... mahupun
malah .... atau
bukan sahaja .... tetapi juga
bukan sahaja .... ataupun
Encik Razak yakin __________ beliau akan menang dalam pertandingan catur itu.
jika
agar
supaya
bahawa
__________ Wan Liyana mendapat 5A dalam UPSR, dia akan dihadiahkan sebuah kamera digital oleh keluarganya.
Melainkan
Walaupun
Sekiranya
Setelah
Latihan bola sepak itu dibatalkan __________ cuaca sangat mendung yang menandakan hujan lebat akan turun.
tetapi
kerana
supaya
walaupun
Pada hari minggu __________ hari kelepasan am, beliau jarang-jarang berada di rumah kerana sibuk menguruskan perniagaannya di bandar.
dan
atau
lalu
serta
__________ dia anak orang kaya, dia suka bergaul dengan semua orang.
Jikalau
Kerana
Walaupun
Andai kata
