NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa Bahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pemain itu _____ bola sepak ke arah gol.
merejam
menendang
menentang
memukul
Encik Azhar ____ berada di pejabat walaupun hari semakin lewat.
sedang
masih
mula
telah
Suasana di dalam perpustakaan ____ sekali kerana setiap orang tekun belajar.
pilu
cemas
lemah
senyap
Mak Cik Chin memasukkan _____ benang ke dalam lubang jarum.
seutas
selembar
segulung
segelung
Kepala David berdarah selepas _____ di lantai.
tersungkur
tersandar
terbaring
terduduk
Shalini memasukkan beberapa _____ kapas ke dalam sarung tangan itu untuk membuat anak patung.
ketul
keping
lembar
gumpal
Zarif tidak turut serta bermain bola sepak kerana dia ____.
kaki lima
kaki botol
kaki bangku
kaki ayam
Mak Cik Salmah _____ ubi kayu sehingga empuk.
merebus
menanak
membakar
menggoreng
Datuk hanya makan nasi _____ kerana giginya masih sakit.
lembik
lemau
hangit
garing
Muka adik Izat _____ semasa memakan aiskrim.
compang-camping
comot-momot
calar-balar
kusut-masai
Nasihat yang diberikan oleh guru disiplin itu menjadi sia-sia kerana murid itu tetap melanggar peraturan sekolah.
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai mencurah air ke daun keladi
Bagai mendukung biawak hidup
Bagai bertepuk sebelah tangan
Bangunan-bangunan tinggi di kawasan itu _____ semasa kejadian gempa bumi berlaku awal pagi semalam.
bergelut
bergerak
bergegar
berputar
_____, malang sungguh nasib kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa itu!
Aduhai
Aduh
Amboi
Wahai
Puan Gan memakai seutas _____ yang dihadiahi oleh suaminya.
rantai tangan
rantai leher
cermin mata
jam tangan
Tubuh nenek semakin ____ selepas demam tempoh hari.
semput
susut
lurus
surut
"Mari ____ pulang segera kerana hari akan hujan," kata Aida kepada adiknya.
mereka
kalian
kita
kami
Datuk sering menceritakan kisah silamnya ____ zaman kemerdekaan.
di
ke
pada
demi
Encik Syamil tidak malu ____ mempelajari selok-belok perniagaan yang baru diceburinya.
untuk
supaya
hingga
walaupun
Pengethuan Ali tentang perkembangan semasa amat cetek kerana dia tidak mengikuti berita di radio mahupun televisyen.
Seperti katak disimbah air
Seperti katak di bawah tempurung
Seperti kera mendapat bunga
Seperti kerbau dicucuk hidung
Ayah memandu dengan berhati-hati kerana jalan menuju ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok __________.
bagai aur dengan tebing
bagai kera mendapat bunga
bagai ular kena palu
bagai membuka pekung di dada
