WorksheetsSimpulan Bahasa Tahun 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Amir seorang ____________.
baik hati
ulat buku
anak emas
Hana anak yang rajin. Dia seorang yang _________________.
baik hati
berat mulut
ringan tulang
Adi sedih kerana tidak dapat bermain bola dengan rakan-rakan. Dia seorang ________________.
kaki bangku
kaki ayam
anak angkat
Dewi ke sekolah dengan _____________. Dia tidak sempat bersarapan.
alas perut
hati batu
perut kosong
Tulisan Fifi sukar dibaca seperti __________________.
ayam tambatan
cakar ayam
kaki ayam
Alia suka bercakap di dalam kelas. Kawan-kawan memanggilnya ____________.
mulut murai
berat mulut
mulut masin
Posmen itu _______________ apabila dikejar seekor anjing.
langkah kanan
langkah seribu
kaki ayam
Khalid tidak tahu membaca. Dia ________________.
otak udang
buta hati
buta huruf
Mak usu dan suaminya sangat gembira mendapat _________________.
cahaya mata
anak emas
buah hati
Encik Ali dan keluarganya ____________ di Pulau Pangkor.
makan hati
naik angin
makan angin
