wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T.ISLAM T5P5 SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Menyelaras tenaga manusia agar mengikut satu perancangan untuk mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

pengertian pentadbiran

b)

pengertian pengurusan

c)

pengertian pentadbiran dan pengurusan Islam

d)

pengertian sistem pemerintahan Islam

2.

Mengguna serta menyelenggara sumber manusia dan sumber alam untuk kebajikan manusia


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

pengertian pentadbiran

b)

pengertian pengurusan

c)

pengertian pentadbiran dan pengurusan Islam

d)

pengertian sistem pemerintahan Islam

3.

Perancangan dan pergerakan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan kaedah, peraturan, tanggungjawab dan tugas dalam pengolahan sumber manusia dan sumber alam selari dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

pengertian pentadbiran Islam

b)

pengertian pengurusan Islam

c)

pengertian pentadbiran dan pengurusan Islam

d)

pengertian sistem pemerintahan Islam

4.

Rasulullah SAW meletakkan asas pentadbiran dan pengurusan negara berdasarkan __________ aspek utama.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

5.

Apakah nama perlembagaan pentadbiran dan pengurusan pada zaman Rasulullah SAW?

a)

suhuf Madinah

b)

sahifah Madinah

c)

sunnah Madinah

d)

sunan Madinah

6.

Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam urusan pentadbiran menggantikan semangat __________

a)

'asabiyyah

b)

wataniah

c)

kabilah

d)

jinsiyyah

7.

Bilakah Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal?

a)

Pemerintahan Rasulullah SAW

b)

Pemerintahan Saidina Abu Bakar ra

c)

Pemerintahan Saidina Umar ra

d)

Pemerintahan Saidina Usman ra

8.

Pilih prinsip-prinsip tadbir urus dalam Islam

(3M)

a)

Pentadbir sebagai penguasa mutlak

b)

Bermatlamatkan dunia dan akhirat

c)

Berteraskan nilai-nilai akhlak

d)

Urusan pentadbiran dijalankan berdasarkan konsep syura

9.

Pilih ciri-ciri pentadbiran dan pengurusan Islam

(3M)

a)

Mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran

b)

Melaksanakan keadilan untuk sesetengah pihak

c)

Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis

d)

Mengeratkan ukhuwah dalam pengurusan yang berteraskan nilai akhlak.

10.

Mesyuarat yang dijalankan bagi melakukan pertimbangan secara kolektif dan membuat keputusan yang paling berkualiti berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Pernyataan di atas merujuk kepada ....

a)

syariat

b)

syura

c)

sunnah

d)

syumul

11.

Berikut adalah etika tadbir urus Islam kecuali ...

a)

emosi

b)

integriti

c)

efektif

d)

sistematik

12.

__________ ialah membuat perancangan dan pemantauan yang berterusan

a)

Integriti

b)

Efektif

c)

Sistematik

d)

Amar makruf dan nahi mungkar

13.

Pilih ciri-ciri pentadbir dan pengurus yang baik

(3M)

a)

positif

b)

dinamik

c)

inovatif

d)

interaktif

14.

Berupaya menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi untuk melaksanakan pembaharuan.


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri pentadbir yang .....

a)

positif

b)

inovatif

c)

dinamik

d)

integriti

15.

Bersikap telus dalam melaksanakan tadbir urus sesebuah masyarakat dan negara


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri pentadbir yang .....

a)

positif

b)

inovatif

c)

dinamik

d)

integriti

16.

Menjana idea baharu ke arah kemajuan


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri pentadbir yang .....

a)

positif

b)

inovatif

c)

dinamik

d)

integriti

17.

Kepentingan Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Islam terhadap organisasi ialah ....

(2M)

a)

Menjaga hubungan baik antara ketua dengan ahli-ahlinya

b)

Menaikkan imej sesebuah organisasi

c)

Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan dan muafakat

d)

Menimbulkan nilai keimanan dan ketakwaan

18.

__________ ialah individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

a)

Efektif

b)

Efisien

c)

Inovatif

d)

Integriti

19.

Implikasi pengabaian syariat dalam mentadbir dan mengurus ialah ...

(2M)

a)

Mendapat ketaatan daripada orang bawahan

b)

Mewujudkan persefahaman antara ketua dengan anak buah

c)

Mengabaikan amanah yang diberikan

d)

Menyebabkan kemunduran organisasi dan negara

20.

Bagaimanakah cara anda merealisasikan tadbir urus Islam dalam sesebuah organisasi?

(2M)

a)

Mengadakan mesyuarat dalam segala urusan

b)

Memberi penghargaan kepada staf cemerlang

c)

Menjaga kepentingan diri sendiri terlebih dahulu

d)

Menyelesaikan tugasan tanpa mengira apa cara sekali pun