wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3 BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

Total questions: 50

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Sistem saraf pusat terdiri daripada?

a)

Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi

b)

Sistem saraf utama dan saraf spina

c)

Sistem saraf pusat sahaja

d)

Sistem saraf periferi sahaja

2.

Manakah antara berikut merupakan tindakan luar kawal?

a)

menari

b)

menarik tangan dari objek panas

c)

peristalsis di esofagus

d)

berlari

3.

Manakah antara berikut BUKAN tindakan luar kawal yang melibatkan saraf tunjang?

a)

menarik tangan apabila terkena objek panas

b)

menarik kaki apabila terpijak benda tajam

c)

bersin apabila habuk masuk ke hidung

d)

denyutan jantung

4.

Manakah antara berikut BUKAN organ deria?

a)

Mulut

b)

Mata

c)

Telinga

d)

Hidung

5.

Apakah bahagian mata yang merupakan lapisan hitam yang mencegah pantulan cahaya dalam mata?

a)

Retina

b)

Koroid

c)

Gelemair

d)

Kornea

6.

Apakah jenis fotoreseptor yang peka kepada keamatan cahaya?

a)

Sel rod

b)

Sel kon

c)

Sel ron

d)

Sel kod

7.

Sistem saraf pusat terdiri daripada _______ dan _____________

a)

saraf tunjang, saraf spina

b)

saraf tunjang, otak

c)

saraf spina, saraf kranium

d)

saraf kranium, otak

8.
Rajah menunjukkan satu kecacatan         penglihatan. Namakan kecacatan penglihatan ini. 
a)
Rabun jauh 
b)
Rabun dekat 
c)
Rabun warna 
9.
Rajah menunjukkan eksperimen ke atas tumbuhan yang ditinggalkan selama 2 minggu. Nyatakan rangsangan yang menghasilkan gerak balas pada akar dan pucuk tumbuhan itu.
a)
Akar : Sentuhan
Pucuk: Air
b)
Akar : Graviti
Pucuk: Air
c)
Akar : Graviti
Pucuk: Cahaya matahari
d)
Akar : Sentuhan
Pucuk: Graviti
10.
Maklumat menunjukkan struktur telinga manusia. Urutan manakah menunjukkan laluan bunyi dalam mekanisme pendengaran?
a)
P → Q → R → S
b)
P → Q → S → R
c)
P → R → Q → S
d)
P → R → S → Q
11.
Rajah menunjukkan bahagian rongga nasal. Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D yang manakah mempunyai reseptor bau? 
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
12.

Apakah organ deria paling besar dalam badan manusia?

a)

Mata

b)

Kulit

c)

Telinga

d)

Lidah

13.

Apakah struktur pada telinga yang menerima dan mengumpulkan gelombang bunyi?

a)

Cuping telinga

b)

Salur telinga

c)

Tulang osikel

d)

Koklea

14.

Apakah nama gerak balas yang ditunjukkan?

a)

Gerak balas nastik

b)

Tigmotropisme

c)

Geotropisme positif

d)

Hidrotropisme positif

15.

Manakah antara berikut mempunyai jenis penglihatan yang sama dengan haiwan dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
16.

Apakah jenis penglihatan haiwan dalam rajah?

a)

Penglihatan stereoskopik

b)

Penglihatan monokular

17.

Rajah di bawah menunjukkan laluan impuls suatu tindakan.


Reseptor ---> Saraf tunjang ---> Efektor


Antara tindakan berikut, yang manakah akan melalui laluan impuls yang sama?

a)

a) Bernafas

b)

b) Berfikir

c)

c) Sentakan lutut

d)

d) Berjalan

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan terkawal?

a)

a) Peristalsis

b)

b) Bercakap

c)

c) Berpeluh

d)

d) Denyutan jantung

19.

Mengapakah hujung jari sangat peka terhadap kesakitan?

a)

a) Saiz reseptor yang besar

b)

b) Epidermis yang sangat nipis

c)

c) Bilangan reseptor yang banyak

d)

d) Jarak di antara satu reseptor dengan yang lain adalah dekat

20.

Antara berikut, pernyataan manakah yang bukan menjelaskan tentang penglihatan stereoskopik.

a)

a) Penglihatan ini dimiliki oleh haiwan pemangsa

b)

b) Medan penglihatan adalah luas

c)

c) Kedudukan mata adalah di hadapan kepala

d)

d) Penglihatan ini dapat menganggar jarak atau kedudukan dengan tepat.

21.

Fahami situasi yang berikut :


Seekor anjing besar sedang menyalak ke arah Najihah ketika dia sedang berjalan. Najihah berasa amat takut.


Pilih organ yang terlibat dalam tindak balas terhadap rangsangan di atas?

a)

Hidung

b)

Mata

c)

Telinga

22.

Seorang perempuan tua sedang membaca surat khabar. Dia mendapati tulisan tersebut kabur apabila membaca tanpa memakai cermin mata.


apakah jenis masalah penglihatan orang tua itu?

a)

Rabun dekat

b)

Rabun jauh

c)

Pekak

d)

Katarak

23.

Berdasarkan masalah di soalan 9:


Bagaimana caranya beliau membetulkan masalah tersebut?

a)

Memakai cermin mata kanta cekung

b)

Memakai cermin mata kanta prisma

c)

memakai cermin mata tanpa kanta

d)

memakai cermin mata kana cembung

24.

Nyatakan dua jenis had deria penglihatan manusia

a)

ilusi optik dan titik buta

b)

Rabun jauh

c)

Rabun dekat

d)

Astigmatisme

25.

Apabila usia seseorang semakin meningkat, deria pendengaran menjadi semakin kurang.Nyatakan sebab perkara tersebut berlaku.

a)

Cuping telinga semakin mengecil

b)

Bendalir koklea berkurang

c)

Gegendang menjadi kurang kenyal

d)

Jendela bujur kurang kenyal

26.

antara berikut yang manakah kebaiakan pendengaran stereofonik?Sila pilih dua jawapan.

a)

Membantu haiwan melihat

b)

Membantu haiwan mencari pasangan

c)

Membantu haiwan pemangsa menentukan lokasi mangsa

d)

Membantu haiwan mangsa menentukan lokasi pemangsa

27.

Akar tumbuhan yang tumbuh ke arah bawah menunjukkan

a)

fototropisme positif

b)

hidrotropisme negatif

c)

geotropisme positif

d)

tigmotropisme

28.

Antara bahagian badan yang peka terhadap sentuhan (bilangan reseptor yang banyak dan epidermis yang nipis) termasuklah di bawah kecuali

a)

hujung jari

b)

bibir

c)

leher

d)

siku

29.

Apakah julat frekuensi deria pendengaran bagi manusia?

a)

200 Hz hingga 80 000 Hz

b)

2000 Hz hingga 110 000 Hz

c)

67 Hz hingga 45 000 Hz

d)

20 Hz hingga 20 000 Hz

30.

Tumbuhan di dalam Rajah di atas bergerak balas terhadap..

a)

Cahaya

b)

Air

c)

Sentuhan

d)

Graviiti

31.

Apakah jenis rangsangan yang berkaitan dengan pokok yang ditunjukkan di atas?

a)

Air

b)

Cahaya

c)

Sentuhan

d)

Graviti

32.

Gambar di atas menunjukkan akar tumbuhan yang bergerak ke arah air dalam baldi. Mengapakah akar tumbuhan bergerak ke arah air?

a)

Kerana tarikan graviti

b)

Supaya menjadi lebih sejuk

c)

Untuk menyerap air

d)

Untuk membuat makanan

33.

Gambar di atas menunjukkan gambar sebuah bijih benih yang akarnya tumbuh ke bawah dan pucuk ke atas. Apakah keputusan yang boleh dibuat berdasarkan kepada akarnya?

a)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap air.

b)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap graviti.

c)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap cahaya.

d)

Akar bijih benih bergerak balas terhadap udara.

34.

Gambar di bawah manakah merupakan gerak balas tumbuhan terhadap air?

a)
b)
c)
d)
35.

Sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam sebuah bilik tertutup dengan tingkap terbuka seperti rajah 1. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian di atas?

a)

Tumbuhan itu memerlukan udara untuk tumbuh

b)

Tumbuhan itu memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh

c)

Tumbuhan itu perlu diletakkan di dalam bilik untuk tumbuh

d)

Tumbuhan itu tumbuh sihat tanpa air

36.

Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Pucuk

d)

Batang

37.

Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap cahaya matahari?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

38.
Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap tarikan graviti?
a)
Pucuk
b)
Akar
39.
Rangsangan yang menyebabkan gerak balas tumbuhan adalah seperti berikut, kecuali ...
a)
Air
b)
Cahaya Matahari
c)
Sentuhan
d)
Gas
40.
Aiman mendapati tumbuhan yang disimpan dalam kotak hitam telah membengkok ke arah lubang kotak tersebut. Dia dapat merumuskan (membuat kesimpulan) bahawa ....
a)
Pucuk, daun dan batang bergerak balas terhadap cahaya
b)
Akar bergerak balas terhadap cahaya
c)
Pucuk, daun dan batang bergerak balas terhadap sentuhan
d)
Akar bergerak balas terhadap 
41.
Alia memerhati akar tumbuhan dalam pasu plastik lutsinarnya telah membengkok ke kawasan tanah lembap. Apakah inferens (sebab) yang mungkin bagi kejadian tersebut?
a)
Akar bertumbuh dengan aktif apabila bergerak ke tanah lembap
b)
Akar bergerak ke tanah lembap untuk mendapatkan air
42.
Tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap sentuhan?
a)
Bunga raya
b)
Bunga ros
c)
Daun semalu
d)
Daun setawar
43.
3 biji benih disusun secara melintang, terbalik dan menegak dan didapati akar bertumbuh menghala ke bawah. Apakah kesimpulan boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
a)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air
b)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya
c)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti
d)
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan
44.
Aina menanam sejenis tumbuhan di dalam sebuah pasu. Seminggu kemudian seekor kucing telah terlanggar dan menjatuhkan pasu tersebut. Apabila Aina terlihat pasunya jatuh, dia mendapati tumbuhannya berubah seperti dalam rajah. Berikan inferens.
a)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap air manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
b)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap graviti
c)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap cahaya manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
d)
Pucuk membengkok ke atas kerana bergerak balas terhadap sentuhan manakala akar menjalar ke bawah kerana bergerak balas terhadap air
45.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan. Tumbuhan berpasu ini diletakkan di dalam kotak hitam yang dilubangkan. Ramalkan pemerhatian yang akan berlaku pada tumbuhan ini selepas seminggu?
a)
Pucuk tumbuh ke arah sumber cahaya
b)
Akar tumbuh ke arah sumber cahaya
c)
Pucuk tumbuh ke arah graviti
d)
Akar menjalar ke lubang kotak
46.

Rajah di atas menunjukkan sejenis tumbuhan. Tumbuhan ini bergerak balas terhadap rangsangan...

a)

Cahaya

b)

Air

c)

Graviti

d)

Sentuhan

47.

Rajah di atas menunjukkan gerak balas tumbuhan, antara berikut yang manakah benar.

a)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti , pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya

b)

Akar dan pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

c)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air, pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya

d)

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air, pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap graviiti

48.

Tandakan aktiviti tindakan terkawal

a)

mendaki gunung

b)

peristalsis

c)

makan

d)

bernafas

49.

Apakah organ yang mengawal aktiviti menari seseorang penari balet?

a)

saraf tunjang

b)

saraf kranium

c)

otak

d)

saraf periferi

50.

Apakah jenis tindakan bagi perubahan saiz pupil terhadap keamatan cahaya

a)

tindakan terkawal

b)

tindakan luar kawal