Font size
WorksheetsSAINS TAHUN 3 OKTOBER 2019
Total questions: 50
Worksheet time: 13hrs 30mins
Yang manakan BUKAN Kemahiran Proses Sains?
memerhati
mengelas
mengukur dan menggunakan nombor
melakar
Leman ingin membantu datuknya menyusun setem-setem ke dalam album mengikut kategori tertentu. Kemahiran proses sains apa yang perlu?
memerhati
mendengar
mengelas
mengukur dan menggunakan nombor
...................................... ialah kemahiran menyatakan kesimpulan awal yang munasabah untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.
memerhati
membuat kesimpulan
mengelas
membuat inferens
..................... ialah kemahiran membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku
membuat inferens
meramal
mengelas
berkomunikasi
......................... ialah kemahiran memberikan penerangan tentang tindakan, objek atau peristiwa menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model.
berkomunikasi
memerhati
mengelas
membuat inferens
Nyatakan peraturan bilik sains.
membuka tingkap sebelum memulakan aktiviti
memakai selipar
tidak perlu beratur semasa mengambil alatan
membiarkan kipas dan lampu terpasang setelah keluar
Apakah fungsi gigi geraham?
Menyiat makanan
Memotong makanan
Memecah dan melumatkan makanan
Mencernakan makanan
Apakah fungsi gigi kacip
memecah makanan
menyiat makanan
mencerna makanan
memotong makanan
Apakah fungsi gigi taring
menyiat makanan
memotong makanan
menghancur makanan
mencerna makanan
Lapisan gigi paling luar dan paling keras dinamakan
dentin
enamel
gusi
saraf
Set gigi susu ada berapa batang?
19
20
21
22
Set gigi kekal ada berapa batang?
30
32
33
34
Pilih cara-cara penjagaan gigi yang patut diamalkan. Jawapan lebih daripada satu
berkumur sebelum makan
menggunakan flos gigi
menggosok gigi
Berjumpa doktor gigi setahun sekali
Manakah antara berikut merupakan kelas makanan. jawapan lebih daripada satu
karbohidrat
protein
masin
manis
vitamin
Kepentingan karbohidrat ialah untuk memberi........
vitamin
tenaga
mineral
cegah sembelit
Kepentingan protin untuk memberi.....
karbohidrat
vitamin
tumbesaran
mengawal suhu badan
Makanan apakah perlu dimakan banyak?Jawapan lebih daripada satu
lemak
daging
buah
sayur
minyak
Memakan makanan tidak seimbang menyebabkan perkara berikut terjadi
obesiti atau kegemukan
sembelit
berat badan ideal
lawas buang air besar
Makanan daripada mulut akan melalui saluran sempit dinamakan..................... sebelum turun ke perut
usus kecil
usus besar
dubur
esofagus
Pada bahagian manakah nutrien makanan diserap?
esofagus
usus
perut
dubur
Pilih haiwan yang makan tumbuhan sahaja
helang
arnab
gajah
monyet
ayam
Haiwan yang makan haiwan lain sahaja dikenali sebagai
dagingvor
herbivor
karnivor
omnivor
Nyatakan haiwan omnivor
rusa
ayam
singa
monyet
tikus
Kegigian haiwan apakah ini?
omnivor
karnivor
herbivor
meatvor
Kegigian haiwan apakah ini?
karnivor
omnivor
tarnivor
herbivor
Kenapakah haiwan mengalami perubahan tabiat pemakanan semulajadi?
berlaku lebihan makanan di persekitarannya
ia ingin mencuba makanan baru
ia sudah bosan dengan makanan asal
akibat berlaku perubahan keadaan persekitarannya
Pokok yang membiak melalui biji benih ialah
pisang
cili
betik
bawang
sawi
Pokok yang membiak melalui anak pokok ialah
betik
ubi kayu
cendawan
pisang
keladi
Pokok yang membiak melalui batang bawah tanah ialah
bunga kertas
bawang
setawar
ubi kentang
lidah jin
Pokok yang membiak melalui spora ialah
cendawan
ubi kayu
paku pakis
pisang
duit-duit
Pokok yang membiak melalui keratan batang ialah
ubi kentang
pokok ubi kayu
pokok bunga kertas
pokok bunga raya
pokok betik
Pembiakan tumbuh-tumbuhan penting kepada hidupan untuk mengekalkan sumber..........................
kayu
oksigen
plastik
habitat
simen
Teknologi dalam pembiakan tumbuh-tumbuhan ialah
spora
tut
kultur tisu
biji benih
Luas buku teks boleh dinyatakan dalam unit?
meter persegi
kilometer persegi
meter padu
sentimeter persegi
Luas kampung boleh diukur dengan menggunakan?
sentimeter persegi
meter persegi
kilometer persegi
sentimete padu
Luas permukaan sekata sesuatu objek boleh diukur menggunakan?
kertas petak 1cm x 1cm
kertas segi tiga
kertas graf
kertas lukisan
Kenapakah pengukuran penting dalam kehidupan?
untuk mengelakkan pembaziran
untuk memudahkan urusan pembelian
untuk mendapatkan potongan harga
untuk mendapatkan barang berkualiti
....................... ialah besarnya sesuatu ruang yang dipenuhi oleh sesuatu pepejal, cecair atau gas
milimeter
sentimeter
isi padu
meter padu
Isi padu pada air tin dinyatakan dalam unit?
meter padu
liter
mililiter
Isi padu kotak lohong boleh diukur menggunakan?
kertas petak 1cm x 1cm
kubus 1cm x 1cm x 1cm
kertas graf
kotak lohong
Untuk mengambil bacaan yang tepat aras air dalam selinder penyukat, kedudukan mata mestilah berada pada................................?
aras atas
aras tengah
aras bawah
aras meniskus
Untuk mengukur isi padu pepejal tidak sekata seperti batu, kita memerlukan kaedah ..............................
sesaran udara
sesaran tanah
sesaran batu
sesaran air
Mengapakah batu tenggelam di dalam air?
air lebih tumpat daripada batu
batu lebih tumpat daripada air
batu kurang tumpat daripada air
Nyatakan objek yang kurang tumpat daripada air.
pensel
kelapa
guli
pembaris besi
gabus
Untuk menjadikan air lebih tumpat daripada buah anggur, kita perlu memasukkan bahan berikut dalam air?
susu pekat
garam
minyak
gula
milo
Untuk menguji bahan yang bersifat asid, alkali dan neutral, kita memerlukan ......................
kertas warna
kertas lukisan
kertas pembalut
kertas litmus
Apakah yang akan terjadi kepada kertas litmus merah sekiranya dititiskan cecair berasid?
bertukar ke warna biru
bertukar ke warna hijau
tidak bertukar warna
bertukar ke warna putih
Apakah yang akan terjadi kepada kertas litmus biru apabila dititis bahan beralkali?
kekal warna biru
berubah ke warna merah
bertukar ke warna hijau
bertukar ke warna kuning
Bahan apakah yang jika dititiskan ke atas kertas litmus merah dan kertas litmus biru, kedua-duanya tidak berubah warna
asid
alkali
neutral
positif
selain kertas litmus, kita boleh menggunakan bahan berikut sebagai pengganti untuk menguji sifat asid
ekstrak kelapa
ekstrak kunyit
ekstrak bunga raya
ekstrak jambu
ekstrak kubis ungu
