wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERNIAGAAN

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Faktor manakah yang menentukan saiz perniagaan?

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Bilangan pekerja sementara

c)

Jumlah Pekerja tetap

d)

Jualan setiap tahun

2.

Sebuah kilang mempunyai pendapatan RM 60 juta setahun. Pekerja tetap pula seramai 300 orang. Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Perniagaan berskala domestik

b)

Perniagaan berskala antarabangsa

c)

Perniagaan bersaiz besar

d)

Perniagaan bersaiz sederhana

3.

1. Pasangan manakah yang betul tentang perniagaan bersaiz kecil yang terlibat dalam aktiviti pengilangan?

a)

A. Jumlah jualan tahunan : Kurang daripada RM300,000

Bilangan pekerja tetap : Kurang daripada 5 orang

b)

B. Jumlah jualan tahunan : RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta

Bilangan pekerja tetap : 5 hingga kurang daripada 30 orang

c)

C. Jumlah jualan tahunan : RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta

Bilangan pekerja tetap : 5 hingga kurang daripada 75 orang

d)

D. Jumlah jualan tahunan : Lebih daripada RM15 juta

Bilangan pekerja tetap : Lebih daripada 75 orang

4.

Tujuan Perniagaan Nagoya Sdn Bhd menjual pakaian dan kain adalah untuk

a)

memajukan perniagaan ke seluruh negara

b)

meningkatkan taraf hidup pemilik dan pekerja

c)

memperoleh pendapatan selepas cukai yang tinggi

d)

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna sasaran

5.

[Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak]


Apakah kaedah perniagaan ini?

a)

Secara percuma

b)

Pada harga kos

c)

Pada harga di bawah kos

d)

Secara sumbangan masyarakat

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan campuran pemasaran?

a)

Melancarkan aktiviti perniagaan dari aspek pengeluaran produk dan pemasaran

b)

Gabungan strategi pemasaran oleh pemasar untuk berhadapan dengan pengguna

c)

Elemen yang dapat mempengaruhi penawaran terhadap barang dan perkhidmatan

d)

Satu proses menghasilkan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

7.

Mengapakah visi, misi dan objektif penting kepada organisasi perniagaan?

a)

Sebagai garis panduan kepada organisasi perniagaan

b)

Menjelaskan tanggungjawab setiap pekerja

c)

Mengelakkan berlakunya perselisihan faham

d)

Membezakan matlamat organisasi perniagaan lain

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah?

a)

Sewa kilang

b)

Upah buruh

c)

Insurans kilang

d)

Susut nilai mesin

9.

[Adakah objektif ini boleh diukur secara kuantitatif sama ada dalam bentuk angka, nombor atau wang?]


Apakah ciri-ciri SMART yang dinyatakan di atas?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

10.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat..

a)

menjimatkan masa bekerja

b)

meningkatkan kecekapan operasi

c)

memudahkan pekerja melayari internet

d)

mengurangkan bilangan pekerja

11.

Pernyataan yang manakah tepat menerangkan tentang pasaran baharu?

a)

Pasaran sedia ada yang diberikan nafas baharu

b)

Pasaran sedia ada yang ditawarkan produk baharu

c)

Pasaran berpotensi yang belum diterokai

d)

Pasaran sedia ada yang mempunyai pertambahan penduduk

12.

Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku ?

a)

Pekerja tamat kontrak

b)

Pekerja diberhentikan

c)

Pekerja hilang upaya dan tidak mampu bekerja

d)

Pekerja yang bertugas di luar negara

13.

Apakah kepentingan untuk mengukuhkan imej sesebuah syarikat?

a)

Meningkatkan kuantiti pengeluaran barang

b)

Dapat menjual barang pada harga yang murah

c)

Untuk mengubah sistem pengurusan perniagaan

d)

Memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan

14.

Apakah kesan utama inflasi kepada pengguna ?

a)

Taraf hidup pengguna menurun

b)

Pengguna kehilangan pekerjaan

c)

Pengguna meningkatkan perbelanjaan

d)

Pendapatan boleh guna meningkat

15.

Manakah yang membawa kepada keadaan deflasi ?

a)

Kerajaan meningkatkan perbelanjaan

b)

Bank pusat meningkatkan kadar faedah

c)

Sektor swasta mengurangkan pengambilan pekerja

d)

Pengguna mengurangkan pembelian barang dan perkhidmatan

16.

Antara berikut yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?


I Mengembangkan perniagaan

II Merancang strategi perniagaan

III Melancarkan proses pengeluaran

IV Mengukur tahap prestasi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

[Harga barang import meningkat kira-kira 3% secara keseluruhannya]


Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Ekologi

d)

Teknologi

18.

Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?

a)

Melaksanakan program motivasi

b)

Menyediakan skim latihan kemahiran

c)

Menyediakan kemudahan klinik panel

d)

Mengamalkan pengkhususan tugas

19.

Apakah bayaran tambahan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja bergantung kepada jawatan

yang disandang?

a)

Elaun

b)

Komisen

c)

Gaji pokok

d)

Bonus tunai

20.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Afiq.

Encik Afiq telah mengambil alih sebuah syarikat penerbitan yang hampir muflis dengan dibantu oleh anaknya. Beliau telah menggunakan wang dalam akaun simpanan peribadinya di bank.

Apakah sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Afiq

a)

Sumber pembiayaan dalaman

b)

Bank dan institusi kewangan

c)

Akaun simpanan

d)

Overdraf

21.

Encik Lim dan Encik Malik mahu menubuhkan syarikat persendirian. Mengapakah mereka perlu membuat permohonan carian nama syarikat?

a)

Untuk mengelak daripada menggunakan nama syarikat yang telah muflis

b)

Mengelakkan daripada menggunakan nama syarikat yang sama

c)

Untuk mencari nama syarikat yang lebih bercirikan tempatan

d)

Memastikan nama yang dipilih mudah diingati pengguna

22.

Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan kepada usahawan yang mempunyai akaun semasa ialah

a)

sewa beli

b)

draf bank

c)

kad kredit

d)

overdraf

23.

Pernyataan di bawah adalah mengenai Puan Khalida.

Puan Khalida telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat.

Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Khalida?

a)

Ingkar arahan tanpa sebab kukuh

b)

Salah guna aset syarikat

c)

Pecah amanah

d)

Rasuah

24.

Gaya pengurusan manakah yang berkaitan dengan tindakan pengurus yang memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan serta pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerjanya?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan demokratik

c)

Gaya pengurusan laissez-faire

d)

Gaya pengurusan autokratik

25.

1. Pernyataan manakah yang benar tentang paten ?

a)

Hak eksklusif untuk suatu reka cipta

b)

Hak eksklusif kepada pencipta karya

c)

Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian

d)

Perlindungan terhadap hasil ciptaan agar tidak

disalahgunakan

26.

Apakah kegunaan penyata kewangan kepada pemegang saham ?


a)

Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang

b)

Mengetahui jumlah pembayaran cukai keuntungan syarikat

c)

Mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh

d)

Membuat perbandingan prestasi kewangan

27.

Maklumat di bawah ini merujuk keada peranan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi

" *Menjalankan urusan dalaman organisasi

* Mengurus rekod

* Mengendalikan mesyuarat "

Apakah bahagian fungsian berkenaan?

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber Manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

28.

Maklumat di bawah ini merujuk keada peranan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi

" *Menjalankan urusan dalaman organisasi

* Mengurus rekod

* Mengendalikan mesyuarat "

Apakah bahagian fungsian berkenaan?

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber Manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

29.

Aktiviti manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan dalam organisasi perniagaan?

a)

Aktiviti mendapatkan dana dan mengagihkan dana dengan cekap

b)

Aktiviti menentukan objektif kewangan organisasi untuk jangka panjang

c)

Aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal sumber kewangan

d)

Aktiviti mengawal kewangan setiap bahagian dalam organisasi perniagaan

30.

Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?

a)

Menyimpan dan melindungi semua maklumat organisasi

b)

Mengubah dan memindahkan data dengan cepat dan selamat

c)

Menyimpan dan mempromosi data dengan mudah dan serta merta

d)

Membolehkan maklumat digunakan untuk memaksimumkan produktiviti

31.

Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?

a)

Menjamin permintaan untuk barang keluaran

b)

Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

c)

Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna

d)

Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran

32.

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran di atas?

a)

Pengeluar ---> Pemborong ---> Peruncit ---> Pengguna

b)

Pengeluar ---> Pemborong ---> Pengguna

c)

Pengeluar ---> Ejen ---> Pengguna

d)

Pengeluar ---> Peruncit ---> Pengguna

33.

Agensi kerajaan manakah yang berperanan menjalankan aktiviti pemasaran berkaitan pertanian?

a)

FAMA

b)

SIRIM

c)

FELDA

d)

MATRADE

34.

Produk adalah salah satu unsur penting dalam sesuatu campuran pemasaran. Manakah yang merupakan ciri sesuatu produk?

a)

Kos

b)

Diskuan

c)

Publisiti

d)

Jaminan

35.

Berkut merupakan contoh bagi sumber fizikal kecuali

a)

peralatan komunikasi dan ICT

b)

lesen perisian

c)

stok

d)

bangunan dan kemudahan