Worksheetskarangan PT3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Lengkapkan petikan karangan berikut dengan peribahasa yang sesuai.
CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
Warga tua merujuk ibu, bapa, datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling banyak (1)_______________ dan paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.
makan garam
jauh berjalan luas pemandangan
menimba ilmu
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan dan terbiar ibarat peribahasa ___________________________ dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Justeru, pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk menghargai warga tua.
kacang lupakan kulit
abu di hujung tanduk
melukut di tepi gantang
Warga tua terdiri daripada ibu yang melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Manakala bapa _____________________mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur.
lintang lintung
membanting tulang
bermandi darah
Anak-anak tidak seharusnya bagai __________________ dengan menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
ulat lupakan ranting
ulat lupakan daun
ulat memakan daun
Di samping itu, guru perlu menjadi suri teladan dan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Murid sudah pasti akan mencontohi perlakuan guru ibarat peribahasa _______________________
bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.
guru bak lilin membakar diri.
sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan dalam usaha menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta sewajarnya berganding bahu ________________ untuk menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua seperti pusat jagaan warga emas.
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
seperti aur dengan tebing
Di samping itu, warga tua patut diberi rawatan percuma atau dikenakan bayaran dengan kadar yang rendah sama ada di hospital kerajaan mahu pun di klinik swasta. Jika pihak berkenaan saling bermuafakat , maka sudah pasti kebajikan warga emas ini akan terjamin kerana hukama pernah menyatakan __________________________.
cubit paha kiri paha kanan terasa
bulat air kerana pembetung; bulat manusia kerana muafakat.
hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih
Media massa seperti media cetak dan media elektronik tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua agar masyarakat dapat bersama-sama menghulurkan bantuan kerana memang sepatutnya yang ____________________________.
muafakat membawa berkat
bersatu teguh bercerai roboh
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita, jangan sesekali kita bersikap bagai _______________ kerana suatu hari nanti, kita juga pasti ’tua’.
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
cacing hendak menjadi naga
hidung tinggi
Generasi muda harus berpegang kepada prinsip __________________ .Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang sanggup berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam kehidupan.
tua-tua kelapa, makin tua berminyak.
yang muda disayangi yang tua dihormati
tua-tua keladi, makin tua makin jadi.
