WorksheetsLATIHAN KATA PINJAMAN
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Kempen ___________ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.
antibodi
antibiotik
antidadah
antibakteria
Sukan __________ itu akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.
dwifungsi
dwimusim
dwibahasa
dwitahunan
__________ buku itu mengulas sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia.
Prakata
Prabayar
Prasyarat
Pratonton
___________ yang bertugas melayan penumpang dengan mesra.
Pramusaji
Prasarana
Pramugara
Prasiswazah
Sekolah antarabangsa itu mempunyai __________ yang serba lengkap.
prauniversiti
prasangka
prasekolah
prasarana
____________ persatuan silat itu sedang memberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.
Maharani
Maharaja
Mahaguru
Maharaja
Nur Amira diisytiharkan sebagai ___________ negeri Selangor tahun ini.
Sasterawan
negarawan
olahragawan
olahragawati
Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
tatalaku
tatatertib
tatarakyat
tatanegara
Latihan ____________ yang diberi oleh Cikgu Mazira sungguh susah.
tatacara
tatasusila
tatanegara
tatabahasa
___________ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.
Seniman
Seniwati
Peragawan
Peragawati
11 _________ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan Badminton Terbuka Malaysia diadakan.
Jutawan
Hartawan
Wartawan
dermawan
Pemilik syarikat yang _________ itu sentiasa menderma kepada bahan kebajikan.
rupawan
budiman
negarawan
pustakawan
Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti __________ yang telah ditetapkan.
tatakerja
tatatertib
tatasusila
tatarakyat
Persembahan nyanyian oleh _____________ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
biduanita
sukarelawati
olahragawati
mahasiswi
Abang saya ______________ Universiti Sains Malaysia.
mahasiswa
mahaguru
mahasiswi
maharaja
Emak menyapu sedikit cecair ____________ pada luka di kaki adik.
antibodi
antikarat
antiseptik
antijenayah
Gadis yang ____________ itu akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.
olahragawan
budayawan
karyawan
rupawan
Sheikh Muzaffar, __________ negara telah selamat berlepas ke angkasa lepas.
peragawan
pustakawan
negarawan
angkasawan
Mesin pencetak ________ itu sangat berguna di pejabat.
dwitahunan
dwibahasa
dwifungsi
dwimingguan
Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para ___________ .
cendekiawan
wartawan
hartawan
jutawan
____________ untuk memasuki universiti itu sangat ketat.
Prasyarat
Prasarana
Prasangka
Prasiswazah
“Jangan selalu ber__________ buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasangka
Kamus elektronik _____ itu dijual kepada para pelajar dengan harga yang berpatutan.
dwitahunan
dwibahasa
dwifungsi
dwiminggu
Ramuna telah menerima anugerah ______ sekolah selama dua tahun berturut-turut.
mahasiswi
peragawati
seniwati
olahragawati
Encik Latif bertugas sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
biduan
peragawan
pustakawan
hartawan
Sudah sepuluh tahun kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA.
olahragawati
sukarelawati
seniwati
mahasiswi
___________itu telah bersetuju untuk membiayai kos pembinaan rumah anak yatim.
Hartawan
Sukarelawan
Angkasawan
Budiman
Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai __________ dengan baik.
tatasusila
tatabahasa
tatarakyat
tataetika
Pelakon wanita yang ___________ itu sedang menjalani penggambaran sebuah drama Melayu di kampung saya.
jutawan
jelitawan
budayawan
karyawan
Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang melanggar peraturan berkerja.
tatatertib
tatasusila
tatacara
tatarakyat
Pelajar universiti haruslah mematuhi ____________berpakaian semasa berada di dalam kawasan universiti.
tataetika
tatatertib
tatacara
tatasusila
Manusia zaman ___________ di dunia ini terdiri daripada Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.
prakata
prasejarah
prasekolah
pramerdeka
Yusof mempunyai adik berumur lima tahun dan sedang belajar di _________ .
prasejarah
poliklinik
politeknik
prasekolah
Pelajar lelaki yang belajar di universiti dikenali sebagai _______________ manakala pelajar perempuannya pula dikenali sebagai __________________.
maharaja .......maharani
mahasiswa .......mahasiswi
maharani .....maharaja
mahasiswi ....mahasiswa
Dzikrul telah dianugerahkan sebagai ________________ kerana memenangi pelbagai pertandingan dalam sukan sekolahnya.
seniman
seniwati
olahragawan
olahragawati
____________itu sedang melaporkan berita kebakaran kedai di Teluk Intan.
Negarawan
Budayawan
Sejarawan
Wartawan
________________________ yang amat adil itu amat disukai oleh rakyat jelatanya.
Mahaguru
Maharaja
Mahakarya
Mahameru
Pasukan hoki negara mendapat bimbingan daripada ________________ yang berpengalaman.
jurumudi
jururawat
jurulatih
juruwang
Lagu asli itu didendangkan oleh ________________ yang cantik dan bersuara merdu itu.
biduanita
biduan
karyawan
Bangsawan
______________ itu sedang mengukur kawasan sempadan antara negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan.
Juruterbang
Jurukira
Juruaudit
Juruukur
Abang saya bekerja sebagai seorang ……………………….. di Syarikat Penerbangan Antarabangsa Qatar.
Jurugegas
jurudandang
Jurumudi
Juruterbang
Beberapa orang _____________ sedang memperagakan baju Melayu di atas pentas.
peragawan
peragawati
Seniman
seniwati
Para __________ yang baru pulang dari membantu mangsa-mangsa banjir itu di sambut meriah di lapangan terbang.
dermawan
wartawan
sukarelawan
seniman
"Kita haruslah menjaga __________ ketika bercakap dengan semua orang" kata Ammar kepada Aizad.
tatabahasa
tatarakyat
tatahias
tatasusila
Seorang _______________ dilantik membantu lelaki Arab itu
memahami teks ucapan.
juruhebah
juruacara
jurubahasa
juruteknik
Semangat __________ dalam kalangan masyarakat hendaklah dipupuk dari masa ke masa agar negara aman dan makmur.
liberalisme
nasionalisme
anamisme
individualisme
Setiap hari, Cikgu Ramli memberikan latihan __________ untuk murid-murid yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3.
insentif
intensif
kolaboratif
positif
Para pekerja di kilang itu sibuk memasukkan _________ ke dalam bungkusan untuk diedarkan kepada pelanggan.
catalog
katalog
katelog
catelog
Para peserta program itu perlu bertutur dalam _________ ibunda masing-masing bagi dipertontonkan kepada umum.
dialek
dailek
dialog
dailog
Pertandingan itu dianjurkan _________ untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
husus
kusus
kursus
khusus
