wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan

a)

Parlimen mengatasi perlembagaan

b)

Asas kepada tanggungjawab kerajaan

c)

Tidak boleh dibuat sebarang pindaan

d)

Disediakan oleh Mahkamah Persekutuan

2.

Berikut merupakan antara faktor perlembagaan negara dianggap undang-undang tertinggi KECUALI ____________.

a)

Boleh dipinda sesuka hati

b)

Sukar untuk dipinda

c)

Memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan rakyat

d)

Menghalang penyalahgunaan kuasa

3.

Ciri-ciri perlembagaan mestilah merangkumi ciri-ciri berikut ____________.

a)

Prinsip-prinsip asas dan YDPA mengatasi perlembagaan negara

b)

Prinsip-prinsip asas, kedudukan tertinggi dan kukuh

c)

Boleh dipinda sesuka hati dan mengikut keperluan mendesak

d)

Boleh dirujuk dengan mahkamah dan dipersetujui oleh Hakim Negara

4.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai ____________ perkara dan ____________.

a)

180, 14

b)

181, 15

c)

182, 16

d)

183, 15

5.

Yang manakah benar tentang fungsi Perlembagaan Persekutuan

a)

Sebagai asas membentuk kehidupan yang berguna

b)

Menjamin hak warganegara untuk hidup aman dan harmoni

c)

Merupakan panduan kepada kerajaan mengadakan pilihan raya

d)

Menjadi panduan rakyat untuk membentuk hala tuju hidup berpendapatan tinggi

6.

Yang manakah akan menyebabkan seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya ?

a)

Belot semasa peperangan

b)

Memohon kewarganegaraan negara lain

c)

Memburuk-burukkan imej negara di luar negara

d)

Didapati bersalah kerana kegiatan penggubalan wang haram

7.

Seseorang warganegara Malaysia akan menolak taraf kewarganegaraannya apabila dia

a)

gagal mencabar keputusan pilihan raya

b)

memohon kewarganegaraan negara lain

c)

didapati bersalah kerana mengedar dadah

d)

mendapati ekonomi negara semakin merundum

8.

Yang manakah penyataan berikut menepati dengan konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan ?

a)

Semua perkara yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda

b)

Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada semua jenis undang-undang negara

c)

Mahkamah berkuasa membatalkan perkara-perkara yang terdapat Perlembagaan Persekutuan

d)

Perlembagaan Persekutuan menentukan bentuk hukuman yang dilakukan oleh warganegara

9.

Yang manakah bidang kuasa yang tersenarai dalam Senarai Bersama ?

a)

Perikanan laut dalam

b)

Kebajikan masyarakat

c)

Ubat dan kesihatan

d)

Penyu dan penangkapan ikan di sungai

10.

Yang manakah berikut merupakan kebebasan asasi setiap warganegara Malaysia ?

a)

Mendapat hak pelajaran yang sama

b)

Menyebarkan berita yang tidak sahih

c)

Didakwa semula atas kesalahan yang sama

d)

Dikecualikan daripada menganggotai pasukan keselamatan

11.

Yang manakah bidang kuasa yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan ?

a)

Perikanan laut dalam

b)

Kebajikan masyarakat

c)

Kebudayaan dan sukan

d)

Penyu dan penangkapan ikan di sungai

12.

> Seseorang yang ditangkap perlulah diberitahu mengapa dia ditangkap

> Hanya dengan undang-undang sahaja nyawa seseorang boleh diambil

Penyataan di atas merujuk

a)

Kebebasan diri

b)

Kebebasan asasi

c)

Kebebasan mutlak

d)

Kebebasan sementara

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

a)

Kitab suci bagi sesebuah agama

b)

Buku laporan kewangan negara

c)

Himpunan undang-undang dasar atau prinsip-prinsip asas

d)

Tatacara pergerakan rakyat

14.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan? (STPM2013)

I. Tidak boleh dibuat pindaan

II. Asas kepada pembentukan kerajaan

III. Merupakan undang-undang tertinggi

IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan? (STPM2013)

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang

dipersetujui

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti

pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya

semasa dalam tahanan.

16.

• Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan

lelaki warganegara Malaysia.

• Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh

permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan

Malaysia.


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia? (STPM2016)

a)

Naturalisasi / kemasukan

b)

Pendaftaran

c)

Penggabungan wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

17.

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.


Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia? (STPM2018)

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Naturalisasi / kemasukan

18.

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan? (STPM2017)

a)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara

b)

Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia

ditangkap

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh

Persekutuan

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh

dibicarakan semula

19.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan? (STPM2018)

a)

Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan

perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan

perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja

20.

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi . Senarai Persekutuan

· Senarai Negeri

· Senarai Persekutuan


Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan (STPM2019)

a)

penurunan kuasa

b)

pemusatan kuasa

c)

pengasingan kuasa

d)

pembahagian kuasa