NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Para pekerja syarikat itu tidak mendapat _______ daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak hingga hari ini.
kata manis
kata putus
besar hati
halwa telinga
Kita mestilah menyimpan wang untuk masa depan kita dan kegunaan masa kecemasan. Bak peribahasa .....
melentur buluh biar dari rebungnya
sediakan payung sebelum hujan
bagai telur di hujung tanduk
cendawan tumbuh selepas hujan
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?
Darah daging
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Seperti anjing dengan kucing
Aaron ialah seorang pengawas sekolah yang disegani rakan. Dia menjalankan tugas dengan jujur. Aaron tidak pernah takut akan ugutan murid-murid nakal yang melanggar peraturan sekolah. Hal ini diibaratkan seperti ___
berani kerana benar takut kerana salah
disiplin teras kejayaan
budi bahasa budaya kita
lempar batu sembunyi tangan
Duduklah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Namun, jangan jadi seperti _____________________________ yang tidak mengambil tahu perkembangan semasa .
katak di bawah gelas
katak di bawah cermin
katak di bawah tempurung
kodok di bawah meja
Wahyu budak yang nakal di kelas. Suatu hari, Wahyu menampal tulisan di belakang temannya yang duduk di depan. Apabila disoal guru, dia tidak mengaku malah menyatakan bahawa Abu yang melakukannya.
lempar batu sembunyi tangan
besar pasak daripada tiang
bagai musuh dalam selimut
tong kosong nyaring bunyinya
Anggota bomba itu__________ketika memadamkan kebakaran itu.
nipis seperti kertas
bising seperti pasar
berani seperti harimau
ganas seperti singa
Peribahasa apakah yang membawa maksud ‘dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan’.
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Penduduk yang tinggal di kaki gunung berapi itu menjalani kehidupan __________________.
alas perut
atas angin
alah bisa tegal biasa
bagai berumah di tepi tebing
Pilih maksud yang tepat berdasarkan simpulan bahasa yang diberikan.
membuta tuli
membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh
membuat sesuatu tanpa berfikir
menganggap sesuatu perkara itu mudah
meluaskan pandangan
Pei Shan selalu membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah pada masa lapang.
lambat seperti kura-kura
rajin macam semut
cepat seperti kilat
putih macam kapas
Dia hanya ______________________ apabila dimarahi oleh ayahnya.
angkuh seperti merak
harum seperti bunga
bulat seperti bola
diam seperti tunggul
Lampu di bilik bacaan Encik Kamal_______________kerana dia gemar membaca.
tinggi macam galah
tandus macam padang pasir
terang macam siang
panas macam api
