Font size
WorksheetsKuiz sains tingkatan 1 (Bab 7 : Udara)
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Antara gas berikut yang manakah TIDAK terdapat dalam udara.
Nitrogen
Hidrogen
Argon
Oksigen
Berapa peratuskah komposisi Oksigen dalam udara ?
0.03 %
78 %
0.97 %
21 %
Berapa peratuskah komposisi gas nitrogen dalam udara ?
0.03 %
0.97 %
78 %
21 %
Kepentingan gas oksigen ialah...
Fotosintesis
Pernafasan
Kitar nitrogen
Kitar karbon
Kepentingan gas nitrogen ialah..
Kitar karbon
Pernafasan
Alat pemadam api
Agen penyejuk
Kitar oksigen ialah...
Kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara.
Kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan.
Kitar yang melibatkan pengambilan nitrogen daripada udara dan pengembalian nitrogen semula ke udara secara berterusan.
Semasa fotosintesis, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
oksigen, karbon dioksida
karbon dioksida, oksigen
nitrogen,oksigen
oksigen, nitrogen
Antara berikut, yang manakah BUKAN alat pemadam api bagi bahan cecair dan gas mudah terbakar seperti cat, minyak, varnis dan gas asli?
Air
Busa
Serbuk kering
karbon dioksida
Yang manakah sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran?
membuang puntung rokok ketika api masih menyala
meletakkan bahan yang mudah terbakar jauh daripada sumber api
memasang terlalu banyak peralatan elektrik pada satu sumber elektrik
menggunakan fius yang mempunyai kadar yang sangat tinggi daripada dihadkan
Semasa pembakaran, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
oksigen, karbon dioksida
karbon dioksida, oksigen
nitrogen,oksigen
oksigen, nitrogen
Yang manakah kesan penggunaan klorofluorokarbon?
mutasi
bronkitis
pemanasan global
penipisan ozon
Yang manakah merupakan bahan pencemar udara?
oksigen
sulfur dioksida
klorofluorokarbon
nitrogen
Yang manakah langkah- langkah mengawal pencemaran udara?
menggunakan petrol berplumbum
menggalakkan pembakaran terbuka
menggunakan pengangkutan awam
melarang aktiviti merokok di tempat awam
Antara gas berikut, yang manakah disusun mengikut urutan menurun berdasarkan peratus kandungannya dalam udara?
oksigen, nitrogen, karbon dioksida, gas nadir
nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir
gas nadir, karbon dioksida, oksigen, nitrogen
nitrogen, oksigen, gas nadir, karbon dioksida
Apakah maksud PEMBAKARAN?
proses kimia yang tidak menghasilkan bahan baru
proses fizikal yang tidak menghasilkan bahan baru
proses fizikal yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan haba, cahaya dan bahan baharu
proses kimia yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan haba, cahaya dan bahan baharu
