NEW
Font size
Worksheetslatih tubi ujian topikal
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Apakah maksud Ahlu Sunnah wal Jamaah?
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan al-Sunnah
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Sunnah
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran sahaja
Kumpulan minoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran
Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali juga dengan nama-nama berikut, kecuali:
al-Asyairah
al-Salaf al-Soleh
Ahli al-Hadis
al-Mu'tazilah
Manakah antara berikut bukan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah?
Iman adalah keyakinan hati, pengakuan lidah dan amalan perbuatan
Segala perbuatan manusia yang baik adalah diciptakan oleh Allah SWT sedangkan yang buruk adalah ciptaan manusia sendiri
Meyakini syurga dan neraka telah wujud dan kekal selama-lamanya
Rasulullah boleh memberi syafaat di akhirat kelak dengan izin Allah SWT
Berikut merupakan antara prinsip utama aliran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah:
Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat Meyakini khalifah Ali telah melakukan dosa besar dan kufur Wajib keluar menentang pemimpin yang tidak adil beriman bahawa pelaku dosa besar adalah kafir
Aliran yang dimaksudkan adalah
Syiah
Khawarij
Muktazilah
al-Maturidiyah
Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata setelah berlaku perbezaan
pendapat antara beliau dengan Hassan al-Basri tentang pelaku dosa besar.
Penyataan ini merujuk kepada
Muktazilah
Syiah
Khawarij
Asyairah
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abi Talib dilantik sebagai
khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya ahlul
Bait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
Aliran yang dimaksudkan
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Jahmiyah
Kumpulan pengikut saidina Ali bin Abi Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan majlis tahkim.
Aliran yang dimaksudkan
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Jahmiyah
Apakah pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah tentang pelaku dosa besar?
Pelaku dosa besar tetap dianggap sebagai mukmin
Pelaku dosa besar dianggap kafir
Pelaku dosa besar berada di antara dua kedudukan, bukan mukmin bukan kafir
Pelaku dosa besar kekal dalam neraka
Apakah kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah?
Berpegang dengan akidah rasmi negara
Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan
Mendapat reda masyarakat sekeliling kita
Mengikut akidah majoriti umat Islam
Meyakini bahawa al-quran adalah makhluk yang bersifat baharu (hadis)
Merujuk kepada salah satu prinsip akidah aliran
Muktazilah
Ahli Sunnah wal Jamaah
Khawarij
Syiah
Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak.
Pernyataan ini merujuk kepada salah satu prinsip akidah aliran
Ahli Sunnah wal Jamaah
Muktazilah
Khawarij
Syiah
Meyakini bahawa al-Quran adalah makhluk yang bersifat baharu (hadis).
Pernyataan ini merujuk kepada salah satu prinsip akidah aliran
Ahli Sunnah wal Jamaah
Muktazilah
Khawarij
Syiah
Pelaku dosa besar dianggap kafir
Pernyataan ini merujuk kepada salah satu prinsip akidah aliran
Ahli Sunnah wal Jamaah
Muktazilah
Khawarij
Syiah
Apakah kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah?
Berpegang dengan akidah rasmi negara
Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan oleh Allah SWT
Mendapat reda masyarakat sekeliling kita
Mengikut akidah majoriti umat Islam
Perkahwinan bermaksud
Akad yang mengharuskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.
Akad yang mengharuskan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.
Akad yang membolehkan seseorang lelaki menyatakan hasratnya untuk mengambil perempuan sebagai isteri
Akad untuk memelihara diri daripada terjerumus kearah perzinaan
Pilih hukum perkahwinan yang tepat berdasarkan situasi di bawah:
Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin
Harus
Sunat
Wajib
Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah
Pilih hukum perkahwinan yang tepat berdasarkan situasi di bawah:
Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin
Harus
Sunat
Wajib
Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah
Pilih hukum perkahwinan yang tepat berdasarkan situasi di bawah:
Bimbang akan terjerumus kedalam kemaksiatan sekiranya tidak berkahwin dan mampu untuk memberikan nafkah zahir dan batin
Harus
Sunat
Wajib
Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah
Padankan golongan yang haram dikahwini dengan faktor yang sesuai:
Menantu perempuan
Haram disebabkan keturunan
Haram disebabkan penyusuan
Haram disebabkan persemendaan
Haram sementara
Padankan golongan yang haram dikahwini dengan faktor yang sesuai:
Perempuan musyrik
Haram disebabkan keturunan
Haram disebabkan penyusuan
Haram disebabkan persemendaan
Haram sementara
Padankan golongan yang haram dikahwini dengan faktor yang sesuai:
Ibu saudara
Haram disebabkan keturunan
Haram disebabkan penyusuan
Haram disebabkan persemendaan
Haram sementara
Rukun nikah ada lima
Betul
Salah
Berikut merupakan syarat bagi bakal suami, kecuali
Bukan mahram kepada bakal isteri
Tidak dalam ihram haji atau umrah
Sihat tubuh badan
Belum cukup 4 orang isteri
Manakah antara berikut merupakan wali mujbir
Adik beradik lelaki kandung
Moyang sebelah bapa
Adik beradik lelaki
Bapa saudara
Pilih contoh lafaz akad nikah yang sah
Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku yang bernama Nur Dini
Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku pada bulan Syawal nanti.
Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku sekiranya dia dapat B dalam P. Islam
Aku nikahkan engkau dengan salah satu daripada anak perempuanku...
Mahar bermaksud
Pemberian bernilai dan berfaedah diberikan kepada bakal isteri dengan sebab nikah
Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan
Proses melamar seorang perempuan untuk dijadikan isteri
Proses sebelum meminang untuk mengenalpasti status bakal isteri
Apakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir?
Individu yang berkelayakan untuk mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya
Individu yang menjaga dan menguruskan perkahwinan seseorang anak gadis
Individu yang mempunyai ikatan persaudaraan sebelah bapa
Individu yang mempunyai kelayakan mengahwinkan anak gadis dengan kuasa daripada pemerintah
Manakah antara berikut bukan hikmah disyariatkan perkahwinan?
Memenuhi tuntutan fitrah manusia
Memelihara keturunan yanag baik untuk generasi akan datang
Mengelakkan jangkitan penyakit
Dapat bergaul bebas untuk memilih bakal isteri
Apakah maksud disyaratkan seseorang wali itu adil?
Mampu menguruskan rumahtangga secara saksama
Mampu berlaku adil di antara anak-anaknya
Seseorang yang dianggap beragama
Tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam dosa kecil
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu.
Pernyataan ini merujuk kepada
Talak
Fasakh
Khuluk
Li'an
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.
Pernyataan ini merujuk kepada
Li'an
Khuluk
Fasakh
Talak
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa empat orang saksi atau menafikan nasab.
Pernyataan ini merujuk kepada
Li'an
Khuluk
Fasakh
Talak
Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh idah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu.
Talak rajie
Talak bain
Talak sarih
Talak kinayah
Apakah hukum talak bagi situasi di bawah:
Apabila isteri berakhlak buruk.
Wajib
Sunat
Makruh
Haram
Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikannya dalam tempoh idah.
Pernyataan ini merujuk kepada
Idah
Rujuk
Nusyuz
Poligami
Tempoh idah isteri yang sedang hamil yang kematian suami
sehingga melahirkan anak
tiada idah
4 bulan 10 hari
3 bulan hijrah
Berikut merupakan larangan semasa idah, kecuali:
menerima pinangan lelaki lain
keluar daripada rumah suami tanpa alasan syarak
berhias diri kecuali dalam idah rajie
keluar daripada rumah suami untuk mencari rezeki
Manakah antara berikut bukan syarat untuk berpoligami?
Manakah antara berikut bukan syarat untuk berpoligami?
Mampu memberikan nafkah zahir dan batin
Berlaku adil dari segi lahiriah
Pasangan mestilah sekufu
Apakah kesan Li'an kepada pasangan berkenaan?
Pasangan tersebut tidak boleh rujuk dalam tempoh idah tetapi boleh kahwin semula dengan akad dan mahar yang baharu.
Pasangan tersebut tidak boleh kahwin semula buat selama-lamanya.
Anak yang dipertikaikan boleh dinasabkan kepada ayahnya.
Anak yang dipertikaikan berhak menerima nafkah tetapi tidak berhak menerima pusaka.
Khulu' juga disebut sebagai
cina buta
kahwin lari
tebus talak
talak bain
"Mulai hari ini kita sudah tiada sebarang ikatan"
Pernyataan di atas merujuk kepada
Talak sarih (jelas)
Talak kinayah (kiasan)
Talak bain
Talak rajie
Anak angkat berhak untuk mendapat hak pewalian bapa angkatnya dalam perkahwinan
Betul
Salah
Wasiat bermaksud ................ yang dibuat seseorang semasa hidupnya
untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
ikrar
sumpah
niat
nazar
Berikut merujuk kepada rukun wasiat, kecuali
Pewasiat
Penerima wasiat
Harta wasiat
Mempunyai ikatan persaudaraan
"Hartaku ini untuk Ahmad" Apakah hukum lafaz wasiat sebegini?
Sah
Tidak sah
Haram
Haram
Berapakah kadar maksima bagi wasiat?
Satu pertiga harta pewasiat
Separuh daripada harta pewasiat
Satu perempat daripada harta pewasiat
Satu perenam daripada harta pewasiat
Tidak sah wasiat harta kepada waris yang layak menerima pusaka.
Betul
Salah
Harta wasiat hanya boleh dibahagikan kepada penerima setelah selepas pengurusan berikut, kecuali:
Setelah ditolak kos pengkebumian
setelah ditolak hutang si mati
Setelah ditolak tuntutan harta sepencarian
dibahagikan sebaik sahaja berlaku kematian
Hukum berwasiat adalah
harus
sunat
wajib
makruh
Penerimaan wasiat (qabul) hanya berlaku selepas kematian pewasiat.
Betul
Salah
