wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Setara 1, Geografi Tingkatan 1

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan arah mata angin dalam kotak X

a)

Barat

b)

Timur

c)

Utara

d)

Timur Laut

2.

Berdasarkan peta di atas, antara petempatan berikut, yang manakah terletak di bahagian barat laut Pekan Lena?

a)

Pekan Nikmat

b)

Kampung Solo

c)

Kampung Batik

d)

Kampung Lima

3.

Ciri muka bumi yang terdapat di bahagian barat daya peta ialah

a)

berpaya

b)

berhutan

c)

berbukit-bukau

d)

bertanah pamah

4.

Empat arah mata angin utama mengikut arah jam ialah

a)

Utara, Timur, Tenggara, Barat laut

b)

Utara, Timur, Selatan, Barat daya

c)

Utara, Timur, Selatan, Barat

d)

Utara, Selatan, Barat daya, Barat

5.

Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbit, maka tangan kanan anda akan menunjuk ke arah

a)

Utara

b)

Selatan

c)

Timur

d)

Barat

6.

Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbenam, muka anda akan memandang ke arah

a)

Utara

b)

Selatan

c)

Timur

d)

Barat

7.

Kompas magnetik terdiri dari 3 bahagian iaitu

a)

Jarum kompas, Pelindung dan Pemuka

b)

Perumah, Jarum kompas dan Pendinding

c)

Perumah, Pemuka dan Penjarum

d)

Perumah, Pemuka dan Jarum Kompas

8.

Apakah nama alatan dalam gambar?

a)

Jangka lukis

b)

Jangka tolok

c)

Jangka sudut

d)

Jangka pendek

9.

Apakah nama mata angin 'h'?

a)

Selatan

b)

Tenggara

c)

Timur laut

d)

Barat laut

10.

Apakah nama mata angin 'd'?

a)

Timur

b)

Tenggara

c)

Timur laut

d)

Barat laut

11.
Shahrul duduk di sebelah ____Bukhari
a)
kanan
b)
kiri
c)
depan
d)
belakang
12.
Di sebelah kanan Anis ialah
a)
Musa
b)
Aizat
c)
Choo
d)
Wani
13.
Garisan R dikenali dengan nama
a)
Garisan Khatulistiwa
b)
Garisan Jadi
c)
Garisan Sartan
d)
Garisan Artik
14.
Latitud Titik P ialah 
a)
78⁰U
b)
20⁰T
15.

Garisan _______ terletak pada 180⁰T/B yang selari dengan Garisan Meridian Pangkal (GMP).

a)

Meridian Pangkal

b)

Khatulistiwa

c)

Jadi

d)

Tarikh Antarabangsa

16.

Kedudukan ialah _________________________

a)

tempat di mana individu membeli barangan keperluan harian

b)

tempat manusia berkumpul

c)

tempat yang perlu diukur

d)

tempat letaknya sesuatu objek dalam sesebuah kawasan

17.

Apakah kedudukan relatif?

a)

Kedudukan yang dinyatakan menggunakan nombor dan angka

b)

Kedudukan tidak berubah

c)

Kedudukan yang dinyatakan berdasarkan satu titik rujukan

d)

Kedudukan duduk di rumah

18.

Latitud 0o dikenali sebagai Garisan ___________________.

a)

Artik

b)

Khatulistiwa

c)

Sartan

d)

Antartik

19.

Kedudukan titik L ialah ___________________.

a)

59oU 23oT

b)

36oS 9oB

c)

59oU 33oB

d)

0oU 33oB

20.

1.Berikut adalah ciri-ciri peta lakar KECUALI

a)

Pemidang

b)

Tajuk

c)

Petunjuk

d)

Paksi

21.

Berikut adalah jenis-jenis simbol yang terdapat dalam peta lakar, KECUALI

a)

Simbol Kawasan

b)

Simbol Garisan

c)

Simbol Singkatan Perkataan

d)

Simbol Bulat

22.

Apakah maksud simbol ini

a)

Padi

b)

Nipah

c)

Rumput

d)

Kelapa Sawit

23.

Apakah maksud simbol ini

a)

Bukit

b)

Gunung

c)

Banjaran

d)

Kontur

24.

Berikut merupakan simbol pandang darat budaya,KECUALI

a)
b)
c)
d)
25.

Manakah simbol berikut yang mewakili Pandang Darat Budaya

a)

Jalan Raya

b)

Paya

c)

Hutan

d)

Rumput

26.

Berikut merupakan simbol garisan,KECUALI

a)

Sungai

b)

Jalan kereta api

c)

Jambatan

d)

Petempatan

27.

Apakah langkah terakhir dalam melukis peta lakar

a)

Lukis pemidang

b)

Lukis simbol

c)

Lukis petunjuk

d)

Lukis arah mata angin

28.

Apakah kegunaan simbol dalam peta lakar?

a)

Memudahkan kerja

b)

Memudahkan pemahaman

c)

Menyelesaikan masalah petempatan

d)

Mengambarkan ciri pandang darat fizikal dan budaya

29.

Ciri geografi yang manakah sesuai digambarkan menggunakan simbol kawasan?

a)

Penempatan

b)

Hospital

c)

Pantai

d)

Hutan

30.

Berikut adalah ciri-ciri sebuah peta lakar kecuali

a)

pemidang

b)

grid garisan

c)

arah mata angin

d)

tajuk

31.

Sabah dan Sarawak bersempadan dengan

a)

Pulau tengah (Indonesia)

b)

Jawa (Indonesia)

c)

Kalimantan (Indonesia)

d)

Sumatera (Indonesia)

32.

Ibu negeri Kelantan ialah

a)

Ipoh

b)

Kota Bharu

c)

Alor Setar

d)

Kangar

33.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia terletak di

a)

Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Georgetown

34.

Ibu negeri Pahang ialah

a)

Kangar

b)

Cameron Highlands

c)

Kuantan

d)

Seremban

35.

Ibu negeri Terengganu ialah

a)

Kuala Terengganu

b)

Besut

c)

Marang

d)

Kemaman

36.

Seremban ialah ibu negeri

a)

Sarawak

b)

Kelantan

c)

Kedah

d)

Negeri Sembilan

37.

BILANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN DI MALAYSIA?

a)

5

b)

4

c)

3

d)

2

38.

KUALA LUMPUR IALAH ...........MALAYSIA

a)

IBU NEGARA

b)

IBU NEGERI

c)

PUSAT PENTADBIRAN

d)

PUSAT EKONOMI

39.

IBU NEGERI PULAU PINANG?

a)

KANGAR

b)

GEORGETOWN

c)

KOTA BHARU

d)

PUTRAJAYA

40.

Negeri-negeri di pantai timur

a)

Melaka, Pahang, Selangor

b)

Terengganu, Pahang, Kelantan

c)

Pahang, Perlis, Negeri Sembilan

d)

Pulau Pinang, Kelantan, Johor

41.

Antara berikut, yang manakah benar berkaitan Sistem Fizikal Bumi?

a)

Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera

b)

Atmosfera, litosfera, hidrosfera dan eksosfera

c)

Atmosfera, mesosfera, hidrosfera dan biosfera

d)

Atmosfera, litosfera, termosfera dan biosfera

42.

Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Atmosfera

b)

Biosfera

c)

Litosfera

d)

Hidrosfera

43.
  • Lapisan bumi yang paling keras.
  • Terdiri daripada dua lapisan iaitu sial dan sima.


Pernyataan tersebut merujuk kepada kawasan bertanda

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

44.

Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.

Berapakah jumlah benua yang terdapat di permukaan bumi?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

45.
  • Lautan terbesar di dunia. Mempunyai purata kedalaman 4300 meter.


Maklumat di atas merujuk kepada lautan

a)

Artik

b)

Atlantik

c)

Hindi

d)

Pasifik

46.

Merupakan benua yang terbesar.

Benua tersebut adalah..

a)

Benua Asia

b)

Benua Afrika

c)

Benua Amerika Utara

d)

Benua Amerika Selatan

47.

Perubahan bentuk fizikal bumi dalam gambar di atas dikenali sebagai

a)

Penguraian benua

b)

Hanyutan benua

c)

Pembesaran benua

d)

Pengakhiran benua

48.

Gambar di atas merujuk kepada proses pembentukan

a)

Gunung lipat

b)

Gunung bongkah

c)

Gunung berapi

d)

Gunung berliku

49.

Tsunami berlaku akibat daripada....

a)

gempa bumi di perbukitan

b)

tanah runtuh

c)

gunung berapi meletus

d)

pergerakan plat bumi di lautan

50.

Kenal pasti istilah dengan maksud perkataan yang betul

a)

Lava - Gegaran di atas permukaan bumi

b)

Magma - Batuan cair yang terdapat di bawah permukaan bumi

c)

Tsunami - Cecair panas yang mengalir panas dari gunung berapi

d)

Gempa bumi - Ombak besar yang tercetus akibat gegaran gempa bumi di dasar laut.