WorksheetsKertas 1 (Set 1)
Total questions: 27
Worksheet time: 1hrs 26mins
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan _________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Sarimah betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama berpisah.
betul-betul
dengan
berpisah
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Aisyah masih rindukan kehidupannya di desa, walaupun telah lama berpindah ke kota.
rindukan
walaupun
berpindah
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Intan meminta Yasmin membelikannya sutera batik yang dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.
meminta
sutera batik
pasar pagi
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Kuih-kuih ini mereka hantar ke kedai kopi berhampiran stesen bas sebelum pergi ke sekolah.
mereka hantar
berhampiran
pergi
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini sebaliknya, sila bermain di kawasan padang kerana kawasan ini berbahaya.
jangan
sila
berbahaya
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul:
I. Kelihatan Saifullah mencolek dinding dengan jari telunjuk kanannya.
II. Perbuatan datuk mencolek tahi telinganya dengan rokok daun selalu ditegur emak.
III. Penjenayah itu gagal mencolek anak kecil yang berjalan bersama-sama ibunya setelah disedari oleh orang ramai.
IV. Persembahan peserta pertandingan akhir Bintang Mencari Bintang itu mencolek hati.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata berhuruf condong dengan betul:
I. Mulut adik terkemut-kemut ketika sedang menyusu.
II. Pemuda itu berjalan terkemut-kemut kerana mabuk.
III. Akram membuat kerja terkemut-kemut kerana kesakitan yang ditanggungnya.
IV. Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia.
I, II, dan III sahaja
I , II dan IV sahaja
I, III, dan IV sahaja
II, III, dan IV sahaja
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan yang digariskan:
Pengacara majlis mempersilakan para peserta kursus masuk dewan sekarang kerana taklimat akan dimulakan.
masukkan ke dalam dewan sekarang
masuk ke dalam dewan sekarang
masuki dewan sekarang
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan yang digariskan:
Masjid Sultan Ibrahim terletak di antara stesen bas dan taman perumahan.
di antara stesen bas dengan taman perumahan
antara stesen bas dengan taman perumahan
antara stesen bas dan taman perumahan
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan yang digariskan:
Nurul membeli setandan pisang masak untuk dibuat kerepek pisang bagi memenuhi permintaan pelanggannya sempena hari raya pada tahun ini.
membeli setandan pisang mengkal
membeli setandan pisang mongel
membeli setandan pisang mekar
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah:
Para nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi bagi menghapuskan monopoli orang tengah yang sering menindas mereka selama ini.
Monopoli orang tengah yang suka memerah hasil para nelayan dapat dihapuskan melalui koperasi.
Koperasi nelayan itu ditubuhkan oleh orang tengah bagi membantu monopoli para nelayan yang sekian lama mengamalkan sikap cekik darah.
Bagi menghapuskan monopoli orang tengah yang menindas mereka sejak sekian lama, para nelayan di kampung itu gigih menubuhkan koperasi.
Selagi koperasi tidak ditubuhkan, para nelayan akan sentiasa ditindas oleh orang tengah yang tidak berhati perut.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah:
“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu Jamal kepada murid-muridnya.
Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar.
Cikgu Jamal melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar.
Cikgu Jamal berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap sewaktu cikgu sedang mengajar.
Cikgu Jamal berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia sedang mengajar murid-muridnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah:
Dia anak hartawan tetapi sikapnya yang peramah itu menyebabkan dia dihormati oleh rakan-rakannya.
Sikapnya yang tidak sombong menyebabkan dihormati sebagai anak hartawan.
Anak hartawan hendaklah bersikap peramah supaya dihormati oleh rakan-rakannya.
Rakan-rakan anak hartawan itu berpendapat bahawa anak hartawan itu sangat peramah.
Walaupun dia anak hartawan tetapi rakan-rakan menghormatinya kerana sikapnya yang peramah.
Pilih ayat yang betul:
I. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
II. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
III. Kerajaan akan terus memperkasakan industri pelancongan negara.
IV. “Berapa umur adik kamu yang comel ini?” tanya jurujual sambil mencubit pipi adikku yang montel itu.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, II, III, dan IV sahaja
Pilih ayat yang betul:
I. Emas yang mahal itu ayah tidak terbeli.
II. Lututnya yang luka itu kena jahit semalam.
III. Paip yang rosak itu telah dibaiki oleh kami.
IV. Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh adik.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja
III dan IV sahaja
Pilih ayat yang betul:
I. Habsah tidak gemar memasak makanan yang rencam kerana kesuntukan masa.
II. Kanak-kanak itu dimarahi oleh gurunya kerana masih tidak pandai memakai kain sampin.
III. Rosila meluru ke dalam bilik lalu menangis tersedu-sedu sambil memagut bantal gulingnya.
IV. Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama untuk membangunkan negara, baik secara bersendirian ataupun secara kolektif.
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih peribahasa yang sesuai.
Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula. Keadaan ini samalah seperti…
didengar ada dipakai tiada.
biar mati anak jangan mati adat.
jauhari yang mengenal manikam.
carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya. Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Seperti embun di hujung rumput.
Bagai layang-layang putus tali.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.
Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
genggam bara api biar jadi arang.
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Pilih kesalahan yang bergaris dan berwarna yang terdapat dalam ayat ini:
Harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini sebaliknya, sila bermain di kawasan padang kerana kawasan ini berbahaya.
jangan
sila
berbahaya
