NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah Bab 6 TG 3 2021
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Apakah perlombongan yang dilombong di Raub, Pahang ?
A. Emas
B. Bijih Timah
C. Arang Batu
D. Kuprum
2. Di manakah terletaknya lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia ?
A. Lembah Kinta, Perak
B. Lembah Klang, Selangor
C. Sungai Lembing, Pahang
D. Lukut, Negeri Sembilan
3. Di Sarawak, Charles Brooke telah memberikan monopoli perlombongan x kepada Syarikat Borneo Berhad. Apakah perlombongan x tersebut ?
A. Emas
B. Antimoni
C. Kuprum
D. Petroleum
4. Apakah ciri-ciri ekonomi moden ?
i penggunaan teknologi moden
ii penggunaan tenaga buruh yang ramai
iii modal yang besar
iv pengeluaran dalam skala yang kecil
A. i,ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
5. Apakah tanaman utama yang ditanam di Seberang Perai pada tahun 1830 an ?
A. Teh
B. Lada Hitam
C. Kelapa Sawit
D. Tebu
6. Apakah sumbangan H.N Ridley dalam perkembangan tanaman getah di Tanah Melayu ?
i Membawa masuk pokok getah dari Singapura
ii Memasarkan hasil getah ke seluruh dunia
iii Memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem
iv Memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembab
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
7. H.N Ridley telah membawa masuk anak pokok getah dari ______________ .
A. Taman Botani Singapura
B. Taman Botani Brazil
C. Taman Botani Taiping
D. Taman Botani Johor
8. Di Sarawak, British membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan perlombongan ____________________ dan __________________ di Bau.
A. Bijih Timah dan emas
B. Petroleum dan Kuprum
C. Emas dan Antimoni
D. Petroleum dan Antimoni
9. Pada tahun 1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan akta yang memberi kuasa kepada Residen mengisytiharkan tanah dalam sesebuah negeri sebagai hak orang Melayu. Apakah akta tersebut ?
A. Akta Tanah Persekutuan
B. Land Settlement Order
C. Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi
D. Akta Tanah Simpanan Melayu
10. Buruh-buruh dari China dan India telah dibawa masuk melalui beberapa cara, apakah cara-cara tersebut ?
i sistem kontrak
ii sistem kangani
iii sistem buruh kontrak
iv sistem pajakan
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
