Font size
WorksheetsKata Majmuk
Total questions: 26
Worksheet time: 13mins
Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
pakaian sukan
pakaian seragam
pakaian angkatan
_____________Ah Kang berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
Ibu negara
Ibu jari
Ibu pejabat
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah tumpangan
________________yang dijaga oleh Hakimi tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Pintu jendela
Pintu gol
Pintu keluar
__________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Sukarela
Tanggungjawab
Tandatangan
Jin Yong mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
buku kedatangan
buku lima
buku rujukan
Pei Ying menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
cahaya mata
cermin mata
mata pisau
__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pilihanraya
Olahraga
Kakitangan
Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
setiausaha
warganegara
antarabangsa
Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bicara
budi pekerti
budi bahasa
1) Apakah maksud kata majmuk?
Bentuk kata yang menggandakan ayat sehingga membawa makna tertentu.
Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
Bentuk kata yang memupuk perpaduan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
Bentuk kata yang menggabungkan dua kata dasar yang membawa makna tertentu.
2) Berikut merupakan pernyataan yang benar mengenai kata majmuk kecuali
Kata majmuk dieja terpisah
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus dan maksud kiasan (simpulan bahasa).
Kata majmuk tidak boleh menerima imbuhan dan tidak boleh melibatkan penggandaan.
3) Pilih padanan kata majmuk yang betul
Rangkai kata bebas - alat tulis, gambar rajah, jam tangan
Istilah khusus - Perdana Menteri, Ketua Menteri, Naib Canselor
Maksud Kiasan - kaki ayam, pilih kasih, urus setia
Cikgu Wan Hassan telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.
reka bentuk
reka cipta
Mereka memotong kepingan papan menggunakan __________ berdasarkan lakaran rumah yang telah dilukis dengan berhati-hati.
gerudi tangan
gergaji tangan
Muris-murid mengambil __________ untuk membuat ukuran pada __________ yang disediakan.
pita suara ........ papan hitam
pita ukur ........ papan lapis
Jamal dan kumpulannya sedang bertungkus-lumus menyiapkan __________ untuk dibentangkan pada hari esok.
alat tulis
atur cara
kertas kerja
hak cipta
Saya berasa bangga kerana hasil kraf tangan negara kita terkenal di peringkat __________.
bumiputera
antarabangsa
pesuruhjaya
warganegara
Daniel dan keluarganya menaiki __________ ketika bercuti ke Sarawak.
kapal kontena
kapal selam
kapal terbang
kapal korek
Muka Chong Lee menjadi __________ akibat menahan malu apabila terjatuh di atas pentas.
merah padam
kuning langsat
kelabu asap
biru laut
Linda pergi ke __________ bersama-sama ibunya untuk membeli ayam, ikan dan sayur.
balai raya
pasar awam
pejabat pos
balai bomba
Sokongan dan __________ daripada penduduk kampung penting untuk menjayakan gotong-royong itu.
tandatangan
jawatankuasa
beritahu
kerjasama
Mesyuarat tahunan Persatuan Belia Kampung Ria itu akan diadakan di __________ pada hari Sabtu.
balai polis
dewan komuniti
pasar tani
padang bola
Menara Berkembar Petronas adalah antara __________ kebanggaan rakyat Malaysia.
gambar rajah
mercu tanda
kraf tangan
susun atur
Encik Abu mengukir corak pada kayu itu dengan menggunakan __________.
pahat kayu
ketam kayu
gergaji tangan
gerudi tangan
Mandy melukis bentuk __________ di atas sekeping kertas.
segi tiga
segi empat
reka bentuk
peta minda
