NEW
Font size
WorksheetsSajak : Kijang Yang Lelah
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.
Baris “Sebak menyentap dahan kalbu” membawa maksud __________.
Sesuatu yang menyedihkan
Terasa pilu dengan tiba-tiba
Kesedihan yang berpanjangan
Rasa sedih menguasai perasaan
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan perdu dalam rangkap kedua sajak?
Pangkal pokok
Tulang
Serik
Tenaga
Berdasarkan rangkap terakhir, kijang tua memiliki ketabahan dan tekad untuk __________.
Berasa takut akan nasibnya yang malang
Memikirkan risiko terhadap tindakannya kelak
Meneruskan kehidupan dengan kewarasan akal tanpa berasa bimbang
Terus mengenang kisah silam dalam menjalani kehidupannya di dalam hutan
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.
Perulangan awal perkataan yang sama dalam baris di atas merupakan gaya bahasa __________.
Responsi
Anafora
Metafora
Personifikasi
Asonansi bermaksud pengulangan huruf vokal dalam baris yang sama. Manakah antara berikut merupakan contoh bagi unsur bunyi asonansi?
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Walau dalam jera lelah
Mengorak telapak di tanah menghijau
terus mengorak penuh berhemah
Nada bagi sajak ini ialah __________
Melankolik
Romantis
Patriotik
Sindiran
Berikut merupakan bentuk dan ciri-ciri sajak, KECUALI
Terdiri daripada empat rangkap.
Setiap rangkap mempunyai baris yang tidak sama
Rima akhir bagi setiap rangkap adalah abab
Bentuknya bebas
Pernyataan berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut, kecuali
Kita perlulah bersyukur jika menerima musibah.
Kita hendaklah berdikari dalam menjalani kehidupan.
Kita mestilah memiliki sifat berani dalam menjalani kehidupan.
Kita haruslah mempunyai kebebasan dalam menentukan hala tuju hidup kita.
Pada pendapat anda, mengapakah kijang yang sudah tua mahu menunjukkan kekuatannya?
Hanya itu yang boleh ditunjukkan.
Supaya rakan menghormati kekuatannya.
Menjadi kegemarannya menunjukkan kekuatan.
Menyindir yang masih muda tetapi tidak mahu berbakti lagi.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak berhati-hati dalam setiap tindakan?
Sukar dipermainkan oleh orang lain yang berniat jahat kepada kita.
Kita akan ditimpa musibah terhadap diri, keluarga dan kehidupan.
Kita akan hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Rasional dalam membuat keputusan.
Apakah tema dalam sajak "Kijang yang Lelah" ?
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.
Kebahagiaan hidup seekor kijang di hutan.
Kepayahan kijang tua hidup di bandar.
Keinginan kijang tua untuk menikmati hidup yang selesa.
Anda kenal kijang? Cuba pilih gambar yang betul
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Apakah maksud bagi baris-baris sajak tersebut?
Sang kijang sudah tua dan lemah
Sang kijang berasa insaf kerana bersifat ego
Sang kijang gagah dan sentiasa berkuasa
Sang kijang mempunyai suara yang nyaring serta tenaga yang kuat
