WorksheetsPengantunan Seksual Pendidikan Kesihatan Tahun 4 (Part i)
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Apakah pengantunan seksual kanak - kanak?
Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara adik- beradik.
Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara rakan sebaya.
Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara orang dewasa dengan kanak - kanak.
Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara ibu bapa dengan anak - anak.
Apakah tujuan pengantunan seksual kanak - kanak ?
Untuk mendapatkan kepercayaan kanak - kanak bagi tujuan melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak - kanak tersebut.
Untuk mendapatkan kepercayaan orang dewasa untuk melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak - kanak.
Untuk mendapatkan kepercayaan orang lain untuk melakukan perbuatan berunsur seksual.
Untuk mendapatkan kepercayaan semua orang.
Adakah pengantunan seksual kanak - kanak boleh berlaku melalui media sosial?
Tidak pasti
Tidak
Ya
Pengantunan seksual kanak - kanak kerap berlaku terhadap kanak - kanak yang...
kurang mendapat perhatian keluarga
kurang kasih sayang daripada ibu bapa.
kurang kasih sayang daripada kawan - kawan.
kurang perhatian daripada media sosial.
Siapakah yang melakukan pengantunan seksual kanak - kanak?
Ia mungkin dilakukan oleh ahli keluarga mangsa sahaja.
Ia mungkin dilakukan oleh orang yang tidak dikenali sahaja.
Ia mungkin dilakukan oleh kenalan keluarga, ahli keluarga atau orang yang tidak dikenali.
Bagaimanakah pengantunan seksual kanak - kanak boleh berlaku?
Mendapatkan maklumat tentang mangsa.
Memberikan pujian dan hadiah kepada mangsa.
Melakukan sentuhan fizikal tanpa disedari oleh mangsa.
Semua jawapan di atas.
Berikut merupakan cara pengantunan seksual yang dilakukan oleh orang dewasa kepada mangsa. Yang manakah yang TIDAK TEPAT?
memberikan hadiah
menjaga adab dalam pergaulan
memujuk mangsa
menjaga adab ketika bertutur
Berikut merupakan tindakan - tindakan yang perlu diambil perhatian oleh kanak - kanak agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan seksual. Antaranya adalah...
Jangan mudah percaya dengan kata - kata seseorang yang tidak dikenali
Elakkan diri dengan berjalan bersendirian
Elakkan diri daripada memuatnaik gambar di media sosial
Membiarkan diri disentuh oleh orang lain secara suka - suka
MENGAJAK KAMU MAKAN DAN MINUM SECARA BERSENDIRIAN
Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan seksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.
Saya tak nak la makan bukan sedap pun.
Terima kasih, saya sudah makan.
MEMBERI KAMU HADIAH ATAU BARANGAN TANPA SEBAB TERTENTU
Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan seksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.
Terima kasih, tetapi ibu bapa saya tidak membenarkan saya menerima hadiah tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.
Ambil hadiah tersebut dan membuangnya dalam tong sampah.
MENGAJAK KAMU UNTUK KELUAR DAN BERTEMU SECARA BERSENDIRIAN.
Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan seksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.
Berkata ya, dan mengikut sahaja orang yang tidak dikenali itu.
Minta maaf. Saya tidak boleh keluar tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapa saya.
MENGAJAK KAMU BERMAIN BERSAMA-SAMA SECARA BERSENDIRIAN.
Pilih cara komunikasi yang berhemah dan tegas untuk mengelakkan dari berlakunya pengantunan seksual kanak-kanak berdasarkan situasi diatas.
Berkata ya dan main bersama-sama.
Minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang, abang dan kakak saya menunggu disana.
