WorksheetsPeribahasa Latihan 1
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Anggota-anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
alas perut
ikat perut
makan hati
makan garam
Sikap Mak Leha yang _____________ itu menyebabkan jiran-jirannya berpecah-belah.
angkat muka
muka tembok
bermuka-muka
tebal muka
Cikgu Suzi memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
biar putih tulang, jangan putih mata
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
lembu punya susu, sapi dapat nama
Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.
ulat air
ulat bulu
ulat beluncas
ulat buku
Murni menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah
Masak lemang carilah buluh muda
Buluh tua banyak miangnya
Lagi tua buluh lagi banyak gunanya
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Secara tiba-tiba Haiqal terjatuh ketika leka bermain basikal. Peribahasa yang sesuai ialah _____________________________.
Malang sungguh nasibnya
Malang tidak berbau
Malang semalang malangnya
Memang itu sudah nasibnya
Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.
Mencurah air ke dalam baldi
Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi
Mencurah air di daun keladi
Mencurah air bunga ke badan
Kisah itu tidaklah begitu besar tapi sikap sesetengah orang yang suka ____________ menyebabkan kisah menjadi itu semakin teruk.
lebih sudu dari kuah
lebih senduk dari periuk
lebih sudip dari kuali
lebih garam dari gulai
Salim dan Sani pasti akan bergaduh setiap kali bertemu.
seperti anjing dengan kucing
seperti arnab dan kura-kura.
seperti ayam dan dan helang
seperti kucing dan tikus
Salleh tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenar sangat mahir dengan permasalahan itu,
Seperti harimau menyimpan gigi
seperti harimau kehilangan ekor
Seperti harimau menyimpan kuku
Seperti harimau dapat cincin
Sudah agak lama Amran tidak pulang ke kampung kerana pandemik Covid-19.
Bagai rusa masuk kampung
Melepaskan batuk di tangga
Lempar batu sembunyi tangan
Belut pulang ke lumpur
Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.
Ada semut ada sarang
Ada ubi ada batas
Ada gula ada semut
ada semut ada gula.
Robiah bekerja sambilan di restoran Mcdonald sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
bermain main dahulu, petang nanti mandi
Bersenam tertib nanti badan akan cergas
Peristiwa dia terjatuh di dalam tandas itu tidak akan diceritakan kepada sesiapa sampai bila-bila.
Biar tempayan pecah
Biar pecah di perut jangan pecah di mulut
Pecah kaca pecah gelas
Pecah kaca berderai
Makna kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah di diduga ialah
Jangan suka menyebar fitnah
Jangan suka memuji orang
Jangan melakukan kerja yang diluar kemampuan
Jangan melakukan kerja yang mudah
Makna cencaru makan petang ialah
Orang yang mendapat kejayaan pada waktu akhir perlawanan.
Orang yang suka makan ikan cencaru
Orang yang sering difitnah
Orang yang sukar berjaya
Makna patah tumbuh hilang berganti ialah
Orang yang pergi akan digantikan dengan orang lain
Orang yang dipecat
Pokok yang patah akan tumbuh semula
Orang yang suka bertukar tempat
Makna ringan tulang berat perut
Orang yang hidup senang kerana rajin bekerja
Orang gemuk yang rajin
Tulang seseorang itu lebih ringan dari perutnya
Seseorang yang sedang sakit
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai cincin dengan permata
Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan
Pasangan yang sama cantik dan sepadan
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya
Kelakuan anak megikut adik-beradiknya
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan yang jauh
Persahabatan yang rapat
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada suatu masa
Terlalu sikit pada suatu masa
Apakah maksud peribahasa di bawah
Bagai aur dengan tebing
Hubungan yang jauh antara satu sama lain
Hubungan yang rapat antara satu sama lain
