wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JIHAD DALAM ISLAM

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan petikan hadis (Jihad dalam Islam), pilih semua amalan paling disukai Allah yang disebut di dalam hadis.

a)

Solat awal waktu

b)

berbuat baik kepada ibu bapa

c)

berjihad di jalan Allah

d)

Menunaikan solat

e)

Mengeluarkan zakat

2.

Apakah ibadat yang merupakan kemuncak hubungan manusia dengan Allah

a)

solat

b)

jihad

c)

puasa

3.

Berbakti kepada ibu bapa merupakan kemuncak kepada...

a)

Hubungan manusia dengan Allah

b)

Hubungan sesama manusia

c)

Hubungan sesama keluarga

4.

Apakah kepentingan jihad?

a)

untuk mempertahankan maruah umat Islam

b)

untuk mengelak pertumpahan darah

c)

untuk memastikan kemuliaan umat sentiasa terpelihara

5.

Ketika negara kita diserang atau umat Islam di berhampiran kita ditindas, menjadi ________________ ke atas setiap muslim untuk mempertahankan negara dan agama dengan harta dan jiwa raga

a)

Fardhu ain

b)

Wajib

c)

Fardhu kifayah

d)

Sunat

6.

Ketika negara kita aman damai tiada peperangan, menjadi _________________ kepada sebahagian umat Islam untuk bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh, kekacauan atau pemberontakan.

a)

Fardhu ain

b)

Wajib

c)

Fardhu kifayah

d)

Sunat

7.

Pilih semua contoh profesion jihad menjaga keamanan negara yang menjadi fardhu kifayah kepada sebahagian umat Islam.

a)

Polis

b)

Tentera

c)

Guru

d)

Doktor

8.

Pilih semua kelebihan jihad yang ada dalam pilihan jawapan.

a)

Diampunkan dosa

b)

Mendapat darjah kebesaran yang tinggi

c)

Mati syahid

d)

Disayangi manusia

9.

Berikut adalah kelebihan jihad KECUALI?

a)

Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah

b)

Diampunkan dosa

c)

Mendapat pahala berlipat kali ganda

d)

Mendapat darjat yang tinggi di sisi raja-raja

10.

Apakah cita-cita tertinggi pejuang jihad dalam Islam?

a)

pangkat

b)

mati syahid

c)

harta

d)

pujian

11.

Maksud jihad dari segi bahasa

a)

Berperang di jalan Allah

b)

Mengorbankan diri di jalan Allah

c)

Menegakkan Islam

d)

Mempertahankan Islam

12.

Maksud jihad dari segi istilah

a)

Berjihad di jalan Allah

b)

Berkorban harta, jiwa dan tenaga untuk Islam

c)

Menggunakan seluruh kemampuan yang dimiliki untuk menegakkan Islam dan mempertahankannya

d)

Menyebarkan Islam di seluruh dunia

13.

Kelebihan berjihad di jalan Allah

a)

Menjadi kuat dan hebat

b)

Disayangi rakan-rakan

c)

Terkenal di kalangan masyarakat

d)

Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah

14.

Apa maksud أي العمل أحب الى الله ?

a)

Amalan manakah yang paling disukai Allah?

b)

Amalan manakah yang paling mulia di sisi Allah?

c)

Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w

d)

Apakah pula selepas itu?

15.

Pilih dua cara untuk melakukan jihad ilmu?

a)

Belajar bersungguh-sungguh dengan niat ikhlas

b)

Beramal dengan ilmu dan berbakti kepada umat Islam

c)

Hanya berdoa kepada Allah agar berjaya tanpa belajar

d)

Belajar tanpa beramal dengan ilmu

16.

"Datang sekolah dan belajar kerana Allah" ini adalah merupakan jihad?

a)

Ilmu

b)

Ekonomi

c)

Politik

d)

Menjaga negara

17.

Apakah jihad yang anda ketahui selain jihad fi sabilillah dan jihad ilmu?

a)

jihad tentera

b)

jihad pekerjaan

c)

jihad ekonomi

d)

jihad diri

18.

Apakah pengajaran hadis?

a)

kita hendaklah sentiasa berpuasa

b)

kita wajib terlibat dengan peperangan

c)

kita hendaklah melakukan amalan yang disukai Allah

d)

kita hendaklah rajin bertani