Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN BERFOKUS PDPR 2021: SEJARAH
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Penyataan dibawah berkaitan takrifan tokoh tentang kedaulatan
"Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan
kesejahteraan rakyat"
Tafsiaran tersebut adalah daripada tokoh
A. Aristotle
B. Ibnu Khaldun
C. Jean Bodin
D. Tunku Abdul Rahman
Antara berikut yang manakah ciri negara yang berdaulat
I. Mempunyai sistem demokrasi
II. Mempunyai sempadan
III. Mempunyai perundangan
IV. Mempunyai protokol
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan Iv
Salah satu ciri pemerintahan yang berdaulat adalah mempunyai pemerintahan. Mengapakah pemerintahan negara berdaulat diwujudkan?
A. Menjaga tingkah laku
B. Menjaga kestabilan politik
C. Menjaga sempadan negara
D. Menjaga kepentingan budaya
Apakah bentuk sistem pemerintahan negara kita?
I. Pemerintahan diketuai presiden
II. Pemerintahan monarki
III. Raja Berperlembagaan
IV. Demokrasi Berparlimen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Pelbagai dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran negara. Bagaimanakah dasar-dasar tersebut boleh mempertahankan kedaulatan negara?
A. Memupuk semangat cintakan negara
B. Mengekalkan perpaduan antara kaum
C. Memartabatkan Bahasa Melayu
D. Mewujudkan kestabilan politik
Gambar di atas berkaitan dengan aktiviti gotong royong yang dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Apakah peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan kaum?
I. Bersikap mementingkan diri dalam kawasan kejiranan
II. Menyebarkan berita yang tidak sahih kebenarannya di laman sosial
III.Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum
IV. Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip rukun negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah jenis pemerintahan negara kita sebelum kedatangan barat
A. Pemerintahan beraja
B. Pemerintahan residen
C. Pemerintahan raja berperlembagaan
D. Pemerintahan demokrasi berparlimen
Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka.
I. Hukum Kanun Melaka
II. Undang-undang Laut Melaka
III.Hukum Kanun Pahang
IV. Undang-undang 99 Perak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan Undang-undang yang diperkenalkan di Negeri-negeri Selat.
'Charter of Justice'
Mengapakah British memperkenalkan undang-undang di atas?
A. Menghapus institusi beraja
B. Mengukuhkan kuasa British
C. Melindungi golongan imigran
D. Memonopoli ekonomi negara
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap penting dalam perkembangan perlembagaan negara?
A. Majlis raja-raja bersidang
B. Rakyat menyuarakan pendapat
C. Pembentukan sebuah Persekutuan
D. Parlimen diberikan kuasa perundangan
Apakah ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?
A. Kerajaan Persekutuan
B. Agama Islam
C. Sistem Demokrasi Berparlimen
D. Kewarganegaraan
Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah yang terkandung dalam sistem tersebut
A. Pilihanraya untuk memilih pemimpin
B. Perdana Menteri ketua umum negara
C. Konsep raja berkuasa mutlak
D. Kewarganegaraan berdasarkan prinsip Jus Soli
Maklumat di bawah menunjukkan pindaan yang dilakukan ke atas perlembagaan pada tahun 1963.
"Pindaan Perlembagaan 1963"
Apakah kesan pindaan perlembagaan tersebut?
A. Mahkamah Majistret diwujudkan
B. Mahkamah Anak Negeri diperkenalkan
C. Mahkamah Persekutuan diwujudkan
D. Mahkamah Syariah diperkenalkan
Pada 7 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membawa usul ke Parlimen untuk meminda perlembagaan.
Apakah Kesan daripada pindaan perlembagaan tersebut?
A. Semua perkara yang berkaitan dengan Singapura dimansuhkan
B. Semua perkara yang berkaitan dengan Brunei dimansuhkan
C. Jalinan hubungan diplomatic dengan Indonesia
D. Pengekalan Singapura ke dalam Malaysia
Pemerintahan Beraja merupakan tradisi yang berakar umbi kewujudan kerajaan Melayu. Apakah peranan raja dalam Kerajaan Melayu Tradisional?
A. Simbol kesetiaan
B. Penasihat kerajaan
C. Lambang keagungan
D. Sumber undang-undang
Maklumat berkaitan dengan majlis persidangan yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Bersekutu 1897.
"DURBAR"
Apakah peranan majlis tersebut?
A. Membincang hal agama dan adat
B. Membincangkan hal ehwal pentadbiran
C. Menggubal undang-undang persekutuan
D. Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan
Apakah kepentingan cap mohor Besar Raja-raja?
A. Pengiktirafan sebuah kerajaan
B. Lambang kekuasaan Raja-raja Melayu
C. Pengesahan pelantikan Perdana Menteri
D. Mewartakan perlembagaan yang digubal
Bagaimanakah Insititusi beraja berjaya dikekalkan selepas negara mendapat kemerdekaan?
A. Majlis Raja-raja diperkenalkan
B. Hak mutlak dalam pemerintahan
C. Menasihati Jemaah Menteri Kabinet
D. Diiktiraf dalam perlembagaan persekutuan
Mengapakah perkataan “Urusan Seri Paduka Baginda “ tercatat pada sampul surat rasmi?
A. Mengandungi maklumat rahsia
B. Mendapat perkenan Sultan
C. Memerlukan Tindakan segera
D. Yang di-Pertuan Agong punca kuasa pemerintahan
Apakah kepentingan pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara?
A. Mewujudkan pemerintahan adil
B. Kuasa pemerintah dapat dikekalkan
C. Mewujudkan lebih banyak jawatan
D. Meningkatkan kestabilan politik
Apakah faktor kejayaan parti-parti politik yang telah berjaya membentuk kerajaan di Malaysia?
A. Kerjasama politik
B. Dasar parti politik
C. Strategi berkempen
D. Sokongan Parlimen
Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. Apakah X?
A. Gabenor
B. Residen
C. Raja Berpelembagaan
D. Raja berkuasa mutlak
Maklumat di bawah berkaitan dengan badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan.
'Badan Eksekutif'
Siapakah anggota badan eksekutif dalam kerajaan persekutuan?
I Sultan
II Badan berkanun
III Jemaah Menteri
IV Perdana Menteri
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat di bawah berkenaan dengan Undang-undang Tubuh.
· Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
· Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah tujuan negeri-negeri Melayu mengubal Undang-undang Tubuh negeri.
A. Menunjukkan kekuasaan
B. Meluaskan pengaruh
C. Menghalang peluasan kuasa
D. Mempertahankan undang-undang
Maklumat di bawah berkenaan dengan struktur pentadbiran British di Tanah Melayu.
Residen
Penasihat British
Mengapakah British mewujudkan jawatan seperti di atas?
A. Memodenkan pentadbiran
B. Menstabilkan pentadbiran
C. Mengekalkan kedaulatan
D. Memudahkan penjajahan
Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan(The Council of Sultans)
Apakah fungsi Majlis Sultan-Sultan ?
A. Perbendaharaan
B. Agama Islam
C. Pentadbiran
D. Peperangan
Gambar menunjukkan pilihanraya di Malaysia.
Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya?
A. Untuk memilih pemimpin
B. Untuk kebaikan pemimpin
C. Untuk memuaskan hati raja
D. Untuk kehebatan negara
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.
"Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu"
Apakah peranan badan tersebut?
A. Meluluskan sistem cukai baharu
B. Melaksanakan dasar-dasar negara
C. Menggubal undang-undang
D. Mentafsir undang-undang
Apakah tindakan yang membuktikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan?
A. Meminda perlembagaan
B. Membubarkan parlimen
C. Pelantikan ketua kerajaan persekutuan
D. Pengisytiharan undang-undang darurat
Pada tahun 1946, British berusaha untuk menyatukan pemtadbiran semua negeri Melayu membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan iaitu Kesatuan Malaya atau Malayan Union.
Mengapakah Hasrat British itu gagal diteruskan?
A. Pindaan perlembagaan negara
B. Serangan ancaman komunis
C. Bantahan Raja-raja Melayu
D. Pengisytiharan Darurat
Maklumat di bawah berkaitan dengan Kerajaan Tempatan.
· Majlis Bandaraya Subang Jaya
· Majlis Perbandaran Sepang
Apakah peranan Kerajaan Tempatan?
A. Menjaga hak ehwal penduduk
B. Membentuk pentadbiran bandar
C. Membantu penduduk dalam bencana alam
D. Perantara kerajaan negeri dengan rakyat
Malaysia terkenal dengan kekayaan flora dan fauna. Antara berikut yang manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan warisan biodiversiti tersebut?
I Mewartakan tanah negeri
II Memperkenalkan Akta Mergastua
III Memperbanyakkan pembinaan pusat perhilitan
IV Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Mengapakah Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) pada tahun 1972?
A. Serangan lanun
B. Jenayah perairan
C. Pencerobohan luar
D. Ancaman komunis
Bagaimanakah prinsip rukun negara keluhuran perlembagaan dapat mengekalkan sebuah Persekutuan?
A. Perlembagaan negara tidak boleh dipinda
B. Pelaksanaan sistem pilihanraya
C. Undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah
D. Pengiktirafan sesebuah perlembagaan
Gambar berkaitan menunjukkan gerakan nasionalis di Tanah Melayu.
Mengapakah Gerakan ini diadakan?
A. Mendesak orang Melayu supaya Bersatu
B. Memerdekakan negeri-negeri Alam Melayu
C. Menggabungkan negeri-negeri dalam Persekutuan
D. Mengembangkan fahaman komunis
Mengapakah rakyat di negeri Sabah menolak cadangan gabungan penubuhan Malaysia pada peringkat awal?
A. Kemerdekaan secara berasingan
B. Bimbang sumber ekonomi dimonopoli
C. Pentadbiran yang sedia ada dikekalkan
D. Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru
Berbagai reaksi daripada negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand terhadap rancangan pembentukan Malaysia.
Mengapakah Filipina menentang pembentukan tersebut?
A. Menuntut wilayah Sabah
B. Melindungi hak penduduk tempatan
C. Mematuhi perjanjian dengan pihak British
D. Mengancam keselamatan wilayahnya
Gambar berkaitan menunjukkan tindakan pemimpin Singapura dalam mengadakan Referendum Singapura .
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
A. Keselamatan Singapura terjamin
B. Kepentingan ekonomi Singapura terjamin
C. Singapura menyertai Malaysia
D. Singapura mendapat kemerdekaan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah mengusulkan beberapa perkara dalam merangka Perlembagaan Persekutuan.
Apakah perkara yang telah diusulkan?
I Bidang kuasa imigresen
II Pembahagian kerusi Parlimen
III Pengurusan sumber ekonomi negeri
IV Hubungan dengan negara serantau
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah pengajaran yang diperoleh daripada usaha pemimpin tempatan dalam menamatkan pertikaian dengan Indonesia?
A. Berani
B. Kesabaran
C. Kebijaksanaan
D. Bertanggungjawab
