wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan wang

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Zali berhasrat untuk membeli set catur yang berharga RM135. Namun, wang yang disimpan oleh beliau masih belum mencukupi. Apakah cara yang betul yang boleh beliau guna untuk membolehkan beliau membeli set catur itu?

a)

Berbelanja dengan boros.

b)

Membeli barangan lain tanpa menyimpan.

c)

Memberi wang simpanan beliau kepada rakan-rakan.

d)

Mengambil upah mencuci kereta.

2.

Chong Wei ada RM45 di dalam saku. Beliau berhasrat untuk membeli raket badminton namun wang beliau tidak mencukupi. Jadi beliau berhutang dengan Cikgu Radzwan untuk membeli raket tersebut.


Adakah ianya langkah yang betul bagi Chong Wei?

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Berikut adalahkepentingan rekod simpanan dan perbelanjaan kecuali

a)

Elak berhutang

b)

Kawal belanja berlebihan

c)

Simpan wang untuk masa depan

d)

Boleh beli semua barang yang kita suka

4.
  1. Upah jual kuih
  2. Upah cuci kereta
  3. Jual barangan terpakai


Adakah perkara-perkara yang tersenarai di atas merupakan cara-cara untuk mengumpulkan wang dengan lebih banyak?

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan seseorang itu membuat rekod simpanan dan perbelanjaan?

a)

Mengawal perbelanjaan

b)

Mengutamakan kehendak

c)

Mengelakkan berhutang

d)

Menyimpan wang untuk masa hadapan

6.

Intan ingin membeli set mewarna berharga RM25. Wang yang ada tidak mencukupi.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Intan untuk membeli set mewarna terebut?

a)

Menjual barang kesayangan abangnya

b)

Menyimpan sebahagian wang saku sekolahnya

c)

Memecahkan tabung kakaknya

d)

Memaksa ibunya membeli set tersebut

7.

Lisa ingin menyimpan sebahagian wang saku yang diberikan oleh ibunya untuk belanja di sekolah.

Apakah cara yang betul untuk dia menjimatkan perbelanjaan wang sakunya?

a)

Membelanja kawannya

b)

Membawa bekal dari rumah

c)

Membeli hiasan buku

d)

Membeli permainan selepas pulang sekolah

8.

Setiap hari, Hafiy menyimpan RM1 ke dalam tabung. Berapakah wang yang dapat di simpan dalam tempoh seminggu?

a)

RM 1

b)

RM 7

c)

RM 30

d)

RM 31

9.

'Key chain' ini berharga RM 7.90. Sheera menyimpan wang sebanyak 50 sen sehari selama sepuluh hari. Dapatkah Sheera membeli 'key chain' tersebut?

a)

Ya

b)

Tidak

10.

Jika Arora berjaya menyimpan RM40 sebulan, berapa bulankah Arora akan berjaya untuk membeli sepasang kasut sukan yang berharga RM125.00 ?

a)

2 bulan

b)

3 bulan

c)

4 bulan

d)

5 bulan

11.

Jika Haikal berjaya menyimpan RM7.50 seminggu, berapakah jumlah wang yang berjaya disimpan oleh Haikal dalam masa sebulan?

a)

RM20

b)

RM30

c)

RM40

12.

Jika Naim berjaya menyimpan RM30 sebulan, berapakah wang yang berjaya disimpan oleh Naim dalam masa setahun?

a)

RM360

b)

RM370

c)

RM380

13.

Nyatakan cara-cara pengurusan kewangan dengan betul

a)

rancang perbelanjaan

b)

boros berbelanja

c)

membeli barang yang tidak manfaat

d)

meminjam wang dengan banyak

14.

Apakah maksud berbelanja dengan bijak?

a)

membeli banyak barang kehendak

b)

membeli sesuatu mengikut kemampuan dan kehendak

c)

mengukur baju di badan rakan

d)

membeli sesuatu mengikut kemampuan dan keperluan

15.

Berikut adalah cara yang bijak untuk mengurus wang KECUALI ..........

a)

kegunaan masa hadapan

b)

waktu kecemasan

c)

menyambung pelajaran

d)

berbelanja setiap masa

16.

Sebiji donut tersebut berharga RM 4. Zareen menyimpan wang sebanyak RM 1.50 setiap hari dan berjaya mengumpul wangnya selama 8 hari. Berapa biji donutkah yang dapat di beli oleh Zareen?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

17.

Nyatakan cara yang SALAH untuk menyimpan wang.

a)

Menabung.

b)

Meyimpan lebihan wang saku.

c)

Meminjam daripada rakan

d)

Menyimpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

18.

Amin ingin membeli sepotong kek coklat dengan harga RM9.50. Dia menyimpan wang RM2 setiap hari selama seminggu. Berapakah baki wang simpanan Amin selepas dia membeli kek tersebut?

a)

RM1

b)

RM4

c)

RM4.50

d)

RM1.50

19.

Kamu mempunyai wang simpanan sebanyak RM100. Kamu ingin membeli beg baru yang berharga RM75, tetapi kamu juga perlu membeli set buku rujukan berharga RM90 yang diminta oleh guru untuk kegunaan dalam kelas.


Yang manakah kamu patut beli?

a)

Beg

b)

Set buku rujukan

20.

Wang simpanan Siti sebanyak RM675. Apakah yang perlu Siti lakukan untuk mengumpul wang yang mencukupi supaya dia dapat membeli telefon pintar yang berharga RM985 untuk kegunaan PdPr?

a)

Menyimpan RM35 setiap seminggu selama sebulan

b)

Menyimpan RM24 setiap hari selama seminggu

c)

Menyimpan RM35 setiap bulan selama tiga bulan