WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 60
Worksheet time: 37mins
Dulang tembaga di dalam almari itu ... sahaja kerana sudah lama tidak digilap.
muram
kusam
malap
suram
Kebun sayuran itu memberikan hasil yang ... kepada Pak Abu.
lumayan
untung
bersih
kasar
Kita tidak akan rugi apa-apa jika suka merendahkan diri tetapi kita akan menjadi manusia yang ... jika suka berlahak sombong dan angkuh.
benci
sinis
hina
tiris
Kamu hendaklah ... bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.
ceria
sesuai
selesa
yakin
Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.
laju
licin
halus
santai
Jarak di antara rumah Didi dan rumah kawan baiknya itu agak ... juga, iaitu kira-kira lima kilometer.
jauh
lebar
sayup
panjang
Lidah adik berasa ... setelah memakan tiga potong nanas muda yang dicecah dengan garam
pedar
kelat
lidas
liar
Suasana di stadium itu ... semula setelah kesemua penonton beredar selepas perlawanan bola itu berakhir.
luas
lebar
lapang
lengang
Mak Kiah ... kerana suaminya masih belum pulang dari pejabat sedangkan hari sudah jauh malam.
waswas
sukar
gusar
aneh
Musa berasa ... apabila terkenang akan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.
cuak
sayu
sesal
sangsi
Telinga Hadif ... mendengar jeritan anak-anak saudaranya yang sedang seronok bermain kejar-kejar.
tuli
bingit
bising
riuh
Ibu memerahi adik kerana bajunya ... akibat bermain dalam hujan lebat.
lencun
dingin
lusuh
carik
Harga pakaian di Mydin ... betul kerana diberikan potongan harga sebanyak 70 peratus.
kurang
sedikit
singkat
murah
Jari telunjuk Adelia bernanah dan ________kerana tertusuk duri udang yang tajam.
pucat
luka
bengkak
lebam
Baju abang Ikram berbau _________selepas pulang daripada menangkap ikan di sungai.
hanyir
hancing
hamis
hapak
Zara menyanyi dengan suaranya yang __________ sekali sehingga membuatkan penonton terpukau.
serak
nyaring
garau
merdu
Perdana Menteri meminta rakyat ____________berbelanja ketika musim perayaan.
sopan
boros
cermat
cepat
Penduduk Kampung Sentosa yang enggan bekerjasama menyebabkan pencemaran di sungai itu bertambah_________.
remeh
sarat
sempit
buruk
Pekerja yang ____________ mudah mendapat kenaikan gaji dan pangkat.
lembab
handal
cepat
mahir
Sambutan bulan kebangsaan sekolah itu sungguh________ ketika menyanyi lagu Jalur Gemilang.
sedih
meriah
sugul
riuh
Encik Syazwan iaitu jurulatih pasukan bola sepak menasihati pemain agar tidak berasa ___________ bertemu dengan pasukan yang lebih kuat.
gusar
kecewa
keliru
celaru
Jam besar yang dibina pada zaman penjajah itu masih lagi ____________ .
gagah
teguh
kental
mantap
Bola ragbi yang berbentuk____________ berbeza daripada bentuk bola sepak.
bujur
leper
bulat
pipih
Guru besar meminta murid-murid tidak ____________ ketika menjamah makanan.
sopan
malu
gopoh
cermat
Sejak berat badan Zaidie meningkat, baju dan seluarnya sudah _______________.
singkat
padat
sendat
pendek
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
"Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya."
Pada minggu lalu, Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia di perpustakaan sekolahnya.
Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia itu pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
Di perpustakaan sekolahya, Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia.
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
"Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya."
Buku cerita dibaca oleh adik di dalam biliknya diberitahu kakak kepada emak.
Adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya beritahu kakak kepada emak.
Kakak memberitahu emak bawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.
Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
"Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah ."
Pihak sekolah akan mengenakan tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah.
Pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.
Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah oleh pihak sekolah.
