WorksheetsSEJARAH TG.4 - BAB 6
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
1. Siapakah pengasas ideologi komunisme?
I. Karl Marx
II. Tun Malaka
III. Sutan Perpateh
IV . Friedrich Engels
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
2. Apakah perkara yang diberi penekanan dalam fahaman komunisme?
Perjuangan bersenjata
Kemakmuran bersama
Semangat nasionalisme
Ekonomi milik negara
3. Mengapakah British berkerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun?
Mengusir tentera Jepun
Meraih sokongan rakyat
Mewujudkan kerajaan baharu
Memupuk berkerajaan sendiri
4. Bagaimanakah PKM meluaskan pengaruhnya di negara kita selepas Jepun menyerah kalah?
Menyekat kedatangan British
Melakukan kekacauan dan kekejaman
Menubuhkan kerajaan Republik Komunis
Membaik pulih infrastruktur
5. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh oleh pengganas komunis.
Mengapakah British mengisytiharkan Darurat sejurus peristiwa tersebut?
Mengelakkan huru-hara
Menyekat perkembangan komunis
Melindungi kepentingan peladang Eropah
Menjamin keselamatan penduduk setempat
6. Mengapakah PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis untuk mewujudkan keadaan huru-hara?
Merampas senjata api
Menimbulkan ketakutan
Menonjolkan ketidakupayaan kerajaan
Mendedahkan kelemahan pasukan keselamatan
7. Apakah tindakan British semasa melaksanakan Undang-Undang Darurat?
I. Penutupan sekolah
II. Perintah berkurung
III. Menggeledah rumah
IV. Menggalakkan aktiviti berpersatuan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
8. Apakah peranan utama Special Constables semasa Darurat?
Mendapatkan maklumat PKM
Mengawal ladang dan kawasan lombong
Menyelesaikan masalah di Kampung Baru
Mengesan tempat persembunyian komunis
9. Sarawak Rangers dianggotai oleh orang Iban. Apakah tugas pasukan ini?
Mengawal keamanan
Mengawasi pinggir hutan
Mendapatkan maklumat komunis
Menjejak persembunyian komunis
10. Maklumat berikut berkaitan dengan Rancangan Briggs.
Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh Rancangan Briggs?
Memodenkan prasarana
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menawan hati dan minda penduduk
Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
11. Pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan mula dilaksanakan pada 23 Julai 1948.
Apakah matlamat pelaksanaannya?
Melicinkan pentadbiran
Mengesan pengganas komunis
Mengawal pergerakan penduduk
Melaksanakan bancian penduduk
12. Apakah tujuan kerajaan British melonggarkan syarat kewarganegaraan untuk kaum bukan Melayu?
Memperkenalkan pilihan raya
Mewujudkan bangsa yang bersatu
Menggalakkan pertambahan penduduk
Menjayakan Kempen British
13. Apakah langkah-langkah yang dilakukan dalam pelaksanaan Perang Saraf?
I. Mengadakan lawatan
II. Mewujudkan Kampung Baru
III. Melaksanakan Perintah Berkurung
IV. Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan iv
14. Rundingan Baling telah diadakan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan PKM. Mengapakah rundingan tersebut gagal mencapai matlamatnya?
PKM menuntut kemerdekaan
Kerajaan tidak mahu bertolak ansur
Syarat PKM tidak boleh diterima kerajaan
PKM menuntut pembentukan kerajaan baru
15. Bagaimanakah Darurat membawa kesan kepada negara kita?
I. Rakyat sengsara
II. Ekonomi berkembang pesat
III. Semangat nasionalisme muncul
IV. Hubungan antara kaum menjadi renggang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
