wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyelesaian masalah

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Di dalam rak ini ada 52 buku. Anita pun baru menerima 38 buku untuk disimpan di rak buku. Tetapi rak ini hanya boleh memuatkan 40 buah buku sahaja. Berapa buku yang perlu dikeluarkan?

a)

60

b)

50

c)

40

d)

30

2.

Jumlah murid di dalam kelas 2 Cekal ialah 29 orang. Jika bilangan murid lelaki 2 Cekal ialah 13 orang, berapakah bilangan murid perempuan?

a)

42

b)

13

c)

16

d)

29

3.

Chrischadee mendapat 94 markah untuk Sains, 98 markah untuk Bahasa Inggeris dan 100 markah untuk Matematik. Berapakah jumlah markah bagi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut?

a)

291

b)

292

c)

293

d)

294

4.

Rania mengumpul 267 keping setem manakala Damia pula mengumpul 159 keping setem. Berapakah jumlah setem mereka?

a)

416

b)

424

c)

425

d)

426

5.

Dalam suatu temasya sukan, Cikgu Nora telah mengedarkan 299 botol air mineral kepada murid-murid di SK Long Boh. Ustaz Hirzi memberi 367 botol air mineral lagi kepada murid-murid yang lain. Berapakah jumlah botol air yang telah diedarkan oleh Cikgu Nora dan Ustaz Hirzi?

a)

666

b)

777

c)

888

d)

999

6.

Di SK Long Boh, terdapat 81 orang murid lelaki dan 80 orang murid perempuan. Berapakah jumlah murid di SK Long Boh?

a)

161

b)

116

c)

611

d)

106

7.

Bakul bola tenis boleh memuatkan sebanyak 1000 biji bola tenis. Aqif mempunyai 593 biji bola sahaja. Berapakah bilangan bola tenis yang diperlukan untuk memenuhi bakul tersebut?

a)

344

b)

1593

c)

407

d)

1679

8.

Dalam suatu ujian Matematik, Zulfarhan mendapat 67 markah, Mizan mendapat 79 markah, Fira mendapat 89 markah dan Syafi mendapat 88 markah. Siapakah yang mendapat markah paling tinggi?

a)

Zulfarhan

b)

Mizan

c)

Fira

d)

Syafi

9.

Pak Aziz mempunyai 965 biji durian. Pada waktu petang, sebanyak 540 biji durian telah habis dijual. Berapakah baki buah durian yang ada pada Pak Aziz?

a)

125

b)

225

c)

325

d)

425

10.

Wafirah ada 35 buah buku cerita. Adiknya pula ada 17 buah buku cerita. Berapakah beza buku cerita yang mereka ada?

a)

18

b)

52

c)

22

d)

25