wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Para _________________ tanah air telah dihantar ke pusat bantuan untuk membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.

a)

sukarelawan

b)

hartawan

c)

dermawan

2.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak __________ tikus.

a)

digigit

b)

digerit

3.

Shafizah cuba mengubah kedudukan kerusi kayu itu ___________ ruang tamu ____________ ruang depan rumahnya.

a)

daripada , ke

b)

dari, kepada

c)

daripada, kepada

d)

dari, ke

4.

Kenal pasti perkataan bergaris yang salah.


Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah Generasi Y pada masa ini.

a)

ketimuran

b)

setengah-setengah

c)

pada

5.

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

a)

pelbagai

b)

awet

c)

supaya

6.

Pilih dan tandakan ayat yang betul.

a)

Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

b)

Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

c)

Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

d)

Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

7.

Pilih dan tandakan ayat yang betul.

a)

Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

b)

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

c)

Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

d)

Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

8.

Perkataan yang bergaris di bawah mungkin betul dan mungkin juga salah. Kenal pasti.


Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

9.

Perkataan yang bergaris mungkin betul dan mungkin juga salah. Kenal pasti.


Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerahi atlet paralimpik

c)

menganugerahkan atlet paralimpik

10.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang paling hampir.


Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan.

11.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang hampir yang sama.


Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara.

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tanah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan.

12.

Pilih dan tandakan ayat yang betul.

a)

Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said telah dibaca oleh saya.

b)

Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

c)

Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon kerana diterbangkan angin.

d)

Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

13.

Pilih dan tandakan ayat yang betul.

a)

Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

b)

"Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

c)

Para pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

d)

Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik di rantau Asia.

14.

Peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah ialah


Saifullah benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

a)

bulat hati

b)

besar hati

15.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

16.

Betulkan kesalahan ejaan.


stesyen

(a)  

17.

Betulkan kesalahan ejaan.


Ko-kurikulum

(a)  

18.

Betulkan kesalahan ejaan.


antiJepun

(a)  

19.

Betulkan kesalahan ejaan.


toge

(a)  

20.

Betulkan kesalahan ejaan.


pasembur

(a)