wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut merupakan sekolah yang terdapat di Tanah Melayu. Apakah sistem persekolah tersebut?

a)

Sekolah umum

b)

Sekolah rendah

c)

Sekolah vernakular

d)

Sekolah kebangsaan

2.

Sistem pendidikan sebelum merdeka tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemudahan asas terhad

b)

Bahasa ibunda digunakan

c)

Pentadbiran yang berbeza

d)

Peruntukan kewangan terhad

3.

Senarai berikut berkaitan dengan persekolahan di Sarawak dan Sabah.


- Sekolah Cina

- Sekolah vernakular Melayu

- Sekolah mubaligh Kristian


Apakah kesan daripada sistem persekolahan tersebut?

a)

Perbezaan jurang ekonomi

b)

Perpaduan kaum terlaksana

c)

Pengurusan yang sistematik

d)

Perkembangan bahasa Inggeris

4.

Rajah berikut berkaitan dengan cadangan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu. Apakah X

a)

Laporan Razak

b)

Laporan Fenn-Wu

c)

Ordinan Pelajaran

d)

Laporan Woodhead

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu.


X diterbitkan berikutan bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes


Apakah X?

a)

Laporan Razak

b)

Laporan Fenn-Wu

c)

Laporan Rahman Talib

d)

Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat

6.

Laporan pendidikan berikut diterbitkan pada tahun 1951.

laporan Fenn-Wu


Mengapakah laporan tersebut diterbitkan?

I Memansuhkan sekolah vernakular

II Menggubal kurikulum yang seragam

III Mengkaji pendidikan sekolah Cina

IV Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Jadual berikut berkaitan dengan jawatankuasa pelajaran.

Apakah tujuan pembentukan jawatankuasa pelajaran tersebut?

a)

Penggunaan bahasa rasmi Persekutuan

b)

Pendidikan berorientasikan negara asal

c)

Tenaga pengajar dibawa dari negara asal

d)

Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua

8.

Ordinan Pelajaran 1952 gagal mencapai matlamat. Apakah faktor jawatankuasa pelajara tersebut gagal?

a)

Negara mengalami masalah kewangan

b)

Kejatuhan harga komiditi utama negara

c)

Ancaman komunis semasa Zaman Darurat

d)

Mendapat tentangan daripada semua kaum

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah.

Apakah nilai yang dibentuk melalui laporan tersebut?

I Toleransi

II Keberkesamaan

III Perasaan kekitaan

IV Hormat-menghormati

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pernyataan berikut merujuk kepada Laporan Woodhead 1955 di Sabah


Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah


Apakah bahasa untuk mengendalikan peperiksaan tersebut?

a)

Bahasa Inggeris

b)

Bahasa Cina

c)

Bahasa Melayu

d)

Bahasa ibunda

11.

Ordinan Pelajaran Koloni 1956 diperkenalkan utnuk memeruskan rancangan Woodhead. Apakah matlamat pendidikan kebangsaan tersebut?

a)

Memupuk integrasi dan perpaduan kaum

b)

Menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan

c)

Menggunakan bahasa pengantar yang sama

d)

Mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada

12.

Tokoh berikut telah mempengerusikan Jawatankuasa Pelajaran 1956.


Dato' Abdul Razak Hussein


Apakah cadangan jawatankuasa tersebut?

a)

Sekolah menengah menggunakan bahasa ibunda

b)

Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Melayu

c)

Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris

d)

Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.


- Memperkenalkan sistem pendidikan yang sama

- Kandungan kurikulum yang seragam

- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar


Apakah sumbangan penyata tersebut terhadap negara?

a)

Membentuk identiti bangsa

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Membangunkan ekonomi negara

d)

Mengatasi kemiskinan masyarakat

14.

Laporan Barnes dipengerusikan oleh

a)

Daniel Barnes

b)

L.J. Barnes

c)

M.J. Barnes

d)

Liam Werbanes

15.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Laporan Barnes?

a)

Sekolah rendah & menengah boleh menggunakan kedua-dua bahasa sebagai bahasa pengantar.

b)

Sekolah menengah dibenarkan menggunakan bahasa melayu.

c)

Sekolah rendah dan menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

d)

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

16.

Ordinan Pelajaran diterbitkan pada tahun

a)

1955

b)

1954

c)

1953

d)

1952

17.

Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga sekiranya terdapat__________orang murid.

a)

13

b)

14

c)

15

d)

16

18.

Laporan Woodhead melibat negeri ?

a)

Labuan, Sabah & Sarawak

b)

Johor, Sabah & Sarawak

c)

Sabah & Sarawak

d)

Semenanjung Tanah Melayu

19.

Tujuan Ordinan Pelajaran Koloni 1966 adalah

a)

Menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan di peringkat rendah & menengah

b)

Memastikan penggunaan buku teks sama di kesemua sekolah

c)

Pelajar luar bandar dan bandar wajib ke sekolah

d)

Dikenakan yuran pelajaran

20.

Siapakah Menteri Pelajaran ketika Jawatankuasa Pelajaran diperkenalkan

a)

Dr. Maszlee

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

YB Syed Saddiq

d)

Tun Dr. Mahathir