wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HUKUM KEGRAVITIAN SEMESTA NEWTON

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Kegravitian Semesta Newton?

a)

Sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan bergerak dengan halaju malar, sehingga suatu daya asing bertindak ke atasnya.

b)

Kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya.

c)

Daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

d)

Bagi setiap daya yang dikenakan, terdapat suatu daya yang bertindak pada arah bertentangan dengan daya tersebut.

2.

Apakah dua hubungan yang terlibat dalam pembentukan Hukum Kegravitian Semesta Newton?


i - daya graviti berkadar terus dengan hasil darab jisim dua jasad

ii - daya graviti berkadar terus dengan jisim dan pecutan graviti

iii - daya graviti berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut

iv - daya graviti kuasa dua adalah berkadar terus dengan jejari orbit kuasa tiga

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

3.

Hitungkan daya graviti antara sebuah kereta dengan Bumi. Diberi:


Jisim kereta = 5000 kg

Jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg

Jarak antara pusat kereta ke Bumi = 6.37 x 106 m

a)

4.8 x 103 N

b)

5.0 x 103 N

c)

4.7 x 104 N

d)

4.9 x 104 N

4.

Berapakah jisim Azman jika daya graviti yang dikenakan padanya adalah 618.03 N?

Diberi :


Jisim Bumi = 5.97 x 1024 kg

Jejari Bumi = 6.37 x 106 m

a)

55 kg

b)

60 kg

c)

63 kg

d)

73 kg

5.

Apakah yang salah tentang daya graviti, Fg?

a)

Daya graviti sebuah berkadar terus dengan jisim dua jasad

b)

Daya graviti berkadar songsang dengan jarak antara dua pusat jasad

c)

Daya graviti ditentukan menggunakan pemalar kegravitian, G

d)

Daya graviti berkadar terus dengan pecutan graviti

6.

Apakah pecutan graviti bagi sebuah satelit yang berada 5000 km dari permukaan sebuah planet?

Diberi :


Jisim planet = 6.5 x 1026 kg

Jejari planet = 7.7 x 107 m

a)

7.31 ms-2

b)

0.13 ms-2

c)

9.81 ms-2

d)

4.63 ms-2

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan daya memusat? Pilih jawapan yang paling tepat.

a)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, satu halaju terhasil disebabkan oleh daya yang mempunyai arah tegak lurus keluar pusat bulatan.

b)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat suatu daya yang bertindak ke atasnya yang sentiasa menuju ke pusat bulatan itu.

c)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat dua daya yang terhasil iaitu daya yang selari dengan pergerakan jasad, dan tegak lurus ke pusat bulatan.

d)

Bagi suatu jasad yang melakukan gerakan membulat, terdapat suatu daya yang terhasil dari halaju jasad tersebut.

8.

Daya Graviti menyebabkan objek tertarik antara satu sama lain

a)

Betul

b)

Salah

9.

Manakah antara berikut ialah Hukum Kegravitian Semesta ?

a)

F = ( mv - mu ) / t

b)

F = ma

c)

F = ( G x m 1 x m 2 ) / r 2

d)

F = ( m v 2 ) /2

10.

Sebiji epal jatuh ke permukaan bumi. Antara berikut, pernyataan manakah yang TIDAK benar ?

a)

Epal dan bumi saling menarik antara satu sama lain.

b)

Magnitud daya graviti oleh bumi sama dengan magnitud daya graviti oleh epal .

c)

Pecutan epal menuju bumi lebih besar dari pecutan bumi menuju epal.

d)

Daya graviti oleh bumi keatas epal sahaja wujud.

11.

Hitung daya graviti antara dua objek serupa yang berjisim 4 kg dan terpisah sejauh 2 m,


[ G = 6.67 x 10 -11]

a)

2.67 x 10 - 10

b)

1.07 x 10 - 9

c)

2.67 x 10 10

d)

21.07 x 10 9

12.

Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan bahawa setiap objek menarik objek yang lain dengan daya tarikan graviti yang :


i. berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad

ii. berkadar songsang dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad

iii. berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

iv. berkadar terus dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

a)

i dan iii

b)

i dan ii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

13.

Hitungkan daya graviti antara durian dan Bumi.

Jisim durian = 2.0 kg

Jisim Bumi = 5.97 × 1024 kg

Jarak antara pusat durian dan pusat

Bumi = 6.37 × 106 m

a)

20.63 N

b)

5.07 N

c)

19.63 N

d)

9.83×109N9.83\times10^9N

14.

Dua biji bola baling yang serupa menarik satu sama lain dengan daya graviti 3.0 x 10-9 N. Jisim setiap bola baling itu ialah 6.1 kg. Berapakah jarak antara pusat kedua-dua bola baling itu?

a)

0.83 m

b)

6.20 m

c)

1.60 m

d)

0.91 m

15.

 F =Gm1m2r2F\ =\frac{Gm_1m_2}{r^2}  

Hukum kegravitian semesta Newton diberikan oleh rumus di atas, G merupakan 

a)

Pecutan graviti

b)

Pemalar graviti

c)

Daya graviti

d)

Medan graviti

16.

Hukum kegravitian Newton boleh digunakan untuk jasad-jasad di :

a)

bumi

b)

Planet

c)

Semesta

d)

Sistem suria

17.

Mengikut Hukum Kegravitian Newton, terdapat daya tarikan graviti antara Bumi dan Bulan . Bumi yang berjisim lebih besar akan menarik Bulan dengan ...

a)

daya lebih kuat dari daya Bulan ke atas Bumi.

b)

daya lebih lemah dari daya Bulan ke atas Bumi.

c)

daya sama dengan daya Bulan ke atas Bumi.

d)

daya yang kadangkala lebih besar dari daya Bulan ke atas Bumi dan kadangkala lebih kecil.

18.

Berdasarkan rajah. Daya graviti antara dua jasad ialah...

a)

F = (G M m)r2\ F\ =\ \frac{\left(G\ M\ m\right)}{r^2}

b)

F =(G M m)(a + b + c)2F\ =\frac{\left(G\ M\ m\right)}{\left(a\ +\ b\ +\ c\right)^2}

c)

F =(G M m)b2F\ =\frac{\left(G\ M\ m\right)}{b^2}

d)

F = (G M m)c2F\ =\ \frac{\left(G\ M\ m\right)}{c^2}

19.

Apakah hubungan antara jisim dengan daya graviti dalam Hukum Kegravitian Semesta Newton?

a)

semakin besar jisim, semakin kecil nilai daya graviti

b)

Lebih besar jisim, lebih besar daya graviti

c)

semakin kecil jisim, semakin besar daya graviti

d)

semakin kecil jisim, tiada perubahan daya graviti

20.

Semua objek yang bergerak mengikut lintasan membulat akan mengalami

a)

pecutan memusat.

b)

halaju memusat.