wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERNIAGAAN BAB 2 TINGKATAN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

berikan definisi " Sumber fizikal " dengan betul.

a)

Barang dan perkhidmatan yang berbentuk nyata untuk dimanfaatkan oleh pekerja bagi menjalankan pekerjaannya.

b)

Barang dan perkhidmatan yang berbentuk tidak nyata untuk dimanfaatkan oleh pekerja bagi menjalankan pekerjaannya.

c)

Aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya.

d)

Aset yang berbentuk tidak ketara atau tidak nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya.

2.

Berikut merupakan jenis - jenis sumber fizikal kecuali...

a)

Kilang dan mesin.

b)

Bangunan dan kemudahan.

c)

Bahan mentah

d)

Bahan basah

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan stok?

a)

Barang siap yang sedia untuk dijual, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa tidak mencukupi apabila diperlukan.

b)

Barang siap yang sedia untuk dijual, Ia disimpan di dalam gudang dan dipastikan sentiasa mencukupi apabila diperlukan.

c)

Barang separuh siap yang sedia untuk dibeli, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa mencukupi apabila diperlukan.

d)

Barang separuh siap yang sedia untuk dibeli, Ia disimpan di dalam bilik dan dipastikan sentiasa tidak ada apabila diperlukan.

4.

Kenapakah organisasi memerlukan bahan mentah sebagai sumber fizikalnya?

a)

Digunakan untuk pembelian barang dan perkhidmatan untuk menghasilkan barang lain atau barang tetap.

b)

Digunakan untuk penjualan perkhidmatan untuk menghasilkan barang lain atau barang siap.

c)

Digunakan untuk pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain atau barang siap.

d)

Digunakan untuk pembelian barang untuk menghasilkan barang lain atau barang siap.

5.

Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual. Ia meliputi ...

a)

Kewangan dan penawaran pengguna.

b)

Penawaran dan permintaan pengeluar.

c)

Penyelenggaraan dan pemeriksaan.

d)

Barangan keperluan dan kehendak pengguna.

6.

Mengapakah Bahan mentah perlu dijaga kualiti dengan baik?

a)

Supaya mudah ditemui.

b)

Supaya tidak tahan lama.

c)

Supaya tidak mudah rosak.

d)

Supaya tidak mudah dibeli.

7.

Mengapakah Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi penting dalam sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat mempelbagaikankan permintaan dan menguruskan urusan perniagaan

b)

Dapat meminimumkan permintaan dan merumitkan urusan perniagaan

c)

Dapat meminimumkan permintaan dan memudahkan urusan perniagaan

d)

Dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan

8.

Berikut merupakan contoh Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kecuali...

a)

Pencetak

b)

Telefon

c)

Komputer

d)

Jentera

9.

Mengapakah sesebuah organisasi memerlukan perlindungan insuran dan keselamatan?

a)

Dapat menjayakan risiko kerugian dalam perniagaan.

b)

Dapat memberikan risiko kerugian dalam perniagaan.

c)

Dapat menguruskan risiko kerugian dalam perniagaan.

d)

Dapat menawarkan risiko kerugian dalam perniagaan.

10.

Kelengkapan alat keselamatan berikut diperlukan di premis perniagaan kecuali...

a)

Alat Pemadam api

b)

Alat pengera

c)

CCTV

d)

Loceng pintu

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu sumber fizikal dalam sesebuah organisasi.

Apakah sumber fizikal tersebut?

a)

Bangunan dan kemudahan

b)

Kilang dan mesin

c)

Loji dan kilang

d)

Bangunan dan kelengkapan

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal yang diperlukan dalam sesebuah organisasi?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Bangunan dan kelengkapan

b)

Jentera dan mesin

c)

Bangunan dan kemudahan

d)

Kilang dan mesin

13.

Apakah maksud harta intelek?

a)

Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi

b)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang

c)

Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembentukan dan penghasilan sesebuah organisasi

d)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada daya intelektual atau minda seseorang

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh sesuatu karya supaya boleh dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Usaha mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya bersifat asli

b)

Karya itu direkod, ditulis, atau dijadikan dalam bentuk cetakan atau elektronik

c)

Penciptanya merupakan orang yang berpendidikan

d)

Karya tersebut dibuat di Malaysia dan pertama di Malaysia

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan karya yang layak mendapat perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Karya muzik

b)

Karya seni

c)

Karya cetakan

d)

Karya lagu

16.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan reka cipta yang boleh dipatenkan?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Teori-teori saintifik

b)

Reka cipta yang baharu

c)

Boleh digunakan di mana-mana industri

d)

Kaedah untuk menjalankan perniagaan

17.

Pengurusan kilang dan mesin yang cekap dan berkesan dapat ...

a)

memastikan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang mewah

b)

memastikan bangunan mematuhi semua peraturan yang sedia ada

c)

meningkatkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan

d)

memastikan bangunan sentiasa sesuai untuk diduduki

18.

Di atas adalah gambar sumber yang digunakan dalam perniagaan. Bagaimanakah sesebuah perniagaan menguruskan sumber tersebut?


I. Memohon hak cipta terpelihara

II. Mendapatkan perlindungan insuran

III. Membuat penyelengaraan dan baik pulih secara terancang

IV. Membuat pendaftaran dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MyIPO)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi yang diperlukan dalam sesebuah organisasi?


I. Lesen Perkakasan

II. Lesen perisian

III. Harta intelek

IV. Pendidikan dan pengalaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber teknologi?

I. Paten

II. Hak cipta terpelihara

III. Perlindungan insurans dan keselamatan

IV. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv