wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN (PENGANTUNAN SEKSUAL KANAK-KANAK)

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengantunan seksual kanak - kanak?

a)

Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara adik- beradik.

b)

Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara rakan sebaya.

c)

Merupakan hubungan emosi yang terjalin antara orang dewasa dengan kanak - kanak.

d)

Merupakan hubungan emosi yang terjalin anatar ibu bapa dengan anak - anak.

2.

Apakah tujuan pengantuan seksual kanak - kanak ?

a)

Untuk mendapatkan kepercayaan kanak - kanak bagi tujuan melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak - kanak tersebut.

b)

Untuk mendapatkan kepercayaan orang dewasa untuk melakukan perbuatan berunsur seksual ke atas kanak - kanak.

c)

Untuk mendapatkan kepercayaan orang dewasa untuk melakukan perbuatan berunsur seksual.

d)

Untuk mendapatkan kepercayaan semua orang.

3.

Adakah pengantunan seksual kanak - kanak boleh berlaku melalui media sosial?

a)

Tidak pasti

b)

Tidak

c)

Ya

4.

Siapakah yang melakukan pengantunan seksual kank - kanak?

a)

Ia mungkin dilakukan oleh ahli keluarga mangsa sahaja.

b)

Ia mungkin dilakukan oleh orang yang tidak dikenali sahaja.

c)

Ia mungkin dilakukan oleh kenalan keluarga, ahli keluarga atau orang yang tidak dikenali.

5.

Bagaimanakah pengantunan seksual kanak - kanak boleh berlaku?

a)

Mendapatkan maklumat tentang mangsa.

b)

Memberikan pujian dan hadiah kepada mangsa.

c)

Melakukan sentuhan fizikal tanpa disedari oleh mangsa.

d)

Semua jawapan di atas.

6.

Abang kamu kerap menyentuh bahu, paha dan memeluk kamu semasa kamu berada di dalam bilik. Apakah yang perlu kamu lakukan?

a)

Membiarkan sahaja perlakuan abang

b)

Memberitahu ibu

7.

Kamu kerap kali menerima hadiah dan layanan istimewa dari bapa saudara kamu. Bapa saudara kamu juga kerap memuji berkaitan tubuh badan kamu. Adakah itu tanda pengantunan seksual kanak-kanak?

a)

Ya

b)

Tidak

8.

Individu yang ingin melakukan pengantunan kanak-kanak akan mencari peluang untuk bersendirian dengan mangsa. Betul atau tidak?

a)

Tidak

b)

Betul

9.

Kamu menerima video lucah dari jiran kamu. Apakah yang perlu kamu lakukan?

a)

Membalas mesej tersebut

b)

Memberitahu kepada ibu bapa

10.

Pilih ayat yang paling berhemah bagi mengelakkan pengantunan seksual kanak-kanak.

Mengajak kamu makan atau minum secara bersendirian.

a)

"Terima kasih, saya sudah makan."

b)

"Kenapa perlu ajak saya?"

c)

"Saya hanya makan di hotel lima bintang."

d)

"Awak ada duit ke nak belanja saya?"

11.

Pilih ayat yang paling berhemah bagi mengelakkan pengantunan seksual kanak-kanak.

Mengajak kamu bermain bersama-sama secara bersendirian.

a)

"Awak pandai main bola sepak?"

b)

"Minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang, abang dan kakak saya menunggu di sana."

c)

"Mari bermain."

d)

"Suka hati saya la nak main atau tidak."

12.

Pengantunan kanak-kanak ialah satu perbuatan yang

a)

Negatif

b)

Positif

13.

Yang manakah antara berikut boleh membawa kepada pengantunan seksual kanak-kanak?

a)

Melakukan sentuhan fizikal tanpa disedari mangsa.

b)

Memberi kata-kata semangat kepada mangsa.

14.

Bincangkan cara kamu menghindari pengantunan seksual kanak-kanak ?

a)

Beritahu ibu bapa atau orang yang dipercayai sekiranya ada orang cuba mengganggu keselesaan dan ketenteraman

b)

Berdiam diri

c)

Melarikan diri sekuat hati

d)

Menangis

15.

Mala mengikuti satu perkhemahan di pinggir hutan peranginan. Abang Bob, seorang kem komanden datang untuk menemui Mala untuk mengajar Mala tentang ilmu perkhemahan. Tetapi Abang Bob mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mala. Dia ingin meraba Mala. Situasi tersebut adalah......

a)

Pengantunan Seksual

b)

Perkongsian Ilmu

c)

Campfire

16.

Individu yang melakukan pengantunan seksual akan :

a)

berusaha merapatkan mangsa dengan ahli keluarga

b)

mendapatkan maklumat tentang mangsa

c)

menjauhi mangsa

d)

tidak mengendahkan mangsa

17.

Berikut merupakan cara-cara yang perlu diambil perhatian oleh kanak-kanak agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pengantunan seksual. Antaranya adalah _____________________, ___________________________ dan __________________________.

a)

jangan mudah percaya dengan kata-kata seseorang yang tidak dikenali

b)

elakkan diri dengan berjalan bersendirian

c)

elakkan diri daripada memuatnaik gambar di media seosial

d)

membiarkan diri disentuh oleh orang lain secara suka-suka

18.

Kanak-kanak yang sering menjadi sasaran pengantunan seksual kanak-kanak ialah _______________________, ____________________ dan _______________________.

a)

kanak-kanak yang selalu bersendirian

b)

kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian keluarga

c)

kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang keluarga

d)

kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang diri mereka