wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEND KESIHATAN T1 - UJIAN SUMATIF NOV 2020

Total questions: 13

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perubahan dari aspek fizikal yang berlaku pada murid lelaki dalam perkembangan seksual sekunder?

a)

Berasa sensitif

b)

Mudah tersinggung

c)

Suara semakin lunak

d)

Saiz otot meningkat

2.

Pernyataan manakah menunjukkan langkah untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?

a)

Melayari laman web pornografi

b)

Berdua-duaan di tempat yang sunyi

c)

Memiliki bahan seperti majalah lucah

d)

Mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal

3.

Perkahwinan membolehkan seorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama. Apakah kategori keluarga apabila suami dan isteri telah berpisah?

a)

keluarga nukleus

b)

Keluarga tunggal

c)

Keluarga extend

d)

Keluarga kembangan

4.

Apakah kesan pengaruh rokok, alkohol dan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat?

I Pembaziran wang

II Meningkatkan tahap kesihatan

III mencemarkan nama baik keluarga

IV Meningkatkan risiko penyakit berbahaya

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

Ii, III dan IV

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kata-kata pemikiran positif?

a)

Saya tidak mahu melawan cakap guru lagi

b)

Mulai tahun ini, saya tidak akan lewat ke sekolah

c)

Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi

d)

Saya akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru

6.

Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi masalah senggugut kecuali ________________

a)

amalkan senaman rutin

b)

elakkan pengambilan minuman beralkohol

c)

mengamalkan pengambilan vitamin tertentu

d)

kerap mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari

7.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbuatan buli dan gansterisme berlaku?

a)

Takut diancam

b)

Kepuasan diri

c)

Menunjukkan kuasa

d)

pengaruh media massa

8.

Berikut merupakan cadangan pemakanan kepada murid yang mempunyai kurang berat badan kecuali ______________

a)

memenuhi pemakanan yang terdiri daripada makronutrien dan mikronutrien

b)

pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi

c)

Cuba makan enam kali sehari dengan makanan yang berkhasiat

d)

kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak

9.

Nutrien X diperlukan oleh tubuh badn untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Apakah nutrien X ?

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Karbohidrat

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan prosedur pertolongan cemas yang betul ?

a)

Danger --> Response --> Airways --> Breathing --> Circulation

b)

Response --> Airways --> Breathing --> Danger --> Circulation

c)

Circulation --> Breathing --> Airways --> Response --> Danger

d)

Airways --> Breathing --> Circulation --> Response --> Danger

11.

Manakah yang merupakan kesan-kesan negatif pengaruh multimedia ?

a)

berlaku kes pembuangan bayi

b)

menyampaikan maklumat ilmiah dan baik

c)

merosakkan fikiran

d)

menggalakkan gejala tidak sihat berleluasa

e)

mewarisi generasi yang melampaui batas

12.

Apakah faedah yang akan diperoleh sekiranya menangani masalah perkembangan seksual sekunder melalui komunikasi?

a)

mengurangkan tekanan

b)

dapat mengetahui gossip terkini

c)

lebih berkeyakinan

d)

mengelakkan kemurungan

e)

merasa malu dengan masyarakat

13.

Pada pandangan anda, mengapa kita perlu melakukan aktiviti kecergasan seperti yang dijalankan di sekolah?

a)

Meningkatkan tahap kesihatan murid

b)

Badan yang cergas boleh meningkatkan kecerdasan minda

c)

Menghilangkan rasa bosan berada di dalam kelas

d)

Mengelakkan obesiti dan pelbagai risiko penyakit

e)

Boleh mengasah bakat dan kemahiran bermain