wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BUS 1 PDPR ( BAHAGIAN AQIDAH )

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan keimanan kepada al Quran.

a)

Al Quran tidak akan kekal hingga hari akhirat

b)

Al Quran adalah sumber rujukan utama umat Islam

c)

Al Quran membicarakan tentang hal hal keduniaan sahaja

d)

Al Quran sesuai untuk panduan kepada orang Arab sahaja

2.

Antara berikut yang manakah bukan bukti Allah SWT bersifat القوي ?

a)

Allah SWT tidak menguasai seluruh alam ciptaanNya

b)

Allah SWT berkuasa menarik balik nikmat yang diberi

c)

Allah SWT berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa

d)

Allah SWT berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya

3.

# Nabi Musa a.s

# Nabi Muhammad SAW

# Nabi Ibrahim a.s

# Nabi Isa a.s

# X


Siapakah nama nabi ululazmi yang bertanda X ?

a)

Nabi Nuh a.s

b)

Nabi Hud a.s

c)

Nabi Adam a.s

d)

Nabi Zakaria a.s

4.

Pilih pernyataan yang menerangkan tentang tugas tugas rasul.


I Menjadi contoh teladan kepada manusia

II Mengajar manusia cara beribadat yang betul

III Meramal nasib manusia pada masa hadapan

IV Menyelesaikan masalah yang berlaku sesama manusia

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

II dan IV

5.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai tugas malaikat.

a)

Izrail : Mencabut nyawa

b)

Israfil : Menurunkan hujan

c)

Jibril : Menyampaikan wahyu

d)

Raqib : Mencatat amalan baik

6.

SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL


i. Kazib

ii. Khianat

iii. Y

iv. Baladah


Y ialah

a)

siddiq

b)

tabligh

c)

kitman

d)

fatonah

7.

Pilih padanan yang benar berkaitan maksud sifat bagi rasul.

a)

Siddiq : Para rasul ditugaskan untuk menyampaikan wahyu kepada umat manusia.

b)

Amanah : Para rasul bersifat jujur serta terpelihara daripada melakukan larangan Allah SWT

c)

Tabligh : Para rasul bersifat bijaksana semasa berdakwah dan memberikan keterangan dan hujjah

d)

Fatonah : Para rasul bersifat benar dalam percakapan dan perbuatan

8.

Mukjizat hissiyah ialah

a)

mukjizat yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW.

b)

mukjizat yang kekal hingga hari kiamat iaitu al Quran al Karim.

c)

mukjizat yang dapat dikesan dengan pancaindera manusia tetapi tidak berkekalan.

d)

mukjizat yang dapat difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu.

9.

Antara tanda kecil hari kiamat ____.


I. berkurangnya bilangan ulama.

II. matahari terbit dari sebelah barat.

III. bangunan pencakar langit banyak dibina.

IV. negara arab dipenuhi sungai dan tanaman hijau.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan III

10.

Berikut ialah ciri ciri Islam agama fitrah, kecuali

a)

Rabbaniyyah, Syumuliah

b)

Ukhrowiyyah, 'Alamiyyah

c)

Syumuliyyah, Nabawiyyah

d)

'Alamiyyah, Rabbaniyyah

11.

Maksud aqidah dari segi istilah ialah keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap rukun iman dan

a)

Allah SWT

b)

syariat Islam

c)

rukun Islam

d)

perkara ghaib

12.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai malaikat

a)

diciptakan daripada cahaya

b)

boleh menyerupai pelbagai bentuk

c)

sentiasa mentaati perintah Allah SWT

d)

ada yang taat dan ada yang ingkar perintah Allah SWT

13.

Berikut merupakan keistimewaan kitab al Quran kecuali

a)

mebacanya wajib berwuduk

b)

menasakhkan kitab kitab terdahulu

c)

Al Quran terpelihara sehingga kiamat

d)

kandungannya lengkap mengenai semua perkara

14.

Antara bukti Allah SWT bersifat al Ghaniyy ialah


i. Allah SWT berhajat kepada ketaatan makhlukNya

ii. semua makhluk sentiasa berhajat kepada Allah SWT

iii. Allah AWT menguasai seluruh makhluk di langit dan dibumi.

iv. Allah SWT mencukupkan keperluan makhluk dengan kurniannya

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iii

15.

Kitab yang diturunkan pada Nabi Daud a.s ialah

a)

Injil

b)

Zabur

c)

Taurat

d)

al Quran

16.

Allah SWT menjelaskan bahawa dialah yang memerintahkan seluruh alam dengan ___.

a)

keadilan

b)

kejayaan

c)

kehebatan

d)

keamanan

17.

Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan tugas untuk

a)

mengenal Allah SWT.

b)

mencapai kecemerlangan.

c)

membina tamadun yang hebat.

d)

memakmurkan bumi dengan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang.

18.

Allah menguasai seluruh alam meliputi matahari, bulan, bintang dan cakerawala merupakan bukti Allah bersifat

a)

al Qadir

b)

ar Razak

c)

al Qawiyyu

d)

al Ghaniyyu

19.

Antara berikut yang manakah bukan pernyataan yang benar?

a)

Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT

b)

Agama Islam sesuai dengan fitrah manusia

c)

Agama Islam mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi

d)

Agama Islam menyuruh manusia beribadat semata - mata

20.

Pernyataan berikut merupakan rukun rukun Iman kecuali

a)

Beriman kepada rasul

b)

Beriman kepada Allah SWT

c)

Beriman kepada para sahabat

d)

Beriman kepada qadak dan qadar

21.

Berikut merupakan nama nama Allah SWT kecuali

a)

al Hadi

b)

az Zabur

c)

as Syakur

d)

al Muntaqim

22.

Kemampuan Allah SWT adalah secara ____ mengikut kehendak tanpa halangan.

a)

gagah

b)

agung

c)

ikhlas

d)

mutlak

23.

Berikut merupakan tugas lain bagi malaikat kecuali


i. menanggung arasy

ii. bertasbih kepada Allah SWT

iii. mencegah daripada keburukan

iv. menyampaikan wahyu Allah SWT

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

ii dan iv

24.

Berikut merupakan hikmah beriman kepada malaikat kecuali

a)

membentuk peribadi Muslim yang sejati

b)

meningkatkan keimanan kepada Allah SWT

c)

menjadikan seseorang akan sentiasa berwaspada

d)

organisasi kerajaan lebih teliti dan berdisiplin

25.

Kesan mengingkari salah satu daripada kitab suci akan menyebabkan

a)

rosak akidah

b)

hilang pedoman hidup

c)

terkeluar daripada Islam

d)

kehidupan menjadi buruk

26.

# Melahirkan masyarakat yang berilmu

# Mendapat ketenteraman jiwa


Pernyataan di atas merujuk hikmah beriman kepada

a)

rasul

b)

al Quran

c)

hari Kiamat

d)

qadak dan qadar

27.

"Suatu kehidupan di antara kehidupan dunia dengan akhirat."


Pernyataan di atas merujuk kepada ___.

a)

alam ghaib

b)

alam akhirat

c)

alam barzakh

d)

alam syahadah

28.

Manakah antara berikut bukan nama lain bagi hari Kiamat?

a)

Yaumul Khuruj

b)

Yaumul Hisab

c)

Yaumul Hasyr

d)

Yaumul Eid

29.

Pilih kesan beriman kepada hari akhirat dari sudut ibadat.

a)

Bersifat amanah

b)

Segera bertaubat

c)

Meninggalkan maksiat

d)

Memperbanyak amalan soleh.

30.

Pilih padanan lawan yang salah berkaitan sifat wajib dan sifat mustahil bagi rasul.

a)

Sidqun vs Kazib

b)

Amanah vs Khianat

c)

Tabligh vs Kitman

d)

Fatonah vs Basyariyyah