WorksheetsLATIHAN PdPR KOMSAS BAHAGIA SESUDAH DERITA
Total questions: 16
Worksheet time: 11mins
Apakah perkara yang berlaku kepada Si Miskin semasa dia melarikan diri ke pasar?
Orang-orang di pasar memukul Si Miskin
Orang-orang di pasar tidak suka melihat Si Miskin
Orang-orang di pasar melemparkan batu dan kayu kepada Si Miskin dan isterinya
Orang-orang di pasar mengusirnya dengan kayu
Si Miskin sebenarnya merupakan anak kepada Betara Guru yang telah disumpah turun ke dunia. Mengapakan Betara Guru menyumpah anaknya sendiri?
derhaka kepada ayahanda beliau
memakan buah-buahan terlarang
membawa isteri tanpa makluman kepada ayahanda beliau
menakluki sebuah negara di dunia dengan kekejaman dan tanpa belas kasihan
Apakah makanan yang ditemui di timbunan sampah?
Kelupis
Ketupat
Tapai
Tebu
Makanan yang ditemui Si Miskin dalam timbunan sampah merupakan jelmaan anak kepada...
Betara Karma Jaya
Betara Remang Sari
Betara Wak Telu
Betara Wak Parjo
Apakah makanan yang diidamkan oleh isteri Si MIskin yang hamil itu?
Tebu
Nangka
Ketupat
Mempelam
Setelah mengetahui bahawa Marakarma merupakan anak dewa, Si miskin meminta agar menjadikan sebuah negeri di dalam hutan tersebut. Apakan nama kerajaan tersebut?
Suparavi
Srivijaya
Puspa Sari
Puspa Nagari
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita?
Si Miskin dan isterinya sungguh malas mencari makanan
orang-orang kampung memberikan memberikan makanan kepada Si Miskin
Kepala Si MIskin luka kerana dilempar dengan batu
Si MIskin melarikan diri ke pasar setelah diusir dengan kayu oleh orang kampung
Prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita membawa tema...
kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan
kebijaksanaan maharaja menyelesaikan kemiskinan rakyat jelata
kasih sayang dewa kayangan akan anaknya
kerjasama rakyat dalam mengatasi kemiskinan
Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam prosa tersebut, kecuali...
negeri Anta Beranta
tempat perbuangan sampah
taman Maharaja Indera Dewa
sungai negeri Puspa Sari
Antara berikut, yang manakah bukan latar masyarakat yang terdapat dalam prosa Bahagia Sesudah Derita?
Masyarakat kayangan
Golongan raja
Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan
Masyarakat yang memandang tinggi akan orang miskin
Yang berikut merupakan nilai yang ditunjukkan oleh watak Si Miskin dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita kecuali...
kegigihan
kerjasama
keberanian
kasih sayang
"Maka dicarinyalah di dalam sampah yang betimbun-timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu."
Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi tersebut ialah...
seperti kera mendapat bunga
bagai si kudung beroleh cincin
orang mengantuk disorongkan bantal
yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
"Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut menangis..."
Apakah perwatakan Si Miskin berdasarkan pernyataan di atas?
Setia
Penyabar
Berdikari
Penyayang
Pilih pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut.
Kita harus berusaha untuk mencari kekayaan di dunia
Kita harus mengasihani hidupan di hutan dan lautan
Kita tidak patut memandang hina terhadap irang lain
Kita hendaklah memilih orang yang perlu dibantu
Pada pendapat anda, apakah usaha yang paling sesuai dilakukan bagi membantu golongan miskin?
Menempatkan mereka di sesebuah kawasan perumahan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus kemodenan
Memberikan latihan dan bantuan modal kepada mereka bagi memulakan perniagaan
Memaksa majikan mengambil mereka bekerja berbanding dengan warga asing
Memberikan upah yang mahal kepada mereka untuk menyara hidup
Kita haruslah memiliki sikap belas kasihan terhadap orang lain. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menunjukkan sikap simpati terhadap orang lain?
