NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu UPSR Tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Songkok yang berbentuk _________________ menjadikan penarie tartan zappen itu kelihatan segak.
bujur
bulat
leper
tirus
Swee Ling membentangkan _________________ apabila sampai di kawasan perkelahan itu untuk meletakkan barang-barang yang dibawa.
terhampar
hamparan
sehamparan
menghamparkan
Seorang pelanggan pasar raya sedang menggunakan ____________ setelah keletihan membeli-belah.
kerusi roda
kerusi urut
kerusi rehat
kerusi malas
Mak Yati : Qamila, hari hendak hujan. ______________ angkat kain jemuran dan ________________ biarkan adik kamu berhujan, nanti demam
Sila ... harap
Minta ... usah
Harap ... tolong
Tolong ... jangan
Sultan bertitah kepada Bendehara, "___________________ berkenan untuk beradu di Astana hinggap."
Beta
Patik
Tuanku
Hamba
Dia mendengar muzik itu sebagai ________________ sebelum tidur.
telinga nipis
pasang telinga
halwa telinga
telinga lintah
Walaupun sudah tua tetapi petani itu masih rajin bekerja seperti _______________________ .
menarik rambut dalam tepung
anai-anai makan kayu
bulan jatuh ke riba
kera kena belacan
Pihak tentera telah menjumpai beberapa __________________ senapang di hutan tersebut.
ruas
bilah
laras
batang
Beberapa orang pustakawan ditugaskan untuk membalut buku-buku yang berkulit lembut sahaja.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
kenyal
keras
kuat
kental
Buku yang ditulis oleh Zaidi meriwayatkan sejarah hidup seorang tokoh terkenal.
Pilih perkataan sinonim bagi meriwayatkan.
mengisahkan
menyatakan
mendedahkan
menggambarkan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Tubuh yang kemas melayakkan pemuda itu untuk menyertai pertandingan bina badan.
II. Nabila menyusun buku-buku di atas meja ibunya dengan kemas.
III. Encik Wong berpakaian kemas setiap hari supaya dicontohi oleh pekerja-pekerjanya.
IV. Ketua kelas mengarahkan rakan-rakannya kemas kerusi meja masing-masing sebelum pulang.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua murid yang menunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Semua penunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Penunggang basikal hendaklah ke sekolah dengan berhati-hati.
Semasa ke sekolah, murid-murid perlu berhati-hati menunggang basikal.
Murid berhati-hati semasa ke sekolah dengan menunggang basikal.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Mengapakah Nizam tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?
Ya, Nizam tidak datang kerana demam.
Kemungkinan Nizam menghidap demam.
Kehadiran Nizam semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
Nizam memang kerap tidak datang untuk aktiviti kokurikulum.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Tumbuhan periuk kera memerangkap serangga yang menghampirinya untuk menjadi sumber makanannya.
Apakah makanan bagi tumbuhan periuk kera?
Mengapakah tumbuhan periuk kera perlu mendcapatkan makanan?
Bagaimanakah tumbuhan periuk kera memperoleh makanannya?
Bilakah tumbuhan periuk kera memerangkap serangga yang menghampirinya?
Pilih ayat yang betul.
Sila mengecil-ngecilkan kebolehan adik kamu itu.
Jemput jangan kalian sentuh peralatan berbahaya di bengkel ini.
Jangan haraplah dia hendak datang kalau ayahnya tiada di rumah.
Tolong minta jemput mereka yang tiara berkaitan keluar sekarang.
Puan Zaiton Sadam Guru Besar di SK Seri Cemara. ________ mula bertugas di sekolah itu sejak tiga tahun yang lalu.
Dia
Beliau
Kalian
Mereka
Abang Ishak sedang membakar sate yang ________ oleh pelanggannya.
menempah
tempahan
bertempah
ditempah
Roha mempunyai ladang ternakan kambing dan lembu yang diusahakan di atas se __________ tanah yang luas.
hamparan
bidang
baris
kampit
Anak pertama seerti dengan ________.
anak angkat
anak tunggal
anak menantu
anak sulung
Suasana di sekitar kaki gunung itu agak sejuk kerana diselubungi kabus ________.
banyak
tebal
hebat
tipis
