wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyalahgunaan Bahan

Total questions: 40

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Penyalahgunaan bahan bermaksud....

a)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan dan tidak dibenarkan bukan tujuan perubatan.

b)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan untuk tujuan perubatan.

c)

Mengambil dadah/ubat dengan kebenaran doktor bagi penyakit demam.

d)

Mengambil dadah/ ubat daripada farmasi selepas mendapat rawatan daripada doktor.

2.

Apakah kesan terhadap seseorang yang minum arak ?

a)

Rajin membaca buku

b)

Boleh tidak tidur selama 24jam

c)

Mabuk

d)

Boleh memandu kereta dengan baik

3.

Antara berikut, apakah BUKAN bahan yang disalahgunakan?

a)

Rokok

b)

Racun

c)

Ubat

d)

Makanan

4.

Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam rokok?

a)

Nikotin, Karbon Monoksida dan Tar

b)

Toksik, Racun dan Tar

c)

Karbon Dioksida, Oksigen dan Nikotin

5.

Apakah faktor yang menyebabkan penyalahan gunaan dadah semakin bertambah?

a)

Kebakaran terbuka

b)

Pengaruh rakan sebaya

c)

Peningkatan dalam ujian

d)

Memperolehi kebenaran daripada ibu bapa

6.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak mereka terjebak dengan gejala dadah?

a)

Luangkan masa bersama-sama dengan mereka

b)

Bekerja sepenuh masa

c)

Tidak mementingkan keperluan persekolahan anak-anak

d)

Membiarkan anak-anak keluar pada waktu malam

7.

Apakah peranan pihak sekolah dalam memerangi dadah?

a)

Memberikan murid-murid kerja rumah

b)

Mewujudkan kerjasama dengan doktor kesihatan

c)

Mengadakan program anti dadah

d)

Menggalakkan murid-murid keluar daripada kawasan sekolah

8.

Yang manakah merupakan BUKAN faktor penyalahgunaan dadah?

a)

Tekanan daripada masalah yang dihadapi

b)

Pengaruh rakan sebaya

c)

Kurang pengetahuan tentang dadah

d)

Mempunyai kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa

9.

Apakah kesan negatif kepada penagih yang mengambil dadah secara melampau?

a)

Mempunyai tahap kesihatan yang baik

b)

Gangguan mental

c)

Menambahkan jumlah pendapatan keluarga

d)

Keluarga menjadi lebih harmoni

10.

Antara berikut yang manakah BUKAN kesan penyalahgunaan dadah?

a)

Membahayakan kesihatan

b)

Menjatuhkan maruah keluarga

c)

Kes jenayah meningkat

d)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

11.

Ali seorang murid yang pandai. Namun setelah terjebak dengan dadah, ramai yang menghindarinya di sekolah. Apakah kesimpulan mengenai dadah yang dapat anda lakukan?

a)

Dadah menyebabkan pelajar semakin pandai

b)

Dadah dapat merenggangkan hubungan antara satu sama lain

c)

Dadah merupakan faktor utama kejayaan Ali

d)

Dadah menyembuhkan penyakit Ali

12.

Mengapakah jarum hanya boleh digunakan sekali sahaja?

a)

Menjimatkan kos pembelian jarum

b)

Mengelakkan mencuci jarum terlalu banyak

c)

Dapat digunakan semula untuk pesakit lain

d)

Mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit.

13.

Ketika berjalan di pasar, Sarah terserempak dengan individu yang berhalusinasi sendirian dan orang ramai yang mengelakkan diri daripadanya. Apakah yang difikirkan oleh Sarah ketika itu?

a)

Individu tersebut mempunyai imaginasi yang tinggi

b)

Individu tersebut merupakan penagih dadah

c)

Individu tersebut menghafal skripnya

d)

Individu tersebut tidak mempunyai masa untuk menghafal

14.

Mengapakah ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak mereka?

a)

Individu yang paling dekat dengan kanak-kanak

b)

Memperolehi gaji daripada kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak mereka

c)

Menyediakan anak-anak pelbagai dadah yang mujarab

d)

Memberikan anak-anak tingkah laku yang tidak sopan

15.

Hakim merupakan pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Suatu hari, Hakim pergi ke belakang bangunan sekolah dan menghisap gam bersama-sama pelajar yang tidak dikenalinya. Apakah yang akan berlaku kepada Hakim jika menghisap gam secara berterusan?

a)

Cergas

b)

Prestasi merudum dan masalah kesihatan

c)

Dapat menyiapkan semua kerja rumahnya

d)

Mengeratkan hubungan dengan pelajar yang baru dikenalinya

16.

Walaupun Abu sudah berjaya, hidupnya masih lagi dikelilingi hutang kerana membeli dadah ketika belajar di kolej. Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat daripada situasi tersebut?

a)

Menagih dadah menyebabkan Abu berjaya

b)

Membeli dadah boleh menyebabkan Abu membayar hutangnya

c)

Abu menjadi semakin cerdik dan bijaksana

d)

Ketagihan dadah boleh menyebabkan masalah kewangan

17.

Apabila terjebak dengan penagihan dadah, antara yang berikut yang manakah BUKAN jalan penyelesaian yang patut diambil?

a)

Meneruskan penagihan dadah

b)

Mengamalkan gaya hidup sihat

c)

Berinteraksi dengan individu yang lain

d)

Meluangkan masa dengan hobi tersendiri

18.

Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam merupakan amalan yang dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan gejala dadah. Mengapa penting amalan ini kepada hidup kita?

a)

Meningkatkan perasaan ingin mencuba dadah

b)

Menghidarkan diri daripada terjebak dengan gelaja dadah

c)

Menyediakan peluang untuk kita menagih dadah

d)

Membantu minda menjadi lebih kusut

19.

MANGSA YANG TERBABIT DENGAN SINDIKET PENGEDARAN DADAH ANTARABANGSA DIDAPATI MUDAH TERPENGARUH DENGAN TAWARAN MENARIK YANG DIBERIKAN.


BERIKUT MERUPAKAN SITUASI BERISIKO YANG MEMBAWA KEPADA JERAT DADAH KECUALI....

a)

TAWARAN MELANCONG KE LUAR NEGARA

b)

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

c)

TAWARAN PULANGAN LUMAYAN DENGAN TUGASAN YANG MUDAH

d)

TAWARAN WANG DENGAN MEMBANTU MEMBAWA BARANG MILIK ORANG LAIN

20.

Pilih penyataan yang betul bagi maksud rokok.

a)

Rokok ialah jem nanas yang digulung didalam daun nipah atau kertas.

b)

Rokok ialah tembakau yang digulung didalam daun nipah atau kertas.

c)

Rokok ialah buah tembakau yang digulung didalam daun nipah atau kertas.

d)

Rokok ialah krim yang digulung didalam daun nipah atau kertas.

21.

Mengapakah dadah dikategorikan sebagai bahan terlarang dan dikawal?

(Pilih 2 jawapan yang sesuai)

a)

Boleh memudaratkan kesihatan

b)

Menyebabkan seseorang hilang pertimbangan

c)

Boleh meningkatkan keyakinan diri

d)

Menjamin kesejahteraan diri dan keluarga

22.

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a)

membawa kesan buruk kepada sistem pencernaan.

b)

diperoleh dari penjual kedai runcit.

c)

membawa pergantungan fizikal dan psikologi.

d)

digunakan untuk memasak.

23.

Berikut ialah jenis-jenis dadah.

(Pilih jawapan yang sesuai, lebih dari satu)

a)

opiat

b)

kanabis

c)

depresen

d)

stimulus

e)

harsinogen

24.

Tanda-tanda seseorang mengambil dadah. (Pilih 3 jawapan yang sesuai)

a)

kemerosotan kehadiran ke sekolah

b)

Nampak segak dan kemas sentiasa

c)

Mata berair, redup dan kuyu

d)

Selalu mengunjungi tempat terpencil

e)

Suka senyum dan bercakap banyak

25.

Pusat pemulihan untuk membantu penagih dadah ialah....

(Pilih 3 jawapan yang sesuai)

a)

PENJARA

b)

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

c)

PEMADAM

d)

PENYAYANG

e)

PENGASIH

26.

Apakah nama penuh bagi AADK ?

a)

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN

b)

AGENSI ANTI DADAH KERAJAAN

c)

AGENSI ANTI DADAH KEDAULATAN

d)

AGENSI ANTI DADAH KEISTIMEWAAN

27.

PPDA Bermaksud

a)

Pendidikan Penyalahgunaan Dadah

b)

Pendidikan Pencegahan Dadah

c)

Pendidikan Perhapusan Dadah

28.

Berikut adalah masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh kanak-kanak akibat menyedut asap rokok KECUALI?

a)

Batuk

b)

Kurap

c)

Jangkitan paru-paru

29.

Mana satukah langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kanak-kanak dari terdedah dengan asap rokok?

a)

Elakkan merokok dalam kereta yang ada kanak-kanak.

b)

Merokok sambil mendukung anak.

c)

Merokok walaupun anak-anak kerap sakit.

30.

Dadah adalah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan __________

a)

darah

b)

fisiologi badan

c)

kaki tangan

d)

perut

31.

Kesan penyalahgunaan dadah terhadap keluarga ialah _____________

a)

keluarga hidup bahagia dan gembira

b)

perceraian dan perpisahan antara keluarga

c)

mengeratkan hubungan kekeluargaan

d)

keluarga hidup sihat dan cergas

32.

Kesan penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat ialah _____________

a)

masyarakat hidup bahagia dan gembira

b)

meningkatkan kejadian jenayah di dalam masyarakat

c)

mengeratkan hubungan masyarakat

d)

masyarakat hidup sihat dan cergas

33.

Dua cara melindungi diri daripada ancaman dadah

a)

berfikiran positif dan kekuatan moral serta disiplin

b)

makan dan tidur

c)

ponteng dan lari dari rumah

d)

disko dan lepak

34.

Berikut merupakan punca remaja mencuba untuk merokok kecuali

a)

mampu beli

b)

ingin mencuba

c)

demi kesihatan

d)

pengaruh rakan sebaya

35.

Sekolah Bebas Dadah adalah kempen bagi ______

a)

Sukan Negara Malaysia

b)

Tajuk kumpulan indie

c)

Program anjuran Kementerian Pendidikan

d)

Anjuran Kementerian Kesihatan

36.

APAKAH AGENDA NEGARA BAGI MEMBASMI DADAH?

a)

NEGARA BEBAS DADAH

b)

NEGARA ANTI DADAH

c)

NEGARA HAPUS DADAH

d)

NEGARA BASMI DADAH

37.

Rokok menyebabkan ...................................... (Pilih 3 jawapan daripada senarai di bawah)

a)

berat badan semakin meningkat.

b)

sesak nafas

c)

kurang pengaliran darah dan oksigen

d)

menyebabkan penyakit bronkitis

e)

perut membuncit

38.

Kempen anti dadah diadakan di semua sekolah. Apakah tujuan kempen tersebut?

a)

Memastikan sekolah bebas dadah dan murid sifar dadah

b)

Mendedahkan kebaikan penggunaan dadah

39.
Gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana
a)
dapat menghindarkan diri daripada penggunaan dadah
b)
ibu bapa tidak memberikan kebebasan dalam pergaulan
c)
dapat menjimatkan duit keluarga
d)
dapat menjimatkan masa
40.

Pilih pernyataan yang salah mengenai punca merokok .

a)

Pengaruh daripada kawan-kawan

b)

Ingin mencuba

c)

Galakan ibu bapa

d)

Pengaruh iklan