wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

POLA AYAT- BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Semua peserta-peserta kem motivasi itu perlu mendaftarkan diri selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.

a)

Peserta-peserta

b)

Semua para peserta

c)

Para peserta-peserta

d)

Semua peserta-peserta

2.

Keputusan pertandingan penulisan esei peringkat daerah telah kami terima petang semalam.

a)

telah diterima oleh kami

b)

telah kami menerima

c)

kami telah terima

d)

telah kami terima

3.

Banyak kebaikan kita akan peroleh jika membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

a)

kita akan memperoleh

b)

akan kita peroleh

c)

akan diperoleh kita

d)

kita akan peroleh

4.

Aktiviti kokurikulum memberikan banyak kebaikan terhadap murid-murid.

a)

memberikan banyak kebaikan pada

b)

banyak memberikan kebaikan pada

c)

banyak memberikan kebaikan kepada

d)

memberikan banyak kebaikan terhadap

5.

Murid-murid perlu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

a)

berikan perhatian

b)

diberikan perhatian

c)

memberi akan perhatian

d)

memberikan perhatian

6.

Pilih ayat-ayat yang betul.




a)

Ayah membelikan saya tiga buah buku-buku rujukan di kedai itu.

b)

Kursus kepimpinan ini akan mengambil masa selama empat setengah jam.

c)

Hari Kantin sekolah saya akan berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang.

d)

Seorang dari peserta lawatan ke Muzium Negara telah menarik diri di saat-saat akhir.

7.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kutipan sumbangan itu untuk menaik taraf dewan sekolah.

II Akan saya sertai pertandingan syarahan itu pada minggu depan.

III Lima orang murid-murid yang ponteng sekolah telah didenda oleh guru disiplin.

IV Aktiviti perkhemahan itu diadakan demi untuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Aira menunggu Ai Ling di perpustakaan sejak dari pukul 2.00 petang tadi lagi.

II Pertandingan bola jaring antara rumah sukan ditunda oleh kerana hujan lebat.

III Nursyamira mendapat markah ujian Matematik paling tinggi di dalam kelasnya.

IV Guru-guru besar di daerah Kajang bermesyuarat untuk mencari jalan bagi menangani disiplin di sekolah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

9.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Para peserta ekspedisi itu menghilir anak sungai itu dengan kayak.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

c)

FN+FSN

d)

FN+FN

10.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Kamala dan Salina ke perpustakaan awam untuk mencari maklumat tentang sejarah kemerdekaan negara.

a)

FN+FK

b)

FN+FN

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

11.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Encik Zulkifli guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

12.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Murid baharu itu sangat rajin mengulangkaji pelajaran di pusat sumber sekolah.

a)

FN+FN

b)

FN+FA

c)

FN+FSN

d)

FN+FK

13.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Bangunan berbentuk piramid itu terletak di Jalan Tunku Abdul Rahmat.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FSN

14.

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

a)

Subjek - Petani itu

b)

Subjek - Petani

c)

Predikat - membajak sawahnya setiap hari.

d)

Predikat - itu membajak sawahnya setiap hari.

15.

Pokok rambutan itu di belakang rumah.

a)

Subjek - belakang rumah

b)

Subjek - Pokok rambutan itu

c)

Predikat - rambutan itu di belakang rumah

d)

Predikat - di belakang rumah

16.

Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

a)

Subjek - ibu bapa mereka

b)

Subjek- Banyak remaja

c)

Predikat - merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka

d)

Predikat - Banyak remaja merokok kerana meniru

17.

Harimau yang garang itu telah membaham lembu Shafiee yang ditambat di tepi hutan itu.

a)

Subjek - Harimau yang garang itu

b)

Subjek - Shafiee

c)

Predikat - telah membaham lembu Shafiee yang ditambat di tepi hutan itu.

d)

Predikat - Harimau yang garang itu

18.

Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

a)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa

b)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya

c)

Predikat - sedang memetik bunga di taman istana.

d)

Predikat - dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

19.

Haikal sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya.

a)

Subjek - Haikal

b)

Subjek - sahabat lamanya

c)

Predikat - sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya

d)

Predikat - Haikal sungguh gembira apabila dapat berjumpa

20.

Pilih subjek dalam ayat berikut.


Cikgu Hadi memberi penerangan tentang subjek dan predikat.

a)

Cikgu

b)

Cikgu Tamilmani

c)

memberi penerangan

d)

tentang subjek dan predikat