wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun pasukan sekolah kami bermain dengan __________, pasukan kami tewas juga dalam perlawanan itu.

a)

kuat-kuat

b)

rajin-rajin

c)

bersungguh-sungguh

d)

berbaik-baik

2.

Banyak __________ dipasang di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

unggas-unggas

b)

orang-orang

c)

mata-mata

d)

mata-mata

3.

Semangat rakyat negara itu __________ apabila mendengar syarahan pemimpin mereka.

a)

meruap-ruap

b)

meronta-ronta

c)

meraung-raung

d)

menggelepar-gelepar

4.

Baju askar di negara-negara Asia Tenggara __________.

a)

culang-caling

b)

coreng-moreng

c)

kontang-kanting

d)

celorong-celoreng

5.

Zawawi __________ sebaik sahaja menamatkan lariannya kerana kurang latihan.

a)

terkapai-kapai

b)

teroleng-oleng

c)

terlonjak-lonjak

d)

tercungap-cungap

6.

Perasaan Mak Munah __________ setelah suaminya meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.

a)

kucar-kacir

b)

kusut-masai

c)

porak-peranda

d)

gundah-gulana

7.

Dia berlari __________ kerana dikejar oleh seorang pemuda yang kurang siuman.

a)

huru-hara

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

pontang-panting

8.

Pada lewat petang, kelihatan __________ terbang beriringan pulang ke sarang masing-masing.

a)

kupu-kupu

b)

ubur-ubur

c)

ayam-ayam

d)

burung-burung

9.

Orang ramai __________ menuju ke tapak ekspo itu.

a)

berpusu-pusu

b)

bertubi-tubi

c)

bertalu-talu

d)

berjela-jela

10.

Murid-murid sekolah itu dinasihati agar menggunakan __________ untuk melintas jalan.

a)

jejari

b)

jejantas

c)

bebalai

d)

bebaling

11.

Sukri berpaut pada batang pokok itu __________ kerana dia bimbang terjatuh.

a)

erat-erat

b)

rapat-rapat

c)

ketat-ketat

d)

kerap-kerap

12.

Adik menangis __________ kerana anak patungnya telah hilang.

a)

terkial-kial

b)

teresak-esak

c)

terkekeh-kekeh

d)

tercungap-cungap

13.

Hatinya menjadi __________ apabila mendengar lagu yang menyentuh perasaannya kerana kini dia berada diperantauan.

a)

kelam-kabut

b)

bengal-bengil

c)

gundah-gulana

d)

bengkak-bengkil

14.

Hanafi bukan sakit sungguh tetapi hanya __________ sahaja.

a)

suka-suka

b)

main-main

c)

melihat-lihat

d)

meninjau-ninjau

15.

Buah durian yang dijual di pasar borong itu __________ harganya.

a)

murah-murah

b)

besar-besar

c)

tajam-tajam

d)

cantik-cantik

16.

Perbuatan __________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

a)

berlumba-lumba

b)

berlari-lari

c)

berasak-asak

d)

berpusu-pusu

17.

"Sudah dua hari saya tidak berjumpa dengan Zarina, __________ dia belum pulang lagi dari Kuantan," kata Rosnah.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

rasa-rasa

d)

tiba-tiba

18.

Lukisan yang dipamerkan di dewan itu __________ belaka.

a)

bijak-bijak

b)

cantik-cantik

c)

ragu-ragu

d)

kuat-kuat

19.

Beberapa batang __________ roda basikal Amin patah akibat terlanggar batu.

a)

bebuli

b)

bebola

c)

kekabu

d)

jejari

20.

Pakaian pengemis itu __________ dan kotor.

a)

kucar-kacir

b)

kusut-masai

c)

porak-peranda

d)

compang-camping