wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 2 KEANJALAN AM2/1 2023

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan faktor yang menyebabkan permintaan

tak anjal

a)

Barang itu ialah barang mesti

b)

Barang itu sukar mendapat pengganti

c)

Bekalan mudah didapati dalam jangka pendek

d)

Permintaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan

2.

Permintaan terhadap barang x telah berkurang sebanyak 25% apabila harga barang y

bertambah sebanyak 20%. Jika harga bagi barang y yang asal ialah RM8.00, dan kuantiti

diminta bagi barang x yang asal ialah 400 unit, maka nilai keanjalan silang dan harga barang y

yang baru masing-masing ialah

a)

-0.8 dan RM9.60

b)

1.25 dan RM6.40

c)

-1.25 dan RM6.40

d)

-1.25 dan RM9.60

3.

Pada harga RM2.00 per kg, kuantiti ikan yang ditawarkan ialah 50 000 kg per minggu. Apabila

harganya RM2.40 per kg, kuantiti ikan yang ditawarkan ialah 55 000 kg per minggu. Berapakah keanjalan penawarannya ?

a)

0.40

b)

0.50

c)

1.00

d)

2.00

4.

Hasil jualan pengeluar akan meningkat jika

a)

pengeluarkan menaikkan harga apabila permintaan tidak anjal

b)

pengeluarkan menurunkan harga apabila permintaan tidak anjal

c)

pengeluarkan menaikkan harga apabila permintaan anjal

d)

pengeluarkan menurunkan harga apabila permintaan anjal uniti

5.

Keanjalan permintaan pendapatan suatu barang ialah 2. Sekiranya pendapatan pengguna

meningkat sebanyak 5%, kuantiti diminta barang itu akan berubah daripada 20 unit kepada

a)

18 unit

b)

22 unit

c)

24 unit

d)

25 unit

6.

Kenaikkan harga sebanyak 25% telah menyebabkan kuantiti ditawar meningkat dripada 3000

unit kepada 5000 unit. Keanjalan penawaran barang itu ialah

a)

anjal

b)

anjal uniti

c)

tak anjal

d)

tidak anjal sempurna

7.

Jumlah hasil jualan akan bertambah apabila

a)

harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal

b)

harga diturunkan pada tahap permintaan anjal

c)

harga dinaikkan pada tahap permintaan anjal satu

d)

harga diturunkan pada tahap permintaan tidak anjal

8.

Andaikan kuantiti diminta terhadap suatu barang ialah 250 unit. Keanjalan permintaan pendapatan barang ini ialah -2, Jika pendapatan meningkat 5%, berapakah kuantiti diminta yang baru ?

a)

225

b)

237.5

c)

267.5

d)

275

9.

Apabila harga barang x jatuh daripada 60 sen kepada 30 sen, penawaran barang x merosot sebanyak 20% dan permintaan terhadap barang y meningkat sebanyak 40%. Keanjalan silang antara barang x dan barang y ialah

a)

-0.5

b)

-0.8

c)

-1.25

d)

-2.0

10.

Penawaran bagi sesuatu barang dikatakan tidak anjal sempurna apabila nilai keanjalannya

a)

Es = 0

b)

Es = ∞

c)

1< Es < ∞

d)

0< Es < 1

11.
a)

0.86

b)

0.90

c)

1.17

d)

1.67

12.

Andaikan bahawa permintaan terhadap suatu barang tidak anjal. Sekiranya permintaan

terhadap barang tersebut meningkat sebanyak 10% dan pada masa yang sama

pengeluarannya tidak boleh ditambah, maka harga barang tersebut dipasaran

a)

tidak akan berubah

b)

meningkat sebanyak 10%

c)

berkurang sebanyak 10%

d)

meningkat lebih daripada 10%

13.

Nilai pekali keanjalan permintaan penting kerana

a)

pengeluar boleh mengetahui tindak balas pengguna terhadap perubahan harga.

b)

pengguna boleh menambahkan atau mengurangkan jumlah permintaan di pasaran

c)

pengeluar boleh mengukur kecekapan pengeluaran dan tingkat keuntungan maksimum

d)

pengguna boleh mengetahui perubahan harga dan mudah membuat anggaran belanjawan

14.

Jika permintaan terhadap suatu barang tidak anjal , ini bermakna

a)

satu peratus perubahan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta kurang daripada satu peratus

b)

satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta melebihi satu peratus

c)

satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan peningkatan kuantiti diminta kurang daripada satu peratus

d)

satu peratus kenaikan harga akan menyebabkan pengurangan kuantiti diminta kurang daripada satu peratus

15.

Apabila pendapatan meningkat daripada RM80 kepadaRm120 , kuantiti barang x yang diminta meningkat daripada 5 unit kepada 10 unit. Berapakah keanjalan pendapatan permintaan dan apakah jenis barang yang diminta ?

a)

2, barang mewah

b)

2, barang perlu

c)

-2, barang mewah

d)

2, barang bawahan

16.

Harga per unit suatu barang ialah RM5000 dan kuantiti diminta ialah 100 000 unit . Apabila

harga meningkat kepada RM5200, kuantiti diminta jatuh menjadi 90 000 unit. Keanjalan permintaan barang itu menunjukkan bahawa barang itu adalah

a)

anjal sempurna

b)

tidak anjal sempurna

c)

tidak anjal

d)

anjal

17.

Sebuah firma menghadapi keluk permintaan yang berbentuk hiperbola. Apakah kesan kepada jumlah hasil jualan jika firma tersebut menaikkan harga keluarannya ?

a)

Jumlah hasil jualan berkurang

b)

Jumlah hasil jualan tidak berubah

c)

Jumlah hasil jualan pada mulanya berkurang dan akhirnya bertambah

d)

Jumlah hasil jualan pada mulanya bertambah dan akhirnya berkurang

18.
a)

kerajaan memberikan subsidi kepada pengguna sebanyak RM2.50

b)

pengguna dan pengeluar menanggung beban cukai yang sama banyak

c)

pengguna terpaksa membayar dengan harga tambahan RM5.00 daripada harga asal

d)

beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar lebih besar daripada yang ditanggung oleh pengguna

19.

a)

RM 24.00 RM48.00

b)

RM24.00 RM72.00

c)

RM32.00 RM64.00

d)

RM80.00 RM72.00

20.

Persamaan penawaran barang X ialah Qs = 20 + 25P, dengan Qs ialah kuantiti ditawarkan (unit) dan P ialah harga (RM). Berapakah keanjalan penawaran apabila harga barang X meningkat

daripada RM1.00 kepada RM2.00?

a)

0.14

b)

0.56

c)

0.86

d)

1.80