WorksheetsPengurusan Perbelanjaan secara beretika
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nyatakan nilai yang TIDAK berkaitan dengan Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika
Kejujuran
Amanah
Kesederhanaan
Berdikari
Situasi manakah yang menunjukkan ciri perbelanjaan secara beretika?
Membeli barangan apabila terdapat jualan murah
Setiap pembelian dibayar secara kredit
Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
Menyimpan resit pembelian sebagai bukti perbelanjaan
Berikan satu kebaikan membayar secara tunai
(a)
Manakah yang keburukan penggunaan kad kredit?
Boleh berhutang
Perlu membayar faedah
Boleh berbelanja secara bijak
Mudah berhutang
Manakah yang tepat menunjukkan perlakuan berbelanja secara bijak?
terpengaruh dengan gimik iklan / jualan murah
buat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli
berbelanja semasa jualan murah sahaja
buat senarai barangan yang perlu dibeli
Berikan satu hak pengguna. Hak untuk mendapatkan (a)
Manakah yang menunjukkan kesan tidak menguruskan perbelanjaan secara beretika kepada diri?
Imej diri jatuh
Ekonomi negara terjejas
Pergaduhan dalam keluarga
Muflis
Berhutang
Apakah kepentingan menabung?
Ada wang untuk kecemasan
Ada wang untuk membeli barangan yang kita suka
Boleh menjadi tauladan kepada orang lain
Tidak berhutang
Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan seseorang yang suka menabung?
Hapus hutang
Belanja dahulu, simpan kemudian
Bawa bekal
Berhenti merokok
Pilih sebab anak muda muflis
Gaya hidup yang mewah
Kos perubatan yang tinggi
Melabur dalam skim cepat kaya
Pengurusan kewangan yang bijak
Perbelanjaan perlu diuruskan secara beretika bagi menjamin kewangan yang tidak stabil.
Betul
Salah
Antara cara pengurusan perbelanjaan secara beretika adalah menentukan kedudukan kewangan yang dimiliki seperti memastikan jumlah wang yang dimiliki. Apakah kepentingan memastikan jumlah wang yang dimiliki?
Untuk membeli semua barang kehendak yang ingin dibeli
Supaya dapat membeli barangan yang berjenama
Supaya mampu mengawal perbelanjaan diri
Supaya tidak terlepas membeli semua batangan yang mempunyai harga promosi
Antara yang berikut merupakan cara pengurusan perbelanjaan secara beretika kecuali
Mengenal pasti dan membuat anggaran perbelanjaan.
Mendisiplinkan ketika berbelanja
Menggunakan kad kredit untuk membeli barang kehendak
Mendokumentasikan perbelanjaan
Antara yang berikut yang manakah kepentingan mendokumentasikan perbelanjaan?
Mendapatkan khidmat nasihat sebelum membeli sesuatu barangan.
Merancang semula perbelanjaan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
Berusaha mencari alternative lain jika terpaksa membeli barangan mahal.
Antara yang berikut yang manakah bukan kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika?
Menjadi orang berada yang mempunyai kuasa beli yang tinggi seterusnya mampu membeli apa sahaja barangan yang dikehendaki.
Mengurangkan bebanan hutang
Mengelakkan pembaziran
Menjamin masa hadapan
Pengurusan perbelanjaan secara beretika dikatakan mampu mengelakkan pembaziran kerana?
Pengguna mampu membeli barang kehendak bila-bila masa sahaja.
Pengguna boleh menggunakan kad kredit dengan bebas
Membeli mengikut perancangan
Membebaskan diri daripada bebanan hutang yang banyak.
Pengurusan perbelanjaan secara beretika mampu membantu untuk membuat anggaran yang lebih baik bagi perbelanjaan akan datang.Apakah kesan positifnya?
Tidak ketinggalan untuk membeli barangan murah yang dikehendaki pada masa akan datang.
Mengelakkan pembaziran.
Hutang dapat diselesaikan dengan segera.
Yang berikut merupakan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika terhadap diri kecuali?
Menghadapi masalah kewangan.
Bebanan hutang yang tidak sepatutnya.
Muflis dan tekanan perasaan.
Menjejaskan perbelanjaan lain.
Kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika akan mendatangkan manfaat kepada
Diri
Keluarga
Peniaga
Negara
Yang manakah bukan kesan pengurusan perbelanjaan tidak beretika terhadap masyarakat.
Meningkatkan inflasi
Peningkatan pemiutang yang tidak berlesen.
Meningkatkan kuasa beli yang tidak sewajarnya.
Melahirkan persaingan yang tidak sihat dalam berbelanja.
