Font size
WorksheetsPERNIAGAAN T5 BAB 3: SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
Total questions: 30
Worksheet time: 2hrs 30mins
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sumber pembiayaan luaran
Sumber pembiayaan dalaman
Sumber pembiayaan bank
Sumber pembiayaan agensi kerajaan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri pembiayaan mikro?
Tempoh bayaran balik yang pendek
Jumlah pembiayaan melebihi RM50 000
Memerlukan cagaran
Menawarkan pinjaman jangka masa panjang
Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?
Pemfaktoran
Sewa beli
Overdraf
Geran penyelidikan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan Encik Amar.
Encik Amar mempunyai syer Syarikat Maju Berhad. Beliau menerima kadar dividen yang tetap setiap tahun.
Siapakah Encik Amar?
Pemegang saham aktif
Pemegang saham interim
Pemegang saham biasa
Pemegang saham keutamaan
Antara yang berikut, yang manakah bantuan perniagaan yang disediakan oleh MARA?
Skim Pinjaman Kecil
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
Dana Usahawan Muda
Skim Pembiayaan TERAS
Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)?
Membantu PKS yang tidak mencukupi modal
Membantu PKS mengembangkan perniagaan
Membantu PKS yang tiada cagaran
Membantu PKS yang tiada modal permulaan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
Satu perjanjian antara pemajak dengan syarikat pajak untuk menyewa satu aset tertentu.
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Ar-Rahnu
Pajakan
Gadaian
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
Pemborong Imran ingin menjual invois pelanggannya.
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Gadaian
Ansuran
Pemfaktoran
Apakah kelebihan penggunaan simpanan sendiri sebagai modal?
Tidak perlu membayar faedah pinjaman
Saiz modal yang besar
Tiada risiko kegagalan
Memerlukan cagaran
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan sejenis sumber pembiayaan.
Perniagaan boleh menggunakan barang modal seperti jentera untuk menghasilkan pendapatan walaupun bayaran belum dijelaskan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Pajakan
Pemfaktoran
Sewa beli
Simpanan sendiri
Apakah kelebihan mendapat sumber dana dengan menggunakan kaedah pemfaktoran?
Mendapat tunai dengan segera
Mengurangkan pembayaran faedah
Mengurangkan kecairan perniagaan
Meningkatkan simpanan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kelemahan overdraf?
(Pilih 2 jawapan)
Bank berhak untuk menarik semula kemudahan overdraf pada bila-bila masa
Pembayaran balik pinjaman mengikut masa yang ditetapkan
Tiada had maksimum
Kadar faedah lebih tinggi
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Puan Aina menggadaikan barang kemasnya untuk mendapat pinjaman tunai dengan segera.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Ar Rahnu
Pajakan
Pemfaktoran
Apakah yang perlu disediakan oleh perniagaan sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan kepada institusi perbankan atau kewangan?
Bahan mentah
Akaun simpanan
Rancangan perniagaan
Borang permohonan
Rajah di atas menunjukkan proses permohonan pinjaman.
Apakah proses P?
Penyediaan rancangan perniagaan
Menghantar borang permohonan
Penerimaan tawaran
Penilaian pinjaman
Antara berikut yang manakah sumber pembiayaan dalaman ?
A. Rizab
B. Overdraf
C. Jaminan kredit
D. Modal permulaan daripada bank
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
"Usahawan menggunakan mesin dengan cara menyewanya daripada bank atau institusi bagi tempoh tertentu sebelum memiliki mesin tersebut."
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
A. Pemfaktoran
B. Pajakan
C. Sewa beli
D. Simpanan peribadi
Maklumat berikut berkaitan dengan seorang pengusaha.
"Encik Mutu merupakan seorang usahawan industri pemprosesan makanan. Beliau ingin membuka banyak cawangan dengan mendapatkan sumber pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan."
Mengapakah Encik Mutu memilih sumber pembiayaan tersebut ?
I. Tidak dikenakan faedah
II. Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran
III. Tempoh bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan pinjaman
IV. Jumlah pinjaman boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa
Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan memperoleh jentera melalui skim pajakan ?
I. Dapat menjana pendapatan
II. Dimiliki selepas tamat tempoh pajakan
III. Jentera yang rosak akan dibaiki oleh penyewa
IV. Dapat menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang tinggi
Maklumat berikut ini berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran.
"Puan Adila mempunyai baki akaunnya di bank sebanyak RM 1 000. Dia dibenarkan mengeluarkan cek bernilai RM 10 000."
Berapakah nilai overdraf yang diperoleh oleh Puan Adila ?
A. RM 1 000
B. RM 9 000
C. RM 10 000
D. RM 11 000
Agensi yang manakah tidak terlibat dalam memberikan pembiayaan kepada usahawan ?
A. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
B. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
C. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
D. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Maklumat berikut menunjukkan agensi kerajaan dan badan berkanun.
"Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)"
"SME Corporation Malaysia (SME Corp)"
Apakah bantuan profesional yang disediakan oleh agensi kerajaan dan badan berkanun tersebut ?
A. Kewangan
B. Ruang Niaga
C. Khidmat nasihat
D. Penyelidikan dan pembangunan
Maklumat berkaitan dengan seorang usahawan.
"Encik Muzakir Afiq baru saja menamatkan perkhidmatannya di sebuah syarikat pengiklanan. Beliau telah memulakan perniagaan pengiklanannya sendiri dengan dibantu oleh anaknya. Beliau telah menggunakan wnag dalam akaun simpanan peribadinya di bank."
Apakah jenis sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Muzakir Afiq ?
A. Overdraf
B. Akaun Simpanan
C. Bank dan institusi kewangan
D. Sumber pembiayaan dalaman
Rajah di atas berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran.
Apakah sumber pembiayaan tersebut ?
A. Pajakan
B. Sewa beli
C. Pemfaktoran
D. Jaminan Kredit
Pinjaman perniagaan gadaian/Ar-Rahnu merupakan ______________.
kemudahan kredit yang disediakan oleh
bank perdagangan untuk pemegang akaun
semasa
membolehkan usahawan menggunakan sesebuah mesin atau jentera dengan cara menyewakanya daripada bank atau
institusi kewangan dalam tempoh masa tertentu
merupakan kemudahan pembelian akaun
penghutang atau invois
cagaran bagi mendapatkan pinjaman (gadai barang dalam tempoh masa tertentu untuk bayar balik harga
cagaran tu)
Antara yang berikut, sumber manakah yang dikategorikan sebagai sumber luaran semasa menjana idea baharu produk?
I Pembekal
II Kakitangan khidmat pelanggan
III Pelanggan
IV Penyelidikan dan pembangunan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Rahim
Encik Rahim seorang pengusaha restoran. Memandangkan perniagaannya mendapat sambutan yang baik, beliau mengambil keputusan untuk membuka lagi restoran.
Beliau bercadang menggunakan sumber pembiayaan dalaman dan bukan sumber pembiayaan luaran. Mengapa?
I Modal daripada sumber pembiayaan dalaman tidak
terhad
II Sumber pembiayaan luaran memerlukan jaminan dan
cagaran
III Sumber pembiayaan luaran tidak sesuai untuk
perniagaan restoran
IV Sumber pembiayaan dalaman dapat mengelakkan
pembayaran faedah
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Pernyataan manakah yang benar tentang jaminan kredit?
Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga
Diberikan kepada usahawan yang menghadapi kesukaran memperolehi pinjaman
Memberikan bantuan modal kepada perniagaan yang ingin memulakan perniagaan
Menggalakkan syarikat untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan teknologi
Gambar diberi ini menunjukkan agensi yang memberikan sumber pembiayaan.
Manakah kekuatan jenis pembiayaan daripada agensi tersebut?
I. Cepat dan ringkas
II. Tidak dikenakan faedah
III. Ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan
peminjam
IV. Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak
mempunyai cagaran
I dan II
I dan III
II dan III
II dan IV
Maksud Rizab Keuntungan
Pinjaman yang diberikan oleh pihak bank sebagai modal memulakan perniagaan
Keuntungan yang diperoleh daripada hasil pelaburan dan boleh dijadikan sebagai modal pusingan
Menggunakan wang simpanan peribadi
Kemudahan kredit yang disediakan untuk pemegang AKAUN SEMASA.
