wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TG4 BAB 1

Total questions: 30

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan nilai faedah kepada pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Menawarkan barang atau perkhidmtan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.

Apakah kelebihan jenis milikan perniagaan koperasi berbanding syarikat berhad?

a)

Kewujudan perniagaan kekal

b)

Tidak dikenakan cukai pendapatan

c)

Modal bertambah melalui jualan saham

d)

Liabiliti terhad kepada modal yang dilaburkan

3.

Perniagaan manakah diklasifikasikan sebagai bersaiz kecil?

a)

Hospital kerajaan

b)

Loji penapis minyak

c)

Kedai gunting rambut

d)

Kilang pembuatan pakaian

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan.

"Syarikat Power mengagihkan produk ke seluruh pasaran di sesebuah negara. Syarikat Power menggunakan strategi pemasaran berbeza dan mengeluarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna."

Apakah skala perniagaan Syarikat Power

a)

Skala perniagaan tempatan

b)

Skala perniagaan mengikut zon

c)

Skala perniagaan mengikut daerah

d)

Skala perniagaan mengikut kebangsaan

5.

Maklumat berikut berkaitan perkembangan sektor peniagaan di Malaysia.

a. Sektor kedua menjadi penyumbang kepada ekonomi negara

b. Galakan eksport dan mengurangkan kebergantungan barang import


Pernyataan manakah merujuk kepada situasi di atas?

a)

Era selepas merdeka

b)

Era 1990-an

c)

Menjelang abad ke-21

d)

Pada masa kini

6.

1. Antara berikut, manakah kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

I Potongan harga

II Secara percuma

III Jualan pada harga kos

IV Belian pada harga di bawah kos

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

1. Antara berikut, manakah ciri bagi milikan perniagaan secara perkongsian? I Beban cukai yang tinggi

II Pemilik melebihi 20 orang

III Liabiliti tidak terhad

IV Jangka hayat pendek

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Antara berikut manakah merupakan perniagaan milikan tunggal?

a)

Koperasi Melati Bersatu

b)

Firma Guaman Tan dan Gan

c)

Kedai Gunting Rambut Yoyo

d)

Syarikat Taulan Indah Berhad

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.


"Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan"


Apakah jenis rakan kongsi tersebut?

a)

Rakan kongsi biasa

b)

Rakan kongsi nominal

c)

Rakan kongsi aktif

d)

Rakan kongsi lelap

10.

X ialah sejenis rakan kongsi yang tidak menyumbangkan modal tetapi membenarkan namanya disenaraikan dalam perkongsian. Siapakah X?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi berhad

c)

Rakan kongsi nominal

d)

Rakan kongsi lelap

11.

Apakah kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad?

a)

Kadar pulangan yang tinggi

b)

Pemilikan syer tidak terhad

c)

Syer boleh dipindah milik

d)

Tiada beban cukai

12.

Apakah kelebihan syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Menanggung liabiliti terhad

b)

Kewujudan perniagaan tidak kekal

c)

Penyata kewangan perlu disediakan

d)

Memiliki modal yang lebih besar

13.

1. Antara yang berikut, manakah faktor penentuan saiz perniagaan?

I Jumlah jualan tahunan

II Bilangan pekerja tetap

III Jenis perniagaan diceburi

IV Untung atau rugi yang diperolehi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Pernyataan manakah yang benar tentang sektor utama?

a)

Aktiviti pemprosesan bahan mentah

b)

Mengeksplotasi hasil sumber kekayaan bumi

c)

Dikenali juga sebagai sektor sekunder

d)

Perkhidmatan sukarela termasuk dalam sektor itu

15.

Manakah yang merupakan cabaran perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Peningkatan kemajuan teknologi

d)

Undang-undang dan peraturan kerajaan

16.

Beras, gula dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi . Hal ini bermakna barang tersebut ....

a)

Dijual pada harga kos

b)

Dijual di atas harga kos

c)

Dijual di bawah harga kos

d)

Diberikan secara percuma

17.

En Yusma telah membuka kedai runcit beliau yang dinamakan Pasar Mini Yusma Mat Yasin. Mengapakah En. Yusma memilih bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad setakat modal dilaburkan

b)

Bilangan pemilik 2 hingga 20 orang

c)

Pendaftaran tidak perlu mengisi borang A

d)

Mempunyai kawalan langsung ke atas perniagaan

18.

Apakah tanggungjawab francaisor dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisi

b)

Melaksanakan perjanjian perkongsian

c)

Menyediakan tapak lokasi perniagaan

d)

Melakukan promosi secara berpusat

19.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer/utama?

a)

Najmi menjual sayur dan buah-buahan

b)

Fariz menternak ikan tawar dalam kolam

c)

Athirah memproses udang dijadikan belacan

d)

Lim menghantar kelapa sawit ke kilang

20.

pakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?

a)

Tanggungan terhad

b)

Mempunyai lebih kepakaran

c)

Perniagaan berterusan.

d)

Mudah untuk membuat keputusan

21.

Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilikan perniagaan.


"Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah."


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri...

a)

Perkongsian

b)

Koperasi

c)

Syarikat awam berhad

d)

Syarikat sendirian berhad

22.

Pernyataan yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

a)

Kuasa pemegang syer terhad

b)

Modal pemegang syer terhad

c)

Bilangan pemegang syer terhad

d)

Tanggungan pemegang syer terhad

23.

Mengapakah perniagaan bersaiz kecil dan sederhana lebih fleksibel berbanding dengan perniagaan besar?

a)

Layanan peribadi yang diberikan menarik lebih ramai pelanggan

b)

Risiko perniagaan bersaiz kecil dan sederhana adalah lebih rendah

c)

Pekerja dapat membantu membuat perubahan dengan lebih cepat

d)

Proses membuat keputusan lebih mudah untuk pemilik perniagaan kecil

24.

Pernyataan yang manakah merupakan tanggungjawab Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

a)

Mendaftarkan perniagaan

b)

Mengawal penetapan harga

c)

Menggubal undang-undang syarikat

d)

Membantu promosi syarikat ke luar negara

25.

Apakah kelebihan apabila Lembaga Tabung Haji dan Amanah Raya bekerjasama menubuhkan Abraj Management Sdn Bhd.?

a)

Mendapat bayaran royalti

b)

Menambahkan kepakaran

c)

Meningkatkan bilangan pemiutang

d)

Mengurangkan bayaran cukai

26.

Apakah hak anda sebagai pemegang saham di Juwara Sdn Berhad?

a)

Menetapkan dasar-dasar syarikat

b)

Mendengar laporan kewangan syarikat

c)

Membuat keputusan berkaitan perniagaan

d)

Menanggung liabiliti yang tidak terhad

27.

Apakah kaedah perniagaan bagi organisasi berasaskan untung (OBU)?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Jualan pada harga di atas kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

28.

Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan untung kepada perniagaan?

a)

Melambangkan imej perniagaan

b)

Mengukur prestasi ekonomi negara

c)

Mendorong pekerja bekerja lebih keras

d)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

29.

Syarikat PERWIRA Sdn. Bhd. telah membina dua buah tempat menunggu bas di kawasan kilang berhampiran. Syarikat Perwira telah menggunakan keuntungannya untuk ...

a)

Memajukan lagi perniagaan

b)

Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat

c)

Membayar ganjaran kepada pekerjanya

d)

Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

30.

Aktiviti perniagaan manakah yang dijalankan oleh sektor tertier ?

a)

CIMB Bank Berhad

b)

Kilang Plastik Seng Heng

c)

Syarikat Pembalakan PKINK

d)

Syarikat Pembinaan Johan Sdn. Bhd