Font size
Worksheetsbentuk pemilikan perniagaan Tingkatan 4
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah itu milikan tunggal?
Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu
Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian?
(Pilih 2 jawapan)
Mudah ditubuhkan
Beban cukai rendah
Bebas dalam mengurus perniagaan
Keputusan dibuat dengan cepat
Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
Kedai Runcit Ali
Restoren Syed & Syeikh
Koperasi Kampung Jenaris Berhad
Syarikat ABC Sendirian Berhad
Dua orang individu menubuhkan sebuah perniagaan yang diberi nama "Firma Guaman Raja dan Ratu".
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk pemilikan berkenaan?
(Pilih 2 jawapan)
Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang
Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat
Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja
Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?
Tanggungan terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah untuk membuat keputusan
Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.
Mendapat Borang D -> membuat pembayaran -> mengisi Borang A -> mengisi Borang Carian Nama
Membuat pembayaran -> mengisi Borang A -> mengisi Borang Carian Nama -> mendapat borang D
Mengisi Borang A -> mengisi Borang Carian Nama -> mendapat Borang D -> membuat pembayaran
Mengisi Borang Carian Nama -> mengisi Borang A -> membuat pembayaran -> mendapat Borang D
Azura menubuhkan sebuah perniagaan yang diberi nama Pasar Mini Azura. Selepas beberapa tahun, beliau menukarkan nama perniagaan beliau kepada Pasar Mini Azura dan Alia.
Mengapakah Azura mengambil tindakan seperti di atas?
(Pilih 2 jawapan)
Perniagaan berterusan
Risiko dapat dikongsi
Dapat berkongsi kepakaran
Menanggung liabiliti terhad
Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.
"Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal"
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?
(Pilih 2 jawapan)
Mudah diuruskan
Mudah ditubuhkan
Hayat perkongsian yang berterusan
Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.
[ Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang ]
[ Sekiranya perniagaan muflis, ahli kehilangan modal yang dilaburkan sahaja ]
Manakah yang merupakan contoh bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Kedai Runcit Ah Seng
Pasar Raya Kevin & Fernandez
Syarikat Inovatif Sendirian Berhad
Koperasi Kampung Sekamat berhad
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Laporan kewangan tidak perlu diumum kepada orang ramai
Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer menanggung liabiliti terhad
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
Pemilik syer dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan
Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding syarikat sendirian berhad?
Cukai syarikat yang tinggi
Proses penubuhan agak rumit
Kewujudan syarikat tidak kekal
Liabiliti pemilik saham tidak terhad
Apakah faktor yang mendorong sebuah perniagaan milikan tunggal diubah menjadi syarikat sendirian berhad selepas beberapa tahun beroperasi?
Supaya pengurusan menjadi lebih mantap
Operasi perniagaan dapat ditingkatkan
Dapat menambahkan kawalan perniagaan
Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.
[Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela]
[Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahli]
Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?
Inovatif Berhad
Pasar Raya Delima
Bank Simpanan Nasional
Koperasi SMK Saujana Impian
Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan seperti firma perakaunan dan guaman ditubuhkan secara perkongsian?
Risiko dapat disebarkan
Dapat saling berkongsi kepakaran
Mudah mengumpulkan modal
Dikecualikan daripada pembayaran cukai
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis milikan perniagaan.
[Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri]
[Pemilik sendiri yang mengurus perniagaan]
Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?
Milikan tunggal
Perkongsian
Syarikat
Koperasi
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan X.
[Pemilik perniagaan X menanggung liabiliti terhad]
Jika perniagaan X gagal dan berhenti urus niaga, keadaan yang mungkin berlaku kepada pemilik tersebut ialah ...
(Pilih 2 jawapan)
harta benda peribadi boleh dituntut oleh pemiutang
harta benda perniagaan boleh dituntut oleh pemiutang
harta benda peribadi tidak boleh dituntut oleh pemiutang
harta benda perniagaan boleh dituntut oleh pemiutang dan penghutang
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan perkongsian?
(Pilih 2 jawapan)
Kemahiran pengurusan yang pelbagai
Mengumpul modal daripada orang awam
Cukai pendapatan yang tinggi
Proses penubuhan yang mudah
Apakah ciri-ciri syarikat sendirian berhad?
Tiada had maksimum pemilikan
Mempunyai liabiliti tidak terhad
Keuntungan diagih dalam bentuk bonus tahunan
Jangka hayat perniagaan kekal
Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat berhad?
Syarikat sendirian berhad tidak perlu mewartakan penyata kewangan di surat khabar
Syarikat sendirian berhad tidak perlu didaftarkan di bawah akta syarikat
Syarikat sendirian berhad dikenakan cukai pendapatan yang rendah
Syer syarikat sendirian berhad tidak boleh dipindah milik
Bentuk pemilikan perniagaan boleh dikategorikan mengikut ciri-ciri daripada
aspek pemilik, corak kawalan dan struktur pengurusan
aspek pemilik, jumlah tenaga kerja dan struktur kewangan
aspek modal, struktur pengurusan dan perancangan keuntungan
aspek modal, corak kawalan dan lokasi kedai
Pemilihan anggota lembaga koperasi dilaksanakan semasa ...
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Lembaga Pengarah
Mesyuarat Pengurusan Koperasi
Perhimpunan Bulanan Koperasi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan koperasi?
Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan
Mengapakah sesetengah perniagaan memilih penubuhan perkongsian biasa berbanding perkongsian berhad?
Bilangan rakan kongsi lebih ramai iaitu 2 hingga 50 orang
Modal dapat dikongsikan hanya kepada rakan kongsi aktif sahaja
Semua pekongsi mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan
Perniagaan boleh diteruskan jika rakan kongsi meninggal dunia atau muflis
