NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan K1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang koperasi?
Kawalan secara autokratik
Menanggung liabiliti tidak terhad
Pulangan syer dalam bentuk elaun
Semua anggota berhak membuat keputusan
Gambar berikut menunjukkan aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah industri yang membantu dalam aktiviti tersebut?
Industri pembuatan dan perkilangan
Industri pembekalan tenaga
Industri perkhidmatan
Industri pembinaan
Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?
Permintaan barang pengguna meningkat
Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat
Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan
Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk
Pernyataan manakah yang tepat menerangkan visi perniagaan?
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Penilaian organisasi secara spesifik
Tujuan penubuhan organisasi
Pernyataan manakah yang mempunyai ciri objektif perniagaan yang baik?
Gedung Pakaian Mega menetapkan sasarn jualan yang tinggi sepanjang 2 tahun operasi.
Kilang Roti Bintang Hati mensasarkan pengeluaran sebanyak 200 000 unit dalam setahun
Mak Cik Timah menganggarkan 4000 bungkus nasi lemak terjual di gerainya dalam tempoh 2 jam.
Perolima Automotif Berhad berhasrat mengeluarkan 100 000 unit kereta keluaran pada masa hadapan.
Apakah faktor dalaman yang dapat mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?
Teknologi
Sumber manusia
Undang-undang
Ekonomi
Maklumat berikut berkaitan operasi pengeluaran sebuah kilang.
Kilang Sinar Suria bercadang untuk mengeluarakan kasut dalam skala besar untuk pasaran tempatan. Kilang menanggung kos sewaan sebanyak RM3000 sebulan dan bayaran gaju pekerja RM12 000 sebulan. Kilang menganggarkan kos berubah sebnyak Rm20 untuk menghasilkan sepasang kasut yang dijual pada harga RM50.
Berapakah pasang kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun untuk syarikat mencapai titik pulang modal (TPM)
2880 pasang
3600 pasang
48000 pasang
6000 pasang
Apakah tindakan yang wajar diambil jika perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan?
Memberhentikan pekerja yang tidak efisyen
Mencipta matlamat dan objektif baharu
Mengurangkan kos pengeluaran
Mengurangkan gaji pekerja
Bahagian-bahagian fungsian utama dalam organisasi perniagaan diwujudkan adalah untuk?
meningkatkan fokus dan kemahiran pekerja
memberi tumpuan dalam pelbagai bidang tugas
memberi peluang staf bekerja melebihi satu bahagian
meningkatkan keyakinan staf untuk bergelar pengurus
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu proses komunikasi.
"Pengolahan idea berbentuk gambar, tulisan atau pertuturan agar mudah difahami"
Apakah proses tersebut?
Maklum balas
Penghantaran
Dekod
Enkod
Kos manakah yang tidak dipengaruhi oleh perubahan pengeluaran output?
Kos tetap
Kos buruh
Kos modal
Kos berubah
Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.
"Langkah kerajaan untuk mengubah cara perbelanjaan kerajaan dan menstruktur semula percukaian"
Apakah dasar tersebut?
Dasar fiskal
Dasar ekonomi
Dasar kewangan
Dasar pembangunan
Apakah fungsi bahagian teknologi dan maklumat?
Menerima dan menghantar mesej
Menerima dan merekodkan permohonan kerja
Menyediakan penyata dan pembayaran gaji pekerja
Memperkenalkan sistem dan Software baharu
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pasaran.
Sebuah pasaran yang berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti, pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang asing.
Apakah pasaran tersebut?
Pasaran produk
Pasaran pelaburan
Pelaburan kewangan
Pelaburan untuk semua
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.
Dua atau lebih syarikat membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Francais
Koperasi
Usaha sama
Perkongsian
Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.
EN. Ali seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora.
Pengangguran di atas dikenali sebagai
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
a) Menurunkan kadar cukai
b) Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah
deflasi
inflasi
sunsidi
peningkatan cukai
Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?
Memperoleh pendapatan yang tinggi
Aktiviti promosi dapat dikurangkan
Meningkatkan kualiti barang
Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan
Berikut menunjukkan campuran pemasaran
PRODUK
X
HARGA
PROMOSI
Apakah X?
Kos
Agihan
Jualan
Penawaran
Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
