Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL ULANGKAJI 1 GEOGRAFI TINGKATAN 3

Total questions: 68

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah kaedah pengumpulan maklumat kecuali ...

a)

pemerhatian

b)

peperiksaan

c)

temu bual

d)

soal selidik

2.

___________ adalah kaedah secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dngan seseorang.

a)

Banci

b)

Temubual

c)

Soal selidik

d)

Pemerhatian

3.

Namakan graf di atas.

a)

Graf bar mudah

b)

Graf garisan

c)

Graf gabungan

d)

Carta pai

4.

Antara berikut, kaedah pengumpulan maklumat yang manakah paling cepat dan mudah dilakukan?

a)

Temubual

b)

Pemerhatian

c)

Soal selidik

d)

Bancian

5.

Graf ialah.....

a)

rajah yang terdiri daripada bar atau garisan yang menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang dikaji.

b)

cara mempersembahkan data atau maklumat dengan lebih tersusun

c)

bulatan yang menunjukkan data yang tersusun

d)

menggambarkan maklumat tentang manusia

6.

Graf _____________________ digunakan untuk menunjukkan data yang boleh dikira seperti orang, kereta, rumah dan lain-lain.

a)

bar mudah

b)

garisan mudah

c)

gabungan

d)

majmuk

7.

Perkara-perkara berikut BETUL mengenai graf garisan mudah KECUALI

a)

Garisan curam menunjukkan perubahan besar

b)

Garisan landai menunjukkan perubahan kecil

c)

Setiap bar menunjukkan kuantiti komponen

d)

Graf dilukis secara garisan panjang.

8.

Ahmad ingin menunjukkan data tentang cara murid datang ke sekolah. Graf apakah yang sesuai digunakan?

a)

Graf bar mudah

b)

Graf garisan mudah

c)

Graf gabungan

d)

Graf majmuk

9.

Carta pai ialah sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk

a)

memaparkan pembahagian atau pecahan data dalam bentuk graf mudah yang dibahagikan kepada beberapa sektor

b)

memaparkan pembahagian atau pecahan data dalam bentuk bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor

c)

memaparkan pembahagian atau pecahan data dalam bentuk graf garisan mudah yang dibahagikan kepada beberapa sektor

d)

memaparkan pembahagian atau pecahan data dalam bentuk graf majmuk yang dibahagikan kepada beberapa sektor

10.

Nilai setiap sektor dalam carta pai dinyatakan dalam ....

a)

darjah

b)

peratus

c)

kuantiti

d)

angka

11.

Carta pai mesti mempunyai ...........

a)

tajuk dan petunjuk

b)

tajuk dan warna

c)

tajuk dan nilai sudut

d)

tajuk dan tulisan

12.

Carta pai di atas menunjukkan jenis-jenis pencemaran di Taman Keramat. Apakah bentuk pencemaran yang tertinggi dan peratusnya?

a)

Air 9%

b)

Bunyi 21%

c)

Udara 36%

d)

Tanih 11%

13.

A dalam rajah adalah mewakili .....

a)

jumlah

b)

tajuk

c)

label nilai sektor

d)

petunjuk

14.

Rajah di bawah ialah contoh carta pai. Carta pai berbentuk

a)

segi empat

b)

bulatan

c)

garis lurus

d)

jadual

15.

Carta pai ialah sebuah bulatan yang dibahagikan kepada beberapa _______

a)

bahagian atau sektor

b)

jenis

c)

kategori

d)

maklumat

16.

Carta pai ini tidak lengkap kerana tiada _______

a)

Rumusan

b)

Tajuk

c)

Peratus

d)

Penerangan lanjut

17.

Iklim merujuk kombinasi beberapa elemen seperti suhu, hujan, angin dan_______.

a)

tekanan udara

b)

bentuk muka bumi

c)

tanih

d)

sungai

18.

Tanih merujuk kepada lapisan paling atas di permukaan bumi

a)

Betul

b)

salah

19.

Bentuk muka bumi yang berbeza-beza mempunyai tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang berbeza-besa

a)

betul

b)

salah

20.

Tanah pamah di Malaysia dan Brazil dilitupi dengan____

a)

Hutan Monsun Tropika

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Gurun

d)

Hutan Hujan Tropika

21.

Hutan Konifer tumbuh di____

a)

Tanah pamah Thailand

b)

Tasik Great St Lawrence, Kanada

c)

Malaysia

d)

Filipina

22.

Tumbuh-tumbuhan di pinggir laut perlu tahan tiupan angin dan ____

a)

salji

b)

hujan lebat

c)

air laut

d)

ribut

23.

Pulau Raja Ampat terletak di___

a)

Indonesia

b)

Malaysia

c)

Singapura

d)

Thailand

24.

Saliran baik merujuk kepada kawasan yang____

a)

bertakung air

b)

tidak bertakung air

c)

kawasan banjir

d)

parit

25.

Tanih permafros adalah tanih yang ____

a)

subur

b)

beku

c)

berpasir

d)

tanih hitam

26.

Hutan hujan tropika dan Hutan Monsun tropika tumbuh di tanah____

a)

latosol

b)

aridisol

c)

podzol

d)

terra rossa

27.

Kawasan padang rumput hawa sederhana yang sesuai untuk tanaman gandum mempunyai tanih___

a)

aridisol

b)

latosol

c)

chernozem

d)

permafros

28.

Walaupun tanih podzol adalah nipis, berasid dan beku tetapi sesuai untuk tumbuhan___

a)

Hutan Mediterranean

b)

Hutan Mondun Tropika

c)

Hutan Tundra

d)

Hutan Konifer

29.

Iklim Siberia yang sejuk antara enam hingga lapan bulan sesuai untuk____

a)

Harimau bintang

b)

Tikus Jerboa

c)

Gajah

d)

Beruang kutub

30.

Faktor-faktor fizikal yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar ialah___

a)

Saliran

b)

Sumber

c)

Modal

d)

Dasar Kerajaan

31.

Kawasan Gurun yang panas dan kering sesuai untuk____

a)

Gajah

b)

Unta

c)

Bangau

d)

Mink

32.

Lembangan Congo di Afrika mempunyai tumbuh-tumbuhan yang sama seperti di___

a)

Banjaran Himalaya

b)

Tasik Great St Lawrence

c)

Malaysia

d)

Siberia

33.

Prickly pear boleh ditemui di kawasan ?

a)

Hutan Konifer

b)

Gurun Panas

c)

Hutan Daun Luruh Sederhana

d)

Hutan Monsun Tropika

34.

Beaver dan badger boleh ditemui di?

a)

Hutan Monsun Tropika

b)

Gurun Panas

c)

Hutan Daun Luruh Sederhana

d)

Hutan Konifer

35.

Permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Daun Luruh Sederhana

d)

Hutan Monsun Tropika

36.

Hidupan liar di kawasan gurun panas adalah jenis

a)

nokturnal

b)

herbivor

c)

invertebrata

d)

vertebrata

37.

Pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20-30 meter

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

38.

Kebanyakan haiwan di kawasan ini berbulu nipis, berkulit kedut.

a)

Hutan Gurun Panas

b)

Hutan Monsun Tropika

c)

Hutan Konifer

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

39.

Haiwan manakah yang berhibernasi pada musim sejuk ?

a)

Antelop

b)

Gazelle

c)

Kodok

d)

Chipmunk

40.

Fungsi biji pain ialah

a)

merawat kencing manis

b)

merawat luka sebagai bahan antiseptik

c)

membuat teh

d)

menyembuhkan cirit-birit

41.

1.     Apakah jenis hutan yang dikaitkan dengan ciri tumbuh-tumbuhan di ATAS ?

a)

Hutan konifer

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Mediterranean

d)

Hutan Monsun Tropika

42.

Berapakah ketinggian pokok yang berada di lapisan kanopi?

a)

Ketinggian kurang daripada 10 meter

b)

Ketinggian antara 10 meter hingga 20 meter

c)

Ketinggian antara 20 meter hingga 40 meter

d)

Ketinggian antara 40 meter hingga 50 meter

43.

Apakah fungsi akar ceracak pokok bakau api-api dan perepat?

a)

Pernafasan

b)

Menyerap zat makanan

c)

Mengawal halaju tiupan angin

d)

Menyokong batang pokok daripada tumbang

44.

 •PantaiKualaSelangor•PantaiKualaSelangor   •LarutMatan⁡g(Perak)•LarutMa\tan g(Perak)  

Tumbuh-tumbuhan semulajadi di Kawasan berikut penting untuk membuat ?

a)

Arang kayu

b)

Papan lapis

c)

Kayu gergaji

d)

Kayu balak

45.

 •Lembah Danum•Lembah\ Danum  
 •TamanNegaraEndau–Rompin•TamanNegaraEndau–Rompin  

Apakah kepentingan kawasan dalam maklumat di atas ?

a)

Meningkatkan suhu setempat

b)

Membekalkan sumber kayu balak

c)

Kawasan konservasi spesies gajah

d)

Habitat semula jadi flora dan fauna

46.

Apakah faktor yang mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Malaysia?

a)

Jenis tumbuh-tumbuhan

b)

Bentuk muka bumi

c)

Kegiatan ekonomi

d)

Tiupan semasa monsun

47.

Apakah yang dimaksudkan dengan hidupan liar?

a)

Haiwan yang hidup di dalam sangkar di zoo

b)

Haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan daging

c)

Haiwan yang hidup secara semula jadi dalam habitatnya

d)

Haiwan yang diternak untuk dijual kepada pemborong

48.

Antara berikut yang manakah haiwan herbivor.

a)

Beruang matahari

b)

Harimau

c)

Tapir

49.

Apakah nama hidupan liar yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Penyu

b)

lotong merah

c)

Monyet belanda

d)

Beruang matahari

50.

Apakah hidupan liar yang boleh dilihat oleh pelancong di habitat semula jadi berikut?

  • Hutan Simpan Kabili-Sepilok di Sabah
a)

Enggang

b)

Orang Utan

c)

Gajah Pygmy

d)

Harimau malaya

51.

Pusat Konservasi di Kuala Gandah ,Pahang merupakan tempat perlindungan bagi ........

a)

Enggang

b)

Orang Utan

c)

Gajah

d)

Harimau malaya

52.

Apakah kepentingan hidupan liar di Malaysia?

a)

Keseimbangan ekosistem,ekopelancogan dan pendidikan

b)

Keseimbangan ekosistem ,perubatan dan ekopelancongan

c)

Keseimbangan ekosistem,pengkuarian dan pendidikan

d)

Keseimbangan ekosistem,pendidikan dan perlombongan

53.

Apakah badan yang diberi tanggungjawab untuk melindungi hidupan liar di Malaysia?

a)

PERHILITAN

b)

MARDI

c)

FRIM

d)

JAS

54.

Apakah hidupan liar yang dikaitkan dengan maklumat berikut?


Lokasi : Rantau Abang ,Terengganu

Cara pemakanan : Omnivor

a)

Seladang

b)

Dugong

c)

Penyu

d)

Tapir

55.

Apakah maksud sumber boleh baharu?

a)

Sumber yang sangat terhad

b)

Sumber yang akan kehabisan

c)

Sumber yang tidak akan kehabisan

d)

Sumber yang diperbaharu selepas lima tahun

56.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai sumber boleh baharu?


I Suria

II Hutan

III Petroleum

IV Arang batu

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

57.

Sumber mineral bukan logam ialah


I pasir

II kaolin

III emas

IV kuprum

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

58.

Kombinasi manakah yang benar tentang jenis mineral dan lokasinya?

a)

Biji Timah - Raub

b)

Arang Batu - Merit Pila

c)

Bauksit - Mamut

d)

Kaolin - Teluk Ramunia

59.

"Kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengguna. Disebut juga sebagai sektor perkhidmatan."


Keterangan di atas merujuk kepada

a)

sektor primer

b)

sektor sekunder

c)

sektor tertier

d)

sektor quater

60.

"Merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah. Menukar bahan mentah kepada bahan siap kepada pengguna."


Keterangan di atas merujuk kepada

a)

sektor primer

b)

sektor sekunder

c)

sektor tertier

d)

sektor quater

61.

Namakan dua tanaman utama di Malaysia.

a)

kelapa

b)

kelapa sawit

c)

getah

d)

padi

62.

"Menghasilkan polistirena dan polimer."


Keterangan tersebut merujuk kepada industri

a)

industri petrokimia

b)

industri berasaskkan getah

c)

industri automotif

d)

industri berasaskan kayu

63.

Apakah sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara?

a)

import bahan siap bertambah

b)

eksport bahan mentah semakin berkurangan

c)

peningkatan taraf hidup

d)

kemajuan dalam sistem perlombongan

64.

Apakah sumber semula jadi utama yang terdapat di Belanda?

a)

Suria

b)

Angin

c)

Ombak

d)

Geoterma

65.

Berikut merupakan lokasi ekopelancongan di Malaysia. Pilih lokasi yang terletak di negeri Sarawak.

a)

Taman Negara Semenyih

b)

Taman Negeri Royal Belum

c)

Taman Negara Endau-Rompin

d)

Taman Negara Niah

66.

Geopark merujuk sesuatu kawasan yang terdapat tapak _________________ yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari.

a)

pembangunan

b)

geologi

c)

geografi

d)

alam sekitar

67.

Pembangunan ____________ ialah pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

a)

ladang hutan

b)

setempat

c)

lestari

d)

petempatan

68.

Tapak Ramsar merujuk kepada ______________

a)

Rawatan Alam Sekitar Negara

b)

senarai tanah lembab yang tidak dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.

c)

senarai tanah lembab yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.

d)

senarai tanah kering yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971.