NEW
Font size
WorksheetsSoalan Pemahaman
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pembinaan tukun tiruan di perairan negara kita telah menambahkan hasil tangkapan serta pendapatan para ______________.
petani
nelayan
penoreh
pesawah
Pak Cik Harun __________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor Razak yang merawat penyakitnya itu.
mesti
masih
pernah
sedang
Piala lama kepunyaan ayah yang tersimpan di dalam almari itu kelihatan ____________ kerana sudah lama tidak digilap.
pucat
buruk
luntur
kusam
"___________ telah mengarahkan hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan Selat Melaka," kata Temenggung kepada _____________ sultan.
Patik...tuanku
Patik...baginda
Hamba...tuanku
Hamba...baginda
mencemar duli
menjunjung titah
memohon limpah
merafakkan sembah
Juara beregu badminton wanita dari Malaysia ___________ Piala Uber yang dimenangi oleh mereka baru-baru ini.
menatang
menjulang
merangkul
menjunjung
Kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman negeri Sarawak menggunakan buluh yang __________ untuk memburu binatang.
nipis
pipih
lancip
tumpat
Anak-anak kapal dagang itu bersyukur kerana __________ berjaya mengawal kapal daripada terkandas di beting pasir.
jurumudi
jurugegas
jurupandu
jurucerakin
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
hari tidak selamanya panas.
jauhari juga yang mengenal manikam.
alang-alang berdakwat biar hitam.
alah membeli menang memakai.
Lamunan adik Damia terhenti apabila dia terdengar suara kawan-kawannya memanggil namanya di luar rumah.
Pilih perkataan sinonim bagi Lamunan.
Igauan
Fikiran
Khayalan
Kenangan
Haziqah murid yang cemerlang. ____________, pihak sekolah menganugerahinya gelaran Tokoh Murid.
Lantaran itu
Jika begitu
Namun demikian
Walau bagaimanapun
Peserta tae kwan do itu sungguh ______________ pergerakannya menepis serangan pihak lawan.
laju
licin
ligat
tangkas
Puan Ruhani tidak tahan bau ___________ daging kambing yang dibeli oleh suaminya itu.
hamis
hanyir
haring
hancing
Pelancong luar negara haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Selat.
tatatertib
tatasusila
tatakerja
tatacara
Tok Musa telah mula menceburi bidang __________ sejak dia berusia belasan tahun lagi.
berukir
ukiran
pengukir
mengukir
Nenek Kiah mengambil ____________ lidi yang telah diraut oleh cucunya untuk dijadikan penyapu.
sebatang
sepuntung
seberkas
secubit
"___________ perlu belajar bersungguh-sungguh demi membantu keluarga kita yang hidup sederhana," nasihat Mak Yusni kepada anak sulungnya.
Kamu
Anda
Kalian
Hamba
Beberapa orang mahasiswa dari Universiti Malaya sedang membuat ______________ tentang minat murid terhadap bidang sains.
kaji selidik
soal siasat
temu duga
janji temu
Darlina membawa __________ bunga hiasan yang digubah oleh ibunya untuk diletakkan di atas meja gurunya di dalam kelas.
segugus
sekuntum
sejambak
sebatang
Encik Khalid telah menyangkal berita yang diuar-uarkan oleh pekerjanya bahawa beliau akan bersara awal.
Pilih perkataan sinonim bagi menyangkal.
menafikan
melawan
mengakui
membenarkan
